~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NUFERA produk yang diproses beasaskan BIOTEKNOLOGI, maklumat lanjut :
http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Risiko guna telefon bimbit

LONDON: Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka di bawah 
usia lapan tahun tidak terdedah kepada penggunaan telefon bimbit 
berlebihan kerana dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga 
dan otak.

Laporan meyakinkan berhubung perkara itu juga merumuskan risiko itu 
dipandang remeh oleh kebanyakan saintis.

Pengerusi Lembaga Perlindungan Radiologikal Kebangsaan (NRPB), 
Profesor William Stewart, berkata bukti risiko penyakit itu menjadi 
lebih meyakinkan sejak lima tahun lalu.

Menurut laporan akhbar Times, berita itu mencetuskan desakan 
terhadap syarikat telefon bimbit supaya menyiarkan amaran kesihatan 
dan panik dalam bahagian industri itu.

Sebuah syarikat pengeluar telefon Britain segera menggantung model 
telefon bimbit yang disasarkan untuk kanak-kanak berusia empat 
hingga lapan tahun.

Bilangan telefon bimbit di Britain meningkat dua kali ganda kepada 
50 juta sejak laporan pertama dibiaya kerajaan pada tahun 2000.

Bilangan kanak-kanak berusia antara lima dan sembilan tahun yang 
menggunakan telefon bimbit meningkat lima kali ganda pada tempoh 
sama.

Dalam laporannya, Telefon Bimbit dan Kesihatan, Prof William 
berkata, empat kajian yang dibuat menyebabkan kebimbangan itu timbul.

Satu kajian selama 10 tahun di Sweden mendapati pengguna kerap 
telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya di 
telinga dan otak manakala kajian di Belanda menunjukkan perubahan 
dalam fungsi kognitif.

Kajian di Jerman pula membayangkan peningkatan dalam barah di 
sekitar stesen pangkalan manakala projek yang disokong Kesatuan 
Eropah menunjukkan bukti kerosakan sel akibat penggunaan telefon 
bimbit keterlaluan. � Agensi

"Semua kajian itu masih belum diterbitkan semula dan mempunyai 
kualiti berbeza tetapi kita tidak boleh mengenepikan ia begitu saja.

"Jika benar ada risiko kesihatan yang masih belum dapat dibuktikan, 
ia akan memberi kesan hebat ke atas kanak-kanak berbanding orang 
dewasa," katanya.

Bagi kanak-kanak berusia antara lapan dan 14 tahun, ibu bapa perlu 
membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan faedahnya.

"Saya tidak percaya kanak-kanak pada usia tiga hingga lapan tahun 
bersedia menggunakannya," kata Prof William.

Sementara itu, syarikat pengeluar telefon bimbit memberi reaksi 
marah dengan berkata laporan itu cuma menyemarakkan kebimbangan awam 
tanpa membentangkan penyelidikan baru.

Pasaran mensasarkan remaja begitu menguntungkan kerana golongan itu 
lebih banyak menggunakan muat turun video dan perkhidmatan lain. �
Agensi

Sumber : Berita Harian Online
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada hari pertama saya memakan Nufera VCO, dua ketul nanah telah 
keluar dari hidung saya. Pada hari ketiga saya tidak lagi bersin dan 
mengalami hidung berair walaupun tidak mengambil dadah yang lazim 
saya makan. Seterusnya saya memakan empat sudu sehari. Selepas 
beberapa hari saya mulai demam kuat. Pada masa yang sama hidung saya 
mula mengeluarkan nanah dengan banyak sekali. Ianya berlanjutan 
selama seminggu. Saya masih meneruskan memakan Nufera VCO sebanyak 
empat sudu sehari. Setelah sembuh dari demam saya dapati hidung saya 
amat lega dan tidak pernah saya merasa sihat seperti ini. Saya mulai 
sedar bahawa Nufera VCO bertindak membunuh virus resdung dan 
berupaya mengeluarkan nanah yang banyak terbentuk di dalam ruang 
tengkorak saya akibat resdung. Kehebatan Nufera VCO memang tiada 
bandingannya! 

Testimoni pengguna. Untuk membaca testimoni sepenuhnya sila baca 
di : http://www.maynetwork.net/nufera/pengguna12.html
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke