Belasungkawa: Pemergian Naib Canselor USM Kedua;

Tun Hamdan Syeikh Tahir

 

Kami mahasiswa serta wartawan-wartawan Berita Kampus Universiti Sains Malaysia merakam ucapan takziah atas pemergian seorang tokoh ternama dalam pendidikan negara dan politik tanahair baru-baru ini. Beliau yang dimaksudkan itu ialah bekas Naib Canselor USM kedua dan mantan Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang; Tun Hamdan Syeikh Tahir.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Tun Hamdan adalah putera kepada Syeikh Tahir Jalaluddin. Ayahandanya Syeikh Tahir adalah tokoh reformis Kaum Muda yang seangkatan dengan Syed Syeikh al-Hadi di mana nama kedua-dua mereka dirakam dalam sejarah negara. Syeikh Tahir merupakan ketua agama dari Acheh yang berhijrah ke Pulau Pinang.

Pengaruh Syeikh Tahir di Pulau Pinang khususnya di sekitar Masjid Lebuh Acheh ketika itu amat rancak dengan keilmuan serta menjadi pusat penyebaran Islam. Ini menjadikannya sebagai negeri yang masyhur dengan persuratkhabaran Melayu-Islam dan sebagai pusat intelektual Melayu melalui pengaruh Kaum Muda.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Ketokohan si ayah meresap dalam darah anaknya. Sekitar 1950-an, Tun menjadi guru dan pengetua beberapa buah sekolah di Perak. Dekad 1960-an, beliau ditugaskan untuk merangka sistem pendidikan kebangsaan di Kementerian Pelajaran. Beliau mengurus hal ehwal sekolah menengah di bahagian latihan dan biasiswa serta hal ehwal peperiksaan.

Antara tugas yang disandang ialah Ketua Pengarah Pendidikan pada 1966 selepas Aminuddin Baki hingga 1976. Enam bulan kemudian beliau dilantik Naib Canselor USM sehingga 1982 untuk menggantikan Tan Sri Hamzah Sendut sebagai Pengasas dan Naib Canselor pertama USM. Selepas persaraannya dari USM beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang pada 1989 sehingga 2001.

Selain itu, beliau menjad Wakil Tetap Malaysia ke Unesco di Paris sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam bidang pendidikan pada 1983. Pada 1992 beliau dilantik sebagai Pro-Canselor UTM dan dilantik sebagai Canselor UPM tahun berikutnya. Kerana itu, ketokohannya tidak dinafikan lagi. Dengan itu, pada 1995 beliau mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 1416. Tidak habis di situ, pada 2000, kerajaan memberikan anugerah kebangsaan Tun Abdul Razak.

Anugerah lain-lainnya ialah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelar Tan Sri oleh Kerajaan Persekutuan pada 1974. Beliau menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) (Pulau Pinang�1977), Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) (Sarawak�1991) dan akhirnya Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) (Kerajaan Malaysia�1989) yang membawa gelaran tertinggi, iaitu Tun.

            Kementerian Pendidikan memberikan Anugerah Pendidikan Khas kepada beliau pada 1991 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam pendidikan negara. Pada 1992, beliau menerima The International Lion's Club Melvin Jones Fellow Award dan Grand Gordon of the Rising Sun� di Jepun pada 1993.

Di peringkat universiti, beliau menerima anugerah ijazah kehormat Doktor perundangan dari Universiti Malaya pada 1976, ijazah kehormat Doktor Persuratan dari Universti Sains Malaysia (1984) dan Honoris Causa dari Deakin University, Victoria, Australia (1991).

            Dalam pertubuhan sosial, beliau adalah Pengerusi �Malaysian Historical Society�, Presiden �the Royal Life Saving Society of Malaysia�, Pengerusi Yayasan Sardon, Penaung Persatuan Kebajikan Anak-Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor serta Penaung kepada Kelab �Zone One & Two of the Lions' and Lionesses' in district 308� di Singapura, Brunai dan Malaysia.

            Sebagai tokoh pendidik dan politik tanahair, beliau disanjung dan dihormati dalam kalangan mahasiswa, warga kampus serta masyarakat sekitarnya. Kami percaya bahawa gabungan kepakaran bidang pendidikan dan politik memainkan peranan utama dalam menjamin iklim suasana siasah-ilmiah yang stabil.

            Dalam al-Quran, konsep �khalifah� dihubung terus kepada keilmuan. Ketika malaikat menolak kepimpinan Adam, Tuhan mencabar agar mereka menamakan segala benda dalam syurga. Mereka gagal. Hanya setelah Adam mengajari nama-nama itu, maka barulah mereka mengerti bahawa kelebihan insan terletak pada ilmu yang melayakkan mereka menjadi insan politik di bumi. (al-Baqarah: 30�33).

            Islam enggan berkompromi dengan fenomena politik wang �money politic� kerana ia mengeruhkan hubungan ilmu-politik. Al-Quran menjelaskan politik wang pernah mempengaruhi undian Bani Israel dalam kepimpinan Talut. Sehingga kini, mereka melobi Kongres Amerika dengan pengaruh wang. Talut terpilih kerana dia �gagah� dan yang pentingnya, dia memiliki kekuatan �ilmu�. (al-Baqarah: 246�247)

            Bagi kami, Tun Hamdan adalah satu imej replika sebagai watak pemimpin politik berilmu yang naik di gelanggang politik bukannya kerana wang tapi kerana jurai keturunannya bersandarkan ilmu, ketokohannya sendiri dan sumbangannya dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, kedudukan beliau sebagai pemimpin universiti menunjukkan kepada kita satu contoh bahawa hubungan universiti dan politik adalah suatu hubungan yang tidak mungkin dipisahkan.

            Seperti mana Islam tidak meminggirkan �agama���politik�, maka Islam tidak memisahkan �ilmu���politik�. Dalam mana-mana bangsa, peradaban serta negara, universiti dilihat sebagai menara ilmu dan gedung pengetahuan. Justeru, universiti merupakan suatu medan yang sesuai untuk menggali makna dan membahaskan idea-idea politik yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

            Dan janganlah dilupakan bahawa tokoh-tokoh akademik acuan Barat yang menulis mengenai idea-idea demokrasi adalah dari universiti juga. Idea demokrasi berkembang di universiti dan di universiti jugalah tempat mengembangkan segala idea mengenai politik, ekonomi, penjelajahan sains dan teknologi dan lain-lain.

            Universiti dengan keagungannya sebagai daerah autonomi mesti dihormati oleh ahli-ahli politik dan masyarakat sebagai rujukan utama, gedung pengetahuan dan kebenaran. Segala �fatwa� politik, ekonomi, sosio-budaya dan lain-lain mesti dihormati. Sebuah universiti di Arizona, Amerika menjadi gelanggang debat antara Kerry-Bush. Apa juga debat, berhaluan kiri atau kanan, dikupas secara terbuka.

Selain politik wang yang boleh mengeruhkan hubungan murni ilmu�politik, kecacatan ketua dan pemimpin agama juga adalah antara sebab utama terhadap kemunduran masyarakat. Pendirian ini tersiar dalam akhbar Al-Ikhwan pimpinan Kaum Muda: �Bukan sekali-kali agama Islam ini sebab kejatuhan kaum Islam, tapi hanyalah sebab angkara ketua-ketua agama�. (16 Oktober 1930).

Seperti yang dijelaskan oleh al-Mawardi di dalam Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, Wa Al-Wilayah Al-Diniyyah, ketua negara diwujudkan bertujuan menjaga agama (iqamat ad-Din) dan mentadbir urusan dunia dengan panduan agama (siyasat ad-Dunya bihi). Maka, dengan kerosakan ketua agama itulah antara penyebab utama mengundang kerosakan agama rakyat jelata dan urusan dunia mereka sendiri.

Asas politik adalah ilmu. Dalam dokumentari bertajuk Mahathir terbitan TV3 menjelang persaraan Tun Dr Mahathir, antara yang disentuh ialah saranan beliau bahawa setiap pemimpin mesti berilmu. Saranan itu antara punca pertikaian serta krisis dalaman parti suatu ketika dahulu.

Tun Hamdan menyuntik pengalaman rohaniah, penyubur ilmiah terhadap hubungan tradisi �ilmu���politik� dalam universiti, Kita iringi pemergiannya dengan sejambak al-Fatihah dan rakaman pantun sebagai mengenang jasa-jasa beliau.

 

Ombak di Acheh TInggi Menggunung,

Kampung Roboh Di Pulau Pinang,

Ketokohan Tuan Kami Menyanjung,

Sehingga Kini Dikenang Orang.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Surah �al-Kelkatu�

 

Maghrib sampai ke Isyak,

Malam suram, kelam berbalam-balam,

Bulan enggan menampakkan riak wajahnya,

Berselindung di balik tirai awan,

Kalaulah aku malaikat di langit tinggi,

Nescaya kuseka peluh hujan,

Yang bertakung gantung di bibir kolam langit,

Kutarik awan-awan liar dan akhirnya,

Cahaya terpancar menyimbah bumi,

Semoga hadirlah bayanganku,

Sebagai tanda kewujudan diriku.

 

Isyak merangkak ke pelabuhan dinihari,

Air mata langit enggan berhenti,

Walau puas kupujuk ribuan munajat,

Amukan malaikat bertambah kuat,

Petir halilintar sabung menyabung,

Bertempik syaitan degil tak mahu mengalah,

Kerana mencuri rahsia Ketuhanan,

Demi merosakkan anak Adam,

Sanggup binasa luluh anggota.

 

Dalam kegelapan dan kedinginan ini,

Tiada pemandangan yang enak dinikmati,

Di atas sebidang sejadah bertafakur diri,

Pelita usang penyuluh kamar sepi,

Bijian tasbih dalam genggaman,

Dan al-Qur�an lama jadi pedoman.

 

Perang sudah tamat,

Air mata langit berhenti mengalir,

Soldadu Iblis pulang ke lautan,

Yang lemah menahan sakit di hutan,

Aku menjamah suasana yang edan,

Menjadi peneka pentafsir keadaan,

Mencari makna pencerahan keagungan,

Ketika ribut kelkatu merempuh jendela,

 

Satu persatu kelkatu bergelimpangan,

Bertawaf mereka mengelilingi api,

Hampir aku memanah kalam nista,

Sambil tanganku mengibas mereka,

�Jauhilah kelkatu laknat dari api pelita,

Tidakkah kalian tau ia merbahaya?,

Cuma tau membakar diri dengan percuma!�

 

Lalu aku mendengar suara di dalam diri,

�Mereka tak faham bahasa manusiawi,

Mereka tak endah nistaan dan laknatmu,

Jauhi mereka dari api dengan tanganmu,

Kerana mereka tertipu dan diperdaya,

Dengan keindahan api serta

Liuk lentuk pesonanya,�

 

�Demikianlah manusia yang celaka,

Tidak ubahnya kelkatu seumpama mereka,

Leka memandang keindahan pesona dunia,

Dan liuk lentuk gadis mongel dan genitnya,

Tanpa mengetahui hakikatnya ialah api neraka�.

 

�Dan engkau wahai hambaKu,

Berusahalah menjauhkan mereka,

Dengan keindahan kata-kata,

Kebagusan budi dan kehalusan makna,

Dengan tindakan secebis usaha,

Gerakan raksasa sehabis tenaga,

Engkau antara manusia pilihan,

Jangan takut, risau dan wahan,

Aku penolongmu setiap masa saban ketika�.

 

 

Ibnuamir al-Pendangi,

7.57 pagi,

Pendang, Kedah

3 Zulhijjah 1426 � 23 Januari 2005



GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5

 


Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke