|
bukan nak ngomen semata-mata....
kalau benda dah salah...salah jua...
tak mampu nak halang dgn perbuatan...
halang dgn lisan...ngomen lah...
tapi siap dgn doa/niat dalam hati.....
jgn jadi pak turut sudah....
malaysia boleh....kata nye....
----- Original Message -----
Sent: Monday, January 24, 2005 11:37
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] ISLAM
HADHARI DAN NEGARA ISLAM
lumrah manusia suka mngomen...... cox manusia ni sifat nya memang tak
perfect tapi cuba di perfect dgn ngomen lah apa2 yang dia rasa nak komen.....
pasal menulis & bercakap ni x kena income tax.... dina scully
<[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
Assalamualaikum..harap2nya laman web ni tak jadi medan bertikam lidah
bagi mereka2 yg berfahaman politik lain2 lah......maklumlah, rambut sama
hitam, hati lain-lain, pendapat pun lain2...jadi cara terbaik maybe jangan
bagi pendapat yang terlalu sensitif sampai orang2 lain boleh jadi sakit hati
bila baca (pendapat saya lah)....
Tapi rasa janggal juga....di kala PM kita, Dato' Seri Abdullah Badawi
me war-warkan pasal pembangunan Islam Hadhari, tapi at the same time, Datin
Seri Endon memperjuangkan kebangkitan kebaya nyonya, kain sutera dan
batik...memanglah tak salah sbb dah jadi budaya kita dari dulu, tapi nampak
janggal sbb malam tadi kuar berita TV3 fesyen show batik, model sume ala-ala
seksi gitu, terdeda2h gitu, nampak dada, batik yg asalnya dari kaum Melayu
yang pakai labuh sampai ke kaki dah dimodenkan jadi ala-ala separuh
gituuuuuu....kan bagus kalau isteri PM suggest fesyen show batik or kebaya
nyonya tapi modified sikit, biar ala- ala tutup aurat dan sesuai untuk
muslimah....barulah nampak seiring dan selari dgn perjuangan
suaminya.......jadi.....emm...saya rasa tak hairanlah kalau ada org nak
mempertikaikan apa yg diorg nak pertikaikan.....ye tak?
pendapat peribadi jer....sbb rasa mcm bercanggah pulak perjuangan First
Men n First Lady ni.....emmmm......itu satu contoh lah, ACTION SPEAKS LOUDER
THAN WORDS...dalam buku maybe semuanya diterangkan dgn cantik, tapi apa yg
kita nak lihat ialah ACTION, not WORDS
only....sekian......
piza <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
ASM
sdr,
minta sdr lebih rasional dan minta sdr lebih menghormati
perasaan sesama islam....jgn berkata-kata tanpa menggunakan akal yg
sihat kerana bila akal anda tidak sihat anda hanya berkata-kata
berdasarkan nafsu yg telah tertipu.
sila perhatikan semula apa
yg sdr tulis itu....bagaimanapun, izinkan saya memberi pendapat saya
supaya berlaku keadilan disini disebabkan pendapat sdr kita yg terlalu
cepat melatah-latah tanpa membaca isi kandungan buku itu terlebih
dahulu.
Adakah kita harus berpegang kepada kata org tidak tahu dan
tidak pernah membaca buku tersebut sehingga boleh menuduh buku
tersebut dirujuk dengan Christopher Columbus ? walaupun menyatakan
sekadar joke, ia dalah satu penghinaan sebenarnya..lebih-lebih lagi
tanpa usul periksa meletakkan isi kandungan buku tersebut sebagai satu
tipu an dajjal dan sanggup pula mempergunakan nama nabi di
situ.....Sdr, saya pelik sekali, sdr tak baca, tapi sdr tuduh begitu
hebat..Angkara apakah yg telah masuk ke hati sdr sehingga sdr ibarat
org yg hilang akal seperti itu ?....
Saya telah membaca buku
tersebut, berulang kali. Dan kepada yg ingin membaca secara online
saya harap sdr/sdri boleh ke :
http://forum.cari.com.my/viewthread.php? tid=142446&page=1&fpage=1&sid=FSSjfF
saya
harap sdr/sdri bersikap adillah kepada diri sendiri dengan membaca
terlebih dahulu buku tersebut tanpa menuduh tanpa usul periksa. Kita
org terpelajar, buatlah cara terpelajar...
tetapi malangnya sdr
ruzaihan bersikap, berfikir seperti org yg tidak pernah tahu apa-apa
yg dimaksudkan dengan pembangunan islam...kalau tidak mahu baca buku
tulisan ust ashhari tak mengapa, tapi pergi rujuk pada Prof Dr Syukri
Salleh (USM), Pr of Madya Dr Fauzi Abd Hamid (USM), Prof Dr Sidek Baba
( UIA) atau Prof Dr Syed Naquib Al Attas (ISTAC), sebelum sdr boleh
bercakap tentang pembangunan islam. Sekadar menyebut beberapa nama
sahaja...
saya pastekan sedikit petikan dari buku tersebut yg
didaapti dari kandungan online di atas .
BAB
Pengenalan
Jangan kita terkeliru dengan
istilah
Madani atau Hadhari. Walaupun
bunyinya
hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya
tidak
membawa apa-apa maksud baru atau
maksud-
maksud tambahan kepada istilah
Islam
yang sebenarnya.
PENDAHULUAN
Semenjak Perdana Menteri
menyebut tentang perlaksanaan Islam Hadhari sedikit masa dahulu, ramai
di kalangan rakyat turut menyebut dan mengulangi istilah yang sama.
Baik di kalangan para menteri, timbalan- timbalan menteri, di kalangan
wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan, para ulama, para
akademik, pengulas-pengulas di akhbar dan tidak ketinggalan rakyat
biasa dari berbagai-bagai peringkat masyarakat. Dalam isu-isu yang
lain, orang memperkatakan terus pen-dapat mereka tentang isu yang
menjadi persoalan. Suka tak suka. Pro dan kontra. Kesan baik dan kesan
tidak baiknya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam isu Islam Hadhari
ini, tidak banyak pendapat seperti itu dibincangkan. Tidak ada
pendapat pro dan kontra, suka atau tak suka, kesan baik atau tidak
baiknya. Ini kerana orang belum faham. Orang masih tertanya-tanya.
Orang masih belum pasti apa sebenarnya Islam Hadhari itu. Oleh itu
tidak ada sesiapa yang boleh mem-beri pendapat atau membuat apa-apa
komen.
Kalau ada pun yang memberi reaksi, hanya setakat menyatakan
kefahaman mereka tentang Islam Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka
sahaja, tidak ada apa-apa yang pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk.
Islam Hadhari tidak disebut dalam Al Quran dan tidak disebut dalam
hadis. Ulama-ulama muktabar dahulu pun tidak ada yang menyebutnya. La
istilah baru atau istilah kontemporari. la hanya disebut oleh
beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum meluas dan belum
diterima umum.
TAKRIF
Kita biasa didedahkan kepada
istilah Islam Madani yang pernah dipopularkan satu ketika dulu. Islam
Madani juga adalah istilah kontemporari. Tidak ada dalam Al Quran dan
tidak ada dalam hadis. Namun istilah Madani ini lebih mudah diTahami
sebab maksudnya terus dan direct. Bila dikatakan Islam Madani,
maksudnya Islam yang maju lahir batin. Kalaupun orang tidak boleh
bayangkan kemajuan batin atau rohaninya, sedikit sebanyak orang boleh
nampak pembangunan dan kemajuan lahirnya seperti kereta mewah, gedung
yang besar-besar dan sebagainya.
Madani adalah dari perkataan
madana yang bermaksud kemajuan. Apabila ditambah 'ya' di hujungnya
menjadi madani, maka mengikut kaedah bahasa Arab, ia menjadi isim
nisbah iaitu yang dibangsakan kepada kemajuan.
Hadhari adalah
dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan dari segi bahasa,
maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di hujungnya menjad i
hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu dibangsakan kepada
hadhir.
Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan,
maksud hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan
hadhir dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur.
Oleh itu istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan
lagi.
Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah
realiti. Jadi Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah
sebenarnya, yang betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki.
laitu Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman
para-para Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan
lahiriah.
Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan
madani itu lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami
dan maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia
bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya
dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya
tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan
dibawa oleh Rasulullah SAW.
Kalau ada Islam yang berbeza dari
itu, maka tidak tulenlah Islamnya. Islam itu satu, dari Tuhan yang
satu, berasaskan Al Quran yang satu dan dibawa oleh Rasul yang satu.
Oleh itu ia mesti satu pada bila- bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal
furuk yang kita dibenarkan bermazhab.
Namakanlah Islam itu
madani ataupun hadhari ataupun apa-apa istilah yang lain, ia tetap
Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana kalau dikatakan
Islam, tidak ada Islam lain selain daripada itu. Kalau berbeza maka ia
dengan sendirinya tertolak.
Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja
pun sudah cukup. Istilah- istilah dan slogan-slogan yang lain
sebenarnya tidak menambah apa-apa kepada istilah Islam. Yang penting
umat Islam mesti memahami betul- betul Islam yan g dibawa oleh
Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut fahaman sendiri atau ikut fahaman
kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh itu jangan kita terkeliru dengan
istilah Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya hebat dan mengkagumkan,
ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa maksud baru atau maksud-maksud
tam-bahan kepada istilah Islam yang sebenarnya.
Namun, tidak
pula salah untuk menambah istilah lain kepada Islam bagi meningkatkan
kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal itu. Sebab kalau umat Islam
dilihat cacat, itu bukan bererti Islam mengajar umatnya jadi begitu.
Itu adalah tanda umat Islam telah tersimpang dari ajaran Islam yang
sebenar.
JADI SAYA KIRA KALAU KITA IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI
DAN PERPADUAN SESAMA ISLAM, MENGAPA PERLU ADA TUDUH
MENUDUH?.....
Sesuatu yg baik seperti yg diterangkan oleh Ustaz
Ashaari itu adalah menepati kehendak kita sebagai seorg
islam.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from
Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn
more.
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Do you Yahoo!? Yahoo! Search presents - Jib
Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
| Would you give Hope to a Child in need? |
| |
![]() |
|
|
| |
|
|
![]() |
Yahoo! Groups Links
|