Assalamualaikum�

Sudah beberapa hari kita berada dalam tahun baru jika dikira mengikut kiraan pergerakan matahari.

Saya sendiri beberapa hari sebelum itu dan kini masih lagi berada dalam kepiluan yang teramat. Saya pasti ramai yang merasakan demikian�. Lebih-lebih lagi andai kita meletakkan diri di tempat mereka�.. Agak ramai rakan-rakan menghantar SMS �SELAMAT TAHUN BARU� dalam pelbagai versi saya biarkan sepi tidak berjawap.

Apa yang telah dan sedang berlakukita mudah-mudahan dapat membangkitkan keinsafan dalam diri kita� betapa kerdilnya kita disisiNya� mudah-mudahan bisa jadi pendorong agar kita lebih hampir padaNya� Mudah-mudahan kita mampu muhasabah dan muraqabah tiap hari�. Kerana kita tidak pasti bilakah giliran kita pula yang akan dipanggil menghadapNya�. Sama-samalah berusaha persiapkan diri�� HIJRAH DARI YANG TIDAK BAIK KEPADA BAIK DAN YANG BAIK KEPADA LEBIH BAIK....

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada  mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Dan ini pula sedikit peringatan yang saya terima dari sahabat saya melalui e-mail, mudah-mudahan ianya bisa menyedarkan kita dari terus hanyut dalam kelalaian :-

�Pendapat saya yg x alim sgt agama nih dr berita yg kita dgr, baca, tonton.... Sudut bumi (terutama d tmpt kejadian, sumatera)... Telah 'lari' sebanyak 20-40 meter... Ke arah selatan... Tidakkah kita sedar... Itu merupakan petunjuk.... Yg arah kiblat akan berubah... Dah akhirnya kita solat 'terbalik arah ' dari sekarang...Matahari akan terbit dari arah yg lain... So, ni bukan tanda2 besar kiamat di akhir zamankah? Sempatkah kita bertaubat?�

Fikir-fikirkanlah

Akan insafkah kita atau segalanya sekadar lalu di tepi telinga di depan mata dan kita masih seperti dulu� tidak berubah�.. atau lebih dasyat dan keji lagi menjadi thunami dalam thunami��

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke