Assalamualaikum...
Macam yang saya agak, macam2 respon pasal posting terakhir saya. Tapi dalam
banyak2 tu, saya rasa saya paling patut jawab email dari saudara kerana
bagi saya saudara telah tersalah anggap.
Tujuan asal saya post email yang lepas sebab dah terjadi kegiatan lelaki
salahkan pompuan, kuarga pompuan & sebaliknya. Malah ade yang mengaitkan
dengan geografi. Saya cuma nak mengingatkan yang setiap satu masalah datang
dari individu bukan dari kedudukan geografi. Saya akui agak kasar dalam
penyampaian tetapi saya memilih untuk menulis secara satira.
Sebagai mukmin yang berusaha keras untuk menjadi muslim, demi Allah, tak
terniat saya nak galakkan orang berhutang untuk berkahwin terutama kepada
Along. Apatah lagi sampai peringkat nak menjual isteri. Macam saudara kata,
ikut kemampuan. Cuma saya nak tegur sebilangan orang yang suka gunakan
sunnah ikut kesesuaian keadaan diri. Macam hal ni; bila hantaran mahal
dorang salahkan kuarga pompuan tak ikut saranan Nabi SAW padahal mereka
sendiri tak ikut saranan Nabi SAW supaya mencari pompuan dari kuarga yang
baik2. Saya rasa saudara bersetuju dengan saya yang kuarga yang baik takkan
letak hantaran yang tinggi.
Tetapi ade pompuan yang guna alasan "Kalau U sayang I, U mesti usaha nak
dapat duit tu!". Sebab tu saya guna perkataan 'jual bini' sebagai teguran
untuk pompuan. Dia suruh lelaki berusaha sebagai tanda sayang. Tapi apa
tanda sayang mereka? Ape pengorbanan mereka? Mengapa taknak kongsi beban?
Yang selalu terjadi, kita lebih banyak abiskan duit masa bertunang. Yela...
Dah dapat lesen 'L', senang nak ke sana ke sini. Semua modal tu. Pastu beli
barang hantaran yang grand2. Terus terang saya cakap, saya beli beg kat
Petaling Street je utk hantaran. Isteri saya kata saya dah banyak abis duit
jadi beg PS pun dah memadai.
Saya cuma harap isu ini ditutup secara rasmi. Bukan saya nak ungkit cuma
saya baru balik dari bercuti. Dan baru terbaca email saudara. Saya harap
lepas ni takde lagi cerita2 camni. Dah banyak sangat orang sebut pasal
sunnah2. Takutnye makin banyak kita cakap, makin banyak yang salah. Makin
berat bahu kiri. Cuma saya harap saudara faham. Anak gadis hak ibu bapa &
wali mereka. Mereka berhak menentukan segalanya. Kalau sayang, rasa mampu,
usahalah. Kalau tau tak mampu, undur diri. Kalau pompuan tu sayang kita,
pandaila dia pujuk walinya. Atau sekurang-kurangnya kongsi wang hantaran.
Wallahu 'alam...
"Mohd. Hazwan Rosnan"
<[EMAIL PROTECTED]> To:
<[email protected]>, "Just Me Old Buddy" <[EMAIL PROTECTED]>
cc:
Subject: Re: Bismillah
[hidayahnet] nIKAHLAH KALAU DAH ADA REZEKI......
01/07/2005 02:56 AM
ruzaihan..kalau takat sayang....lopeh tu kono makan maggi yo...takyah la
sampai sejuta pun...Nabi dulu pun bg unta je pun pastu kahwin ngan Khadijah
a.s bahagia gak keluarganya...yang penting kehidupan selepas kahwin
tu....ikatan kedua keluarga...bahagia bukan kerana jumlah wang hantaran
tu...dalam Islam sendiri pun ada kelonggaran-kelonggaran dibenarkan jika
ada
kesulitan dalam pelaksanaan sebarang ibadah..contohnya macam
sembahyang..kita dibolehkan qasar dan jamak kalau kita bermusafir dengan
niat baik....menunaikan haji..tak wajib bg tak yang mampu.....jadi cuba
fikir kalau kerana wang hantaran perkahwinan tu ditangguhkan dan lepas tu
pulak...berlaku perzinaan siapa yang nak dipersalahkan?dosa siapa nak
tanggung?jangan bagi alasan membesarkan anak untuk letak hantaran tinggi
dan
tolong jgn sulitkan perkara yang mudah dan baik tujuannya tu
(perkahwinan)....yang penting iman dan taqwa...kepada Allah swt...jadi pada
perempuan yg nak berkahwin tu jgn la berkira sangat hantaran...dan lelaki
pulak jgn la pulak sampai nak kahwin free...atau murah sangat kenalah ikut
kemampuan yang penting perkara yang baik ni dpt di permudahkan
----- Original Message -----
From: "Just Me Old Buddy" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[email protected]>
Sent: Saturday, January 01, 2005 1:09 PM
Subject: Bismillah [hidayahnet] nIKAHLAH KALAU DAH ADA REZEKI......
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/