(Di jemput ke majlis ini seperti di warwarkan di bawah - saya tidak hadir tetapi sajak saya 'Pesan Gelombang' akan dibacakan oleh penulis muda tersohor dan pemenang hadiah sastera Malaysia 2004, SM Zakir)
Malam Pengucapan Puisi Tsunami:Musibah Bersalut Hikmah anjuran APMA dan Insandi dengan kerjasama PENA, DBP, Berita Harian, Utusan malaysia, NTV7, TV3, RTM tetap akan diadakan di Rumah PENA dan pekarangannya pada Jumaat malam 4 Februari 2005 mulai 8.30 malam.
YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim sebagai Penaung Malam ini akan diberitau tentang perubahan lokasi ini dan tetap memintanya untuk memberikan kata sambutan dan membaca puisi beliau diundang datang ke rumah PENA berama isterinya Datin Masnah Rais yang juga akan membaca sebuah puisi tentang Tsunami. Kabarnya ada tokoh koperat yang akan menaja Baca Puisi kedua tokoh itu. Tamu khas lain yang akan membaca adalah Dato Hishamuddin Aun Ketua Kumpulan akhbar Berita Harian Sdn Bhd dan Timbalan Ketua Kumpulan akhbar NSTP, Haji Bakar Mohamad, TKP Dewan Bahasa dan Pustaka, Wan Kamaruddin dan Dayang Suria dari NTV7. Dato' Baha Zain, Timb. Presiden PENA, SN Muhammad Haji Salleh dan SN Dato A.Samad Said juga akan membaca puisi masing-masing.
Penyair lain yang akan membaca pada Majlis itu adalah Siti Zainon Ismail, Mansor Abdullah, Rajarajeswari (membaca sajak Syafwina "Prolog Bulan"), Ahmad Razali Yusof membaca sajak Ikranagara "Monumen air Itu, Inong"), Teo Huat, A. Halim Ali, Mokhtar Yassin, Zam Ismail, Krishanan Maniam, Ras Adiba Radzi, Hasyuda Abadi, Sahrunizam A.Talib, Abizai, SM Zakir membaca sajak "Pesan Gelombang" oleh Fudzail, Tengku Khalidah Tenku Bidin, Hajah Zaiton Ajamain, Imlan Adabi, Ismas Saring.
Kumpulan Gamelan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah pimpinan Djamal Bakir (BA), Konserta Puisi Teater Anak-anak bimbingan Ladin Nuawi, Lagu puisi Julfekar,Teromba oleh Dr. Mohd. Rosli Saludin dan Nazam Aripin Said akan menambahmeriahkan lagi Majlis Pengucapan Puisi Tsunami ini. YB Menteri bersama beberapa penyair lain akan melelong buku masing-masing bagi mengumpul derma untuk tabung Tsunami ini buku-buku itu antaranya Jelebu-Jelobak, Mim, Bahasa Senjata, Ke Teluk Elok di Hari Esok dll.
Derma kilat untuk Tabung Tsunami akan dilancarkan dalam Majlis ini dan akan disampaikan oleh Pengerusi Malam Pengucapan Puisi Tsunami Dato Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) kepada YB Menteri dan seterusnya akan menyerahkan kepada Dato Hishamuddin Aun Ketua Kumpulan Akhbar Berita Harian Sdn Bhd. Majlis ini dibuka kepada para penyair, sasterawan, artis dan para peminat puisi, tokoh-tokoh koperat dan para diplomat dari kedutaaan negara-negara sahabat juga akan hadir bagi menandakan keterlibatan para penyair Malayusia dan nusantara kepada mangsa Ombak Maut Tsunami itu.
PESAN GELOMBANG
jangan biarkan mereka
anak-anak yatim itu
yang kehilangan segala
lapar dan dahaga
hanyut dan lemas
mengharung ketiadaan
diantara saujana lautan
dan belantara realiti
dalam merentas takdir
sebagai sempadan tawakal
jangan biarkan juga
petualang diantara wira
seganas tsunami dalam diri
haloba mengunyah laba
dari kesengsaraan marhaen
disebalik topeng kemanusiaan
dan slogan keprihatinan
mewajah imej-imej puaka
gergasi tanpa mata
dari timbunan musibah
jangan biarkan trajidi
melontar sejenak kehidupan
karam tanpa perjuangan
mentari kan tetap bersinar
bangkit pada permulaan baru
selagi jiwa menghitung rahmat
yang tidak tercatat akal
kerana gelombang itu
adalah utusan dari alam
yang terus berpesan
pada yang tinggal!
Fudzail
Dubai, UAE
9 Januari 2004