Program Bimbingan Tahfiz Al-Quran Remaja

Tarikh: 16hb Jan 2005 � 19 hb Februari 2005 (35 hari )
Pendaftaran: 8.30 pagi ( hari pertama )
Tempat: Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor
Peserta: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
Tempoh: 35 Hari


Anjuran:

MASJID BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Jalan 3/2 Bandar Baru 47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.No Tel :

( Pengurus Masjid - Ust. Ahmad Shukri b. Ghazali ) 012-3317051
( Pen. Pengurus Masjid -  En. Zaharudin b. Yusuf ) 019-2998713
( Rumah Kuarters ) 03-61568799
( Pen. Pengurus Masjid - Ust. Adnan b.  Awang ) 016-3012531
Urus setia : Puan Zunairah Binti Awang. 019 6340348







LATAR BELAKANG MASJID BANDAR BARU SUNGAI BULOH

Masjid Bandar Baru Sungai Buloh merupakan sebuah masjid yang popular di 
kawasan Sungai Buloh, Selangor. Ia mula di bina pada tahun 1985  dan siap 
sepenuh pada tahun 1990 selama 5 tahun . Kedudukan masjid yang  berhampiran 
dengan jalan utama ke Kuala Selangor atau ke Penjara Sungai Buloh  lebih 
tersergam indah apabila di lihat dari jalan utama Paya Jaras ke Kuala 
Lumpur.

Kedudukannya yang  berdekatan dengan pelbagai stesen minyak seperti Petronas 
, Shell, serta pusat membeli belah Econsave  dan kawasan perumahan akan 
menjadi  lebih ceria, meriah dan menghiburkan khususnya pada hari minggu. 
Setiap hujung minggu ramai di kalangan pengunjung dan tetamu yang membeli 
belah di pasaraya Econsave akan singgah untuk bersolat jamaah di masjid ini 
, sekitar 250 orang. Ini menjadikan Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, lebih 
terkenal dan di kenali oleh masyarakat luar.

Dahulunya masjid ini di kenali sebagai masjid � kuning � kerana kubahnya 
berwarna kuning. Sebutan masjid �kuning� sudah sinonim di kalangan 
masyarakat setempat, sehingga orang dari luar juga memanggil masjid ini  � 
Masjid Kuning � .  Apa yang unik tentang  masjid ini ia merupakan masjid 
swasta yang pertama di Malaysia. Pada masa itu belum ada mana-mana masjid 
yang di bina melalui projek penswastaan . Berita tentang masjid ini pernah 
tersiar di akhbar  Berita Harian pada 22hb Mac 1990 � Khamis  :

� Apabila di perkenankan oleh Baginda Sultan Selangor, kira-kira 3000 
penduduk Bandar Baru Sungai Buloh Selangor, akan berjamaah untuk menunaikan 
sembahyang  di Masjid swasta  pertama di negara ini dalam bulan Ramadhan.  
Mungkin ramai yang tertanya - tanya mengenai konsep masjid swata itu, samada 
ia boleh di swastakan atau bagaimana ia di laksanakan, tidak kurang juga 
yang akan mempersoalkannya dari segi hukum.

Namun, persoalan yang di timbulkan itu  tidak patut di jadikan isu tanpa 
meneliti dahulu, konsep sebenar di sebalik masjid swasta berkenaan ( Masjid 
Bandar Baru Sungai Buloh Selangor ) malah , bukan masjid sahaja boleh di 
swastakan tetapi juga dewan orang ramai, perkhidmatan pasar dan taman 
permainan. Sebenarnya konsep asasnya adalah penswastaan, iaitu pemindahan 
aset dan pengurusan atau tanggungjawab kerajaan kepada sektor swasta. Ia 
bertujuan mempercepatkan serta melancarkan projek pembangunan atau 
perkhidmatan dengan meletakan tanggungan kepada swasta .

Pada tahun 1985 MK Associates Sdn.Bhd anak syarikat MKSK Holdings Sdn.Bhd ( 
Kumpulan Emky) mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor, agar konsep 
baru di perkenalkan untuk memantapkan penswastakan projek perumahan. Konsep 
inilah yang menghasilkan Masjid Swasta yang pertama ( Masjid Bandar Baru 
Sungai Buloh ) bernilai RM 4.1 juta di Bandar  Baru Sungai Buloh, Selangor.

Ia adalah hasil perjanjian kerajaan dan MK Associates Sdn. Bhd yang 
memperuntukan supaya pihak pemaju mendirikan bangunan serta udahan asas 
bernilai RM 10.4 juta di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor dan kawasan 
berhampiran. Pengurus projek MK Associates Sdn.Bhd Tuan Haji Abdullah Mardi 
berkata projek Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor yang bernilai RM 300 juta, 
di tandatangani pada 28hb Mac 1985 membabitkan pembinaan rumah kediaman, 
bangunan komersil dan bangunan perusahan dengan udahan asas Bandar Baru ini 
seluas 103 hektar mempunyai 2773 unit rumah dan kedai perbagai jenis.

Masjid swasta yang sulung ini pasti akan tercatat dalam sejarah sebagai 
hasil konsep penswastaan yang menjangkau lebih jauh daripada sekadar 
memaksimamkan keuntungan. Kerajaan negeri pasti lega kerana ia tidak lagi 
terpaksa membina sendiri masjid tetapi hanya menyediakan imam, bilal dan 
siak untuk mengendalikan urusan di masjid ini . MK Associates Sdn.Bhd juga 
turut membina dewan orang ramai, balai raya , pasar, taman permainan kawasan 
, balai polis, balai  bomba dan sekolah.��

PENGENALAN

Setiap remaja adalah teras pembangunan ummah, agama, bangsa dan negara. 
Kewibawaan remaja perlu sentiasa dibentuk dengan ciri-ciri kecemerlangan dan 
pengisian nilai-nilai murni dan agama sejak mereka dibangku sekolah lagi. 
Mereka merupakan perwaris kepada generasi yang akan mencorakkan peradaban 
tamadun pada masa akan datang. Jesteru itu, remaja sebagai generasi alaf 
baru harus mempunyai minda, daya tahan yang kuat dan mampan dalam menghadapi 
cabaran pada masa hadapan.

Kecemerlangan remaja harus menjadi cabaran agar tidak mundur pada masa 
hadapan dan tidak ketinggalan. Rata-rata remaja melayu muslim pada abad ini 
jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan bangsa-bangsa lain samaada dari 
sudut, pembelajaran, akhlak,  teknologi , ekonomi dan sebagainya. Beberapa 
program telah diatur untuk memupuk semangat remaja masa kini ke arah 
institusi tamadun yang lebih tinggi, serta menjadikan ia setanding dengan 
mereka yang telah berjaya  khususnya bangsa-bangsa asing.

Ibubapa harus menyedari bahawa arus odenan yang begitu pesat akan membawa 
remaja hanyut dan tenggelam di dalam keruntuhan moral jika tidak di bendung. 
Menyedari hakikat ini pelbagai pihak telah berusaha mengembeleng tenaga 
untuk mengembalikan remaja kepada fitrah semulajadi dan menjadikan ia 
sebagai insan yang mulia serta contoh masyarakat. Ibubapa juga seharusnya 
melihat potensi yang ada dalam diri generasi dan anak-anak  sebagai asset 
yang berharga untuk menempa kejayaan dengan kecemerlangan. Oleh yang 
demikian jangan dipersia-siakan usia remaja dengan perkara-perkara yang 
tidak berfaedah dan menjatuhkan emej serta martabat agama, bangsa dan 
negara.


Objektif :

1.      Menjadi remaja cemerlang  dan mempunyai personaliti yang baik dan mulia

2.      Membentuk keyakinan diri bersifat jujur, setiakawan dan bersemangat 
tinggi untuk mencapai kejayaan

3.      Bersedia menghadapi alaf baru untuk meneruskan cabaran hidup dari 
pelbagai sudut seperti fizikal, emosi, rohani dan kepimpinan.

4.      Melibatkan diri remaja   pada aktiviti masjid secara aktif seterusnya 
menjadi pelapis untuk  mengimarahkan masjid.


5.      Membimbing remaja dengan pembentangan kertas kerja dan modul yang 
berkualiti tinggi.

6.      Mengajar remaja cinta kepada masjid sebagai tempat ibadah dan 
penyuciaan 
jiwa

7.      Memulakan hidup baru dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya 
dan berjasa.

8.      Melahirkan generasi yang benar-benarkan cintakan ilmu, dahagakan 
kecemerlangan dengan  gilang  gemilang


MAKLUMAT PROGRAM

1. Tenaga Pengajar :
Tenaga Pengajar terdiri daripada guru tahfiz yang berkelulusan 
,berpangalaman dan berwibawa dari dalam dan luar negara seperti Al-Azhar, 
Universiti Yaman dan sebagianya

2. Kelayakan Masuk :

Semua remaja layak dan lepasan SPM serta IPT lelaki sahaja yang dapat 
membaca Al-Quran dengan lancer . Mereka akan dibahagikan kepada 3  kumpulan 
utama:
1.      Kumpulan menghafal surah al-Baqarah
2.      Kumpulan membaiki bacaan & menghafal surah penting.
3.      Kumpulan menghafal Juz  30  &  29




3. Pakaian & Keperluan lain :

Jubah putih , kopiah, serban ( di utamakan ),  baju melayu,  pakaian riadah, 
selipar. Al-Quran wajib di bawa  alas tidur, bantal, selimut, pakaian suci 
diri,  alat tulis, berus gigi, sabun mandi, gayung. Tidak dibenarkan    : 
Berambut panjang , pakaian kurang sopan spt baju bergambar, seluar pendek, 
seluar jens,  talifon bimbit, walkman, MP3 player, majalah hiburan.

4. Sijil penyertaan :

Sijil Penyertaan akan dianugerahkan kepada semua peserta oleh pihak Jabatan 
Agama Islam Selangor ( JAIS )

5. Keistimewaan Program
Selain Program Bimbingan Tahfiz Al-Quran para pelajar akan di beri kursus:

1.      Kursus Pengurusan Jenazah biasa, HIV dan gali semula..
2.      Kursus Penyembelihan Haiwan
3.      Kursus Penentuan Arah Kiblat ( Sila bawa kakulator  santifik  )
4.      Kursus Tahsin Al-Quran.
5.      Kursus dan Praktikal Solat yang Sahih
6.      Kursus Penyucian Rohani
7.      Talaqi dan Ijazah Sanad  Hadis 40
8.      Kursus Hala Tuju Pelajar SPM

6. Waktu lawatan dan Keluar  ( cuti ):
Waktu lawatan dan keluar bandar pada hari Ahad selepas zohor sehingga Asar. 
Manakala waktu cuti hanya pada hari Jumaat pagi sahaja. Ibubapa dibenarkan 
membawa  anak pulang pada urusan penting sahaja

7. Peraturan :
Peserta  di kehendaki mematuhi  peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak 
masjid, pelajar yang gagal mematuhi peraturan atau pelajar yang bermasalah 
akan di kenakan tindakan tegas.

8. Bayaran :
Bayaran sebanyak RM650.00 selama 35 hari ( 2x bayar )  Bayaran pendahuluan 
RM400.00  dan bakinya selepas hari raya untuk memudahkan urusan. Bayaran ini 
termasuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, minum malam, dobi, beg 
eksklusif, tag nama, modul, kertas kerja kursus, kitab kuliah ,  elaun guru 
dan rawatan kecil yang tidak melebih RM 50.00. * Sekiranya terdapat baki 
wang tersebut akan disalurkan ke tabung masjid.

Pekej Bayaran  .

1. Makan sebanyak 5 kali  RM 12 x 35 hari                 RM 420.00
2. Beg dan alat tulis                                                      
RM   35.00
3. Kertaskerja                                                             
RM   30.00
4. Dobi pakaian                                                           RM 
   60.00
5. Kecemasan                                                              RM 
   50.00
6. Kursus 8 x                                                               
RM 160.00
7. Rehal Quran                                                             
RM   15.00
8. Kitab Kuliah Maghrib                                               RM   
10.00

Jumlah Keseluruhan                                                 RM 780.00

* Jumlah yang perlu di bayar                                   RM 650.00


9. Anugerah :
Peserta Program Bimbingan Tahfiz Al-Quran yang cemerlang dan berjaya di 
dalam pertandingan dan peperiksaan akan di anugerahkan hadiah yang bernilai 
.

10. Cuti Hari Raya :
Cuti Hari Raya Aidil Adha selama 4 hari pada 21,22,23 dan 24 Januari . 
Bermula hari Khamis selepas Zohor sehingga  Ahad petang  . Ibubapa 
dikehendaki menghantar anak pada Ahad jam 5.00 ptg. Sebarang kelewatan akan 
di kenakan tindakan atau denda maksimum RM 100.00

11. Penginapan :
Peserta  akan di tempatkan di tingkat atas di dewan masjid. Peserta di 
larang membawa barang berharga bagi mengelakan kejadian yang tidak di ingin 
berlaku. Peserta juga di larang membawa makanan di tingkat atas

JADUAL HARIAN

4.30 - 5.30 pg  Bangun pagi dan urusdiri
5.30 - 6.15 pg  Solat Subuh
6.15 - 6.30 pg  Tadarus Al-Quran berjamaah
6.30 - 7.30 pg      Kelas 1: Halaqah Menghafal Al-Quran
7.30 - 8.30 pg      Sarapan pagi dan urus diri
8.30 - 11.30 pg    Kelas 2: Halaqah Menghafal Al-Quran
11.30 - 1.00 pg     Rehat (tidur)
1.00 - 1.30 tgh      Solat Zohor
1.30 - 2.30 tgh      Makan tengahari
2.30 - 4.00 ptg      Kelas 3: Mengulang hafalan
4.00 - 4.30 ptg      Urus diri untuk solat asar
4.30 - 5.00 ptg      Solat Asar dan Bacaan Hadis Riyadhus Solihin
5.00 - 6.00- ptg     Riadah, bebas, waktu lawatan
6.00 - 6.30 ptg      Mandi dan Urusdiri
6.30 - 7.00 mlm    Makan malam
7.00 - 7.10 mlm    Zikir
7.30 - 7.45 mlm    Solat Maghrib Berjamaah
7.45 - 8.15 mlm    Kelas 4: Menghafal Al-Quran
8.30 - 8.45 mlm    Solat Isyak berjamaah
9.00 - 11.00 mlm   Kelas 5: Menghafal Al-Quran
11.00 -11.30 mlm  Minum Malam
11.30 - 4.30 mlm   Tidur

* Kelas selama 8 jam sehari (tidak termasuk kursus)
* Kuliah subuh setiap pagi Ahad .
* Bacaan yassin berjamaah setiap malam Jumaat
* Kuliah Maghrib mengikut jadual
* Bacaan Kitab Hadis Syamail Muhamadiyah selepas solat Jumaat
* Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian.

_________________________________________________________________
Express yourself instantly with MSN Messenger! Download today it's FREE! 
http://messenger.msn.click-url.com/go/onm00200471ave/direct/01/






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke