usop samah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
kenape dekat acheh paling teruk kena yek, situ maksiat lagi dahsyat dari Kuala Lumpur ke, patut nye kena kat bangkok tu supaya mampuh semua bangsa siam , tu untuk harga nyawa orang melayu yang depa bunuh dari zaman pattani sampai sekarang . pastu bagi burung kertas , pekejadahnya, dia ingat burung kertas tu boleh makan ke , campur dalam tom yam,buduh, buduh, buduh!!!!
Prinze Adam <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Note: forwarded message attached.
Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.
> ATTACHMENT part 2 message/rfc822
Date: Sat, 1 Jan 2005 10:47:04 -0800 (PST)
From: asfa husain <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Banda Aceh
To: [EMAIL PROTECTED]
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
> ATTACHMENT part 2.2 message/rfc822
Subject: Banda Aceh
Date: Sat, 1 Jan 2005 14:28:53 +0800
From: "Shaharudin, Sharmaniza" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
CC: "Shaharudin, Sharmaniza" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Mohd Husain, Kusmawati" <[EMAIL PROTECTED]>
Pulau lenyap: Berpuluh-puluh kampung di utara Sumatera hanyut
DUA gambar daripada satelit DigitalGlobe menunjukkan sebahagian daratan
di utara Banda Aceh sebelum dan selepas dilanda
tsunami. Gambar atas menunjukkan keadaan bandar itu pada
23 Jun 2004 manakala gambar bawah pula menunjukkan
sebahagian daratan sudah ditelan lautan selepas dilanda ombak
besar akibat gempa bumi di Lautan Hindi.
� Gambar AFP
BANDA ACEH: Harapan untuk menemui berpuluh-puluh ribu lagi mangsa tsunami di utara Sumatera tipis berikutan beberapa pulau dilaporkan lenyap, manakala berpuluh kampung musnah sama sekali dihanyutkan ke laut.
Kerajaan Indonesia semalam mengesahkan angka korban mencecah 80,000 orang tetapi Menteri Kesihatan, Siti Fadilah Supadi, berkata ia mungkin mencapai lebih 100,000 orang.
Sehingga lewat semalam, lebih 126,000 orang terbunuh akibat dilanda tsunami berikutan kejadian gempa bumi di Lautan Hindi dekat Sumatera dan agensi bantuan meramalkan jumlah itu akan meningkat kepada lebih 140,000 orang.
Ia adalah antara bencana alam dianggap paling buruk dalam sejarah dunia yang pernah dicatatkan setakat ini.
Semalam, pegawai Indonesia berkata, tinjauan udara di Sumatera mendapati tiada tanda lagi kehidupan di beberapa kawasan penempatan seperti Meulaboh, Pulau Simeulue dan Tapak Tuan.
Malah, katanya, beberapa pulau yang terletak di perairan pantai barat Sumatera sudah lenyap ditelan laut.
Meulaboh, yang terletak 150 kilometer dari pusat gempa bumi itu, dihuni kira-kira 150,000 penduduk, manakala Pulau Simeuleu dihuni kira-kira 76,000 orang.
Associated Press pula melaporkan, keseluruhan kawasan daratan di kampung nelayan Meulaboh kini menjadi padang jarak padang tekukur dengan hanya beberapa tiang seri dan sampah sarap menyelubungi kampung berkenaan.
Dipercayai satu pertiga daripada penduduk kampung itu terkorban ditelan ombak besar tetapi setakat ini hanya sebilangan kecil mayat mereka ditemui.
�Amat sukar untuk meramal jumlah kematian sebenar. Kami boleh terus mencari dengan menggunakan bot kecil, tapi dengan melihat angka (mangsa yang hilang) ia sudah pasti amat sukar,� kata Dody Budiatman, koordinator pasukan mencari dan menyelamat kerajaan di Jakarta.
Kebanyakan pegawai kerajaan mengaku bahawa mereka tidak pasti berapa banyak mayat yang sudah dikebumikan. Satu daripada cara untuk membuat jangkaan ialah dengan memastikan jumlah mayat ditanam beramai-ramai dalam sebuah kubur dan jumlah itu didarab dengan jumlah kubur besar yang ada.
Satu lagi cara ialah mereka membuat anggaran jumlah penduduk kampung, mengira berapa ramai selamat dan mengandaikan yang lain terbunuh dalam tragedi itu.
India kelmarin turut melaporkan bahagian paling selatan di benua kecil itu, Indira Point, turut lenyap ditelan lautan selepas ombak besar melanda kawasan itu.
Sementara itu, aliran bantuan � termasuk ubat-ubatan dan beg mayat - mula tiba di sini didahului dengan pesawat kargo Amerika Syarikat, C-130. Pasukan penyelamat dari Malaysia, Taiwan, Australia, Korea Selatan dan negara lain juga sudah berada di Banda Acheh.
Menurut kenyataan kerajaan, bantuan bekalan dari 18 negara mula tiba di Sumatera semalam. Pesawat tentera C-130 dari Australia dan New Zealand juga menyertai usaha menyelamat melalui ruang udara.
Dalam perkembangan berkaitan, Asean akan mengadakan mesyuarat tergempar pada 6 Januari ini untuk berbincang mengenai cara menangani bencana seperti ini.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan, berkata bencana alam yang menyebabkan lima juta penduduk Asia hilang tempat tinggal itu dianggap kemusnahan global terburuk dalam sejarah dunia yang tidak dijangka dan ia memerlukan tindak balas besar-besaran masyarakat dunia.
�Bukan saja kita perlu menggunakan habis-habisan tenaga dan sumber manusia tetapi keperluan kewangan serta teknikal,� katanya.
Sebanyak setengah bilion dolar dijangka diserahkan untuk negara terjejas itu. � Agensi
Do you Yahoo!?
All your favorites on one personal page � Try My Yahoo!
******************************************************
To Join this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
******************************************************
If you don't want to recieve email from this group send email to [EMAIL PROTECTED]
******************************************************
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
