NUFERA "Minyak Kelapa Dara" adalah produk yang dihasilkan melalui
kaedah BIOTEKNOLOGI : http://www.maynetwork.net/nufera/ (013-3014262)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Britain tentang AS serang Iran

LONDON 23 Jan. - Setiausaha Luar Britain, Jack Straw telah 
menyediakan hujah Britain menentang tindakan ketenteraan terhadap 
Iran ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush bimbang 
belum mendapat sokongan baru untuk mencetuskan konflik baru di Asia 
Barat.

Straw menyediakan dokumen setebal 200 muka yang menolak tindakan 
ketenteraan sambil berhujah, `penyelesaian menerusi rundingan' 
adalah lebih baik (berbanding ketenteraan) dalam menggagalkan hasrat 
Iran untuk membina senjata nuklear, lapor akhbar Sunday Times hari 
ini.

Dokumen itu antara lain menyatakan bahawa penyelesaian secara aman 
yang diusahakan oleh Britain, Perancis dan Jerman perlu dicapai demi 
kepentingan Iran dan masyarakat antarabangsa.

Hak Iran untuk menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan awam juga 
perlu dipertahankan, menurut dokumen itu.

Dokumen berjudul `Program Nuklear Iran' itu dibentangkan tanpa 
publisiti di House of Commons menjelang majlis mengangkat sumpah 
Bush minggu lepas kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan 
terbuka dengan Washington, menurut Times.

Bagaimanapun akhbar itu menambah, hubungan di antara kedua-dua 
negara bersekutu itu semakin tegang disebabkan isu Iran.

Pendekatan itu berbeza sama sekali dengan dua dokumen mengenai Iraq 
yang disediakan oleh kerajaan Britain untuk menyokong hujah bagi 
menyertai perang yang dilancarkan oleh AS pada Mac 2003 lalu.

Sunday Times melaporkan, mesej bahawa kerajaan Britain tidak mahu 
terlibat dalam satu lagi perang di Asia Barat akan ditegaskan oleh 
Perdana Menteri Tony Blair apabila beliau menemui Bush di Brussels 
pada bulan depan.

Blair juga dijangka menyatakan pendirian Britain dalam sidang 
kemuncak AS-Britain di Washington berikutan pilihan raya umum 
Britain pada Mei depan.

Straw sendiri akan turut mengemukakan hujah London apabila beliau 
menemui bakal Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di London bulan 
depan.

Tanggapan bahawa AS akan meningkatkan konfrontasi dengan Iraq 
semakin kuat sejak laporan majalah New Yorker minggu ini bahawa 
pasukan komando AS sudah beroperasi di Iran sejak pertengahan 2004 
bagi mengenal pasti sasaran serangan udara. - AFP

Sumber : Utusan Online (24/01/2005)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya agak terkejut dengan kesan Nufera ini kerana setelah seminggu
menggunakannya ia telah dapat mengurangkan kesakitan yang saya alami
pada tulang belakang saya sekian lama. Masalah kebas kebas kaki juga
turut lega. Saya merasa bersyukur telah diperkenalkan kepada Nufera.
Saya sudah pasti akan memperkenalkan khasiat Nufera VCO kepada
kenalan (Testimoni : En. Ahmad Zainuddin bin Kastawi, 53 Tahun,
Setapak Jaya K. Lumpur)

Untuk membaca lain-lain testimoni sila baca melalui website berikut :
http://www.maynetwork.net/nufera/pengguna12.html (013-3014262)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke