what a relief <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Sukarelawan M'sia dipaksa beri wang rasuah dalam perjalanan ke Aceh
Jan 13, 05 6:08pmSekumpulan sukarelawan Malaysia terpaksa memberi wang suapan sewaktu melalui pusat pemeriksaan tentera di sempadan Medan-Aceh semalam ketika dalam perjalanan untuk menghantar bekalan perubatan dan bekalan lain kepada mangsa tsunami.
Rombongan 16 orang itu, dari Yayasan Amal Malaysia, terpaksa membayar RP500,000 (kira-kira RM250) kepada anggota tentera yang mendakwa kini terdapat peraturan baru yang tidak membenarkan penghantaran bantuan melalui jalan darat.
Anggota-anggota tentera tersebut pada mulanya menuntut bayaran RP2 juta tetapi selepas sukarelawan tersebut merayu, mereka bersetuju mengurangkan jumlah tersebut.�Wang tersebut kami kumpulkan dari rakyat Malaysia untuk diberikan kepada mangsa di Aceh. Jika kami ambil jumlah yang banyak, nanti hanya sedikit sahaja tinggal untuk mereka yang benar-benar memerlukannya,� kata ketua kumpulan tersebut, Dr Lo�Lo� Ghazali kepada anggota tentera terbabit.
Rombongan tersebut sedang dalam perjalanan yang dijangka mengambil masa 15 jam dari Medan ke Aceh dalam empat kenderaan yang disewa.
Amalan rasuah
Ketika ditahan di pusat memeriksaan tersebut kira-kira jam 1.30 pagi, anggota tentera di situ meminta ditunjukkan senarai anggota rombongan tersebut dan permit yang dikeluarkan oleh pihak imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Medan.
Walaupun semua dokumen yang diminta, diserahkan kepada mereka, tetapi anggota tentera berkenaan masih enggan membenar mereka lalu, dengan alasan kini terdapat �peraturan baru�.
Dr Lo� Lo� kemudiannya memberitahu anggota tentera terbabit bahawa pihaknya sudah mendapat permit dari pihak imigresen Indonesia, tetapi mereka menunjukkan pula satu salinan arahan yang dilekatkan di pondok kawasan di situ.
�Baca ini. Ia menyatakan bantuan tidak boleh dihantar melalui jalan darat. Saya tidak boleh membenarkan kami lalu,� kata seorang anggota tentera di situ.
Apabila kumpulan sukarelawan itu merayu, barulah anggota tentera tersebut memberitahu salah seorang pemandu tempatan bahawa masalah itu boleh diselesaikan jika membuat �pembayaran�.
Sementara itu, Dr Lo� Lo� melahir rasa kecewanya dengan amalan rasuah anggota tentera terbabit, kerana mereka sepatutnya lebih simpati dengan nasib yang menimpa mangsa tsunami.
�Saya pernah mendengar perbuatan rasuah ini, tetapi ini adalah pengalaman pertama yayasan ini. Saya harap kerajaan Indonesia akan meningkatkan usaha membanteras amalan ini kerana ia menjejaskan usaha pihak asing untuk membantu rakyat Aceh,� katanya.
Perbuatan rasuah didakwa semakin menjadi-jadi di Medah dan Aceh ketika pasukan sukarelawan kemanusian asing terus tiba untuk membantu mangsa dalam bentuk wang ringgit dan bekalan lain.
Tidak mendapat bantuan
Penduduk tempatan yang ditemui di Aceh mendakwa amalan rasuah itu semakin menjadi-jadi sehingga ramai mangsa tsunami yang masih belum mendapat sebarang bantuan pun.
Sekumpulan penduduk di Inderapuri, kira-kira satu jam perjalanan dari Banda Aceh, mendakwa mereka juga belum menerima sebarang bantuan.
Penduduk tersebut, yang menumpang di rumah saudara-mara, mendakwa agensi-agensi kerajaan Indonesia yang ditugaskan untuk mengedarkan bantuan, tidak berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang tinggal di luar khemah perpindahan.Sanian, yang berusia dalam lingkungan 30-an, ketika ditemui di sebatang anak sungai membasuh pakaian yang sempat diselamatkan, juga mengadu belum menerima sebarang bantuan.
�Jika saya memberitahu kamu yang saya belum menerima apa-apa bantuan pun, kamu mungkin tidak mempercayainya. Tetapi itulah yang sebenarnya. Kami dengar ramai orang dari luar yang menghulurkan pelbagai bantuan.
�Tetapi sudah dua minggu (sejak tsunami melanda pada 26 Disember), saya belum mendapat apa-apa,� kata Sanian yang kehilangan abangnya yang terkorban dalam bencana tersebut.
�Kerana itulah kami membasuh pakaian yang sempat diselamatkan; Jika dijual mungkin dapat membeli sedikit makanan,� tambahnya.
Ketika kumpulan sukarelawan itu bergerak meninggal kampung tersebut, seorang lelaki berlari ke arah kenderaan yang mereka naiki sambil merayu agar mereka datang kembali dengan membawa bantuan.
�Tolonglah datang semula dan bantu kami. Beritahu mereka (pihak berkuasa Indonesia) yang saya melihat mereka yang tidak terjejas dengan bencana tersebut, telah diberi bantuan. Malah, sesetengah daripada mereka telah menjual barangan bantuan tersebut...kami memerlukan bantuan,� rayu lelaki itu.
---------------------------------------------------------------------
Ketua pemberita malaysiakini Arfa'eza A Aziz kini berada di Aceh bersama Yayasan Amal Malaysia.
Yahoo! Mobile
- Download the latest ringtones, games, and more!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
