(1.) Kalau seorang perempuan keluar dengan bersolek dan menampakkan
auratnya, disenangi pula oleh suaminya, menunjukkan jiwa suaminya telah
mati, dayus namanya kerana sanggup jadikan isteri saham bersama, cuma
dia dapat saham lebih utama.
 
(2.) Banyak isteri yang kasih, tapi payah cari yang setia, yang paling susah
mendapatkan perempuan yang kasih dan setia.
 
(3.) Alangkah bertuahnya seorang itu selepas beriman isterinya banyak setia
belaka, anaknya banyak menurut kata, sahabat-sahabatnya banyak menolong
perjuangannya,ibu dan ayahnya senang hati mendoakannya.
 
(4.) Kalau seorang isteri itu dapat dinikmati bersama oleh orang lain
walaupun setakat memandangnya suami dayus namanya, isterinya khianat.
 
(5.) Perempuan itu cantiknya mempesona, cintanya pada kita melalaikan,
bencinya pada kita binasa.
 
(6.) Biasanya seorang perempuan bila berkahwin dengan orang besar ia
merasa lebih besar daripada suaminya betapalah ia menjadi orang besar,
jangan haraplah suami dapat mengarah-arahkannya. Biasanya suaminya jadi
orang suruhannya.
 
(7.) Diantara hiburan seorang suami selain daripada kesolehan isterinya
boleh bertukar buah fikiran dengan isterinya, boleh mengingat buah fikiran
suaminya, boleh menerima ilmu yang diberi, dapat menyampaikan
sebagaimana yang diterima, boleh memberi semangat kepada suaminya di
saat suaminya kena uji.
 
(8.) Biasanya perempuan yang tak cantik itu selalu bersolek bahkan
berlebih-lebih pula kerana hendak menutup ketidak-cantikkannya
 
(9.) Bila isteri lebih masyhur daripada suaminya suami rasa bertuah dalam
derita, kalau suami masyhur daripada isteri, isterinya rasa bertuah dalam
kebanggaan.
 
(10.) Seorang lelaki walau bagaimana cinta dengan isterinya sekalipun kalau
isterinya mati dia mahu cepat-cepat kahwin lagi, tapi bagi perempuan yang
cintakan suami kalau suaminya mati dia payah untuk kahwin lagi kecuali
kalau ia ditekan oleh sesuatu keadaan.
 
(11.) Biasanya kemasyhuran seorang anak boleh menaikkan imej bapanya
atau ibunya, kalau kemasyhuran bapanya atau ibunya bertuah anaknya,
tetapi kemasyhuran seorang isteri boleh terhina suaminya.
 
(12.) Diantara watak manusia di akhir zaman orang gaji berlagak seperti
isteri, isteri berlagak seperti suami, di waktu itu para suami kehilangan isteri
dalam masa beristeri.
 
(13.) Orang yang bermadu itu macam orang makan madu, sekali-sekala
tersedak juga oleh kerana manisnya.
 
(14.) Kalau isteri-isteri yang bermadu itu boleh tolak ansur tentang haknya
kerana sesuai dengan kedudukannya, ini menunjukkan perempuan luar
biasa. Tapi kalau hanya sanggup sama rata menerima haknya semata-mata
ini perempuan biasa, dan kalau meminta lebih dari haknya, ini perempuan
mementingkan diri.
 
(15.) Orang yang ada empat isteri, ia sentiasa berada dalam suasana
pengantin baru.
 
(16.) Kalau perempuan yang tua itu terlalu suka bersolek, mengikut
saikologi dia susah hati kehilangan mudanya
 
Hasil Nukilan
Ustaz Haji Ashaari Muhamad


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search. Learn more.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke