hijjaz79 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
BAGI MEREKA YG TAK DPT JOIN PROGRAM INI SEMASA DI KLCC TEMPOH HARI...
 
 

assalamualaikum semua rakan -rakan muslim/ah,

anda semua dijemput untuk menyertai satu kursus yang julung kalinya di
adakan di malaysia...kursus penghayatan sifat solat nabi saw..selama satu
hari di Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama.

Adakah solat anda selama ini benar2 berdasarkan sifat solat nabi SAW? adakah
anda selalu terfikir mengapa solat anda tidak khusyu'?, adakah anda sejak
20-30 tahun lalu, hanya belajar solat tanpa dalil dan ikut-ikut ??

sudah sampai masanya anda, isteri dan anak2 anda mengubah kualiti solat anda
kepada yang lebih hampir dengan Solat NABI SAW ...hanya RM 40 pelaburan
untuk mempercantikkkan solat anda...kertas kerja komprehensif yang menurut
ditulis menurut dasar ilmiah dan akademik tanpa taksub dan meneliti
dalil-dalil telah disediakan untuk menafaat anda.

sertailah kursus ini dengan mendaftar segera di nombor 03-77290120 atau Ust
Yusof ( 012-252 0849 ) atau Ust Dino ( 017-3535085)

berikut disertakan maklumat ringkas kursus tersebut :-


Kertas Kerja Konsep
Kursus Penghayatan �Sifat Solat Nabi SAW�
Anjuran : Masjid al-Mujahideen, Damansara Utama
Dengan Kerjasama Pusat Pengajian At-Tibyan


Pendahuluan

Solat adalah tiang agama , tanpanya runtuhnya agama seseorang malah Nabi
pernah bersabda : ertinya � sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan
kekafiran adalah meninggalkan solat� ( Hadith Shohih Riwayat Muslim ) ,
manakala dalam sebuah hadith lain ertinya : � Bukti perjanjian antara kita
(Islam) dan kamu (Umat Islam) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkannya
maka ia telah jatuh kafir� (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih
menurut Ibn Hibban, An-Nasaie dan al-�Iraqi )

Ia juga adalah jenis ibadah khusus yang terhebat kesannya dalam diri
seseorang dan merupakan ibadah khusus yang paling dapat menghampirkan diri
seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu banyak ayat yang menyatakan
perihal solat seperti Firman Allah SWT ertinya : �Sesunguhnya solat adalah
ketetapan buat orang Mukmin menurut waktunya� (An-Nisa: 103 ), Bukan setakat
itu sahaja, malah  Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda sesuatu
solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam diri individu
  sebagaimana Firman Allah  SWT  ertinya : �Sesungguhnya dengan melaksanakan
solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara yang keji dan
mungkar�. ( al-�Ankabut : 45 )

Maka, ingin ditegaskan di sini, bahawa solat yang mampu melahirkan kesan dan
tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT tadi, hanyalah solat sempurna yang
memenuhi sifat solat Nabi SAW. Maka solat yang tepat rukun dan syarat serta
rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah maksiat. Tetapi
hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat masih lagi
melakukan maksiat? Jawapannya adalah kerana solat yang didirikan  tidak
dibuat dalam bentuk dan kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Akhirnya solat itu
  gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati rukun
zahirnya. Firman Allah SWT : � Telah berjayalah orang mukmin yang khushu� di
dalam solatnya� ( Al-Mukminun : 1) , Nabi juga bersabda ertinya : � Allah
tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati seseorang dengan
badannya� ( Hadith Mursal )

Nabi SAW menegaskan �Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat�
..Justeru, beruntunglah sesiapa yang memperelokkan solatnya dengan didasari
ilmu dan kekhusyu�kan hati. Benar ia adalah sesuatu yang amat sukar di akhir
zaman ini. Maka menyedari dan menginsafi kepentingan ilmu dalam
menyempurnakan ibadah terbesar ini. Suatu usaha khusus yang bersungguh untuk
memperdalami selok belok ilmu tentang solat, serta keluar dari kepompong
taqlid dalam hal yang sebesar ini adalah amat diperlukan. Justeru, Seminar 
Sehari Penghayatan Sifat Solat Nabi SAW ini adalah amat wajar dilaksanakan.


Objektif

1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu� dalam
solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat Rasulullah
SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Tanpa melupakan perbezaaan pandangan
mazhab dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan
solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat kepada
mengetahui dalil-dalil al-Quran dan AS-Sunnah yang kukuh.

Anjuran

Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama dengan kerjasama Pusat Pengajian
At-Tibyan


Tempat

Masjid al-Mujahideen, Damansara Utama, KL

Tarikh dan Masa

30 Januari 2005 ( Ahad )
Bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang


Had Bilangan Peserta

Bilangan adalah terhad, segera mendaftar agar tidak ketinggalan


Yuran

Kos profesional adalah RM 40 seorang ( termasuk penyediaan kertas kerja
(sekitar 60-70 muka surat), makan pagi, maka tengahari dan petang dan kos
pembentangan oleh penceramah mahir)


Latar Belakang Pembentang Dan Perangka Modul

1) Nama       : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
� Pengurus Pusat Pengajian At-Tibyan
� Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani
� Kaunselor Shariah, Ingress Engineering Sdn Bhd
� Kaunselor Bersekutu, FITRAH Perkasa Sdn Bhd

Kelulusan
� B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
� M.A, Shari�ah ( Jayyid Jiddan) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan

Antara Guru Beliau sewaktu di Timur Tengah :
Syeikh Prof. Dr Yusof Al-Qaradawi ( Mesir) , Syeikh Prof. Dr Muhammad �Uqlah
El-Ibrahim(Jordan), Syeikh Prof. Dr Muhammad Fathi Ad-Durayni (Syria),
Syeikh Dr. Solah Abd Fatah Al-Khalidi(Jordan), Prof. Dr Abd Fatah Idris
Al-Masri (Mesir) , Syeikh al-Kabir Prof. Dr  Fadhal Hasan Abbas(Jordan),
Prof. Dr Ibrahim El-Khalifah al-Masri(Mesir), Prof. Dr Abd Raouf
El-Kharabsheh (Jordan), Prof.Dr �Imad Rashid (Syria) dan ramai lagi.

Pengalaman Dakwah :
Berpengalaman menyampaikan dakwah selama lebih 15 tahun, serta amat aktif
memberikan ceramah, kuliah, kursus dan kaunseling di Jabatan Kerajaan Dan
Swasta seperti :
: PETRONAS Twin Tower
: Masjid As-Syakirin, KLCC
: Masjid PROTON
: Masjid PUTRA, Putrajaya
: DBKL
: Kementerian Kerja Raya Malaysia, KL
: Kementerian Pertanian Malaysia, KL
: Menara Pernas
: Subang Airport, Subang
: Ingress Engineering Sdn Bhd
: Ingress Technologies Sdn Bhd
: Ingress Corporation Berhad
: Shell Berhad
: Bangunan Felda Pusat, Jalan Semarak
: SAPURA Machening
: Bank Islam Malaysia Berhad
: Bank Industri dan Teknologi Malaysia Berhad
: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), KL
: Takaful Malaysia Berhad
: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
: Lembaga Perkayuan Malaysia, Menara PGRM
: Ibu Pejabat TELEKOM, Bangsar

2) Ust Hj Ahmad Dusuki Abd Ghani
Penasihat, Rumah Kebajikan Anak Yatim Shah Alam

B.A (Shariah), Al-Azhar

Pengalaman Dakwah
Penceramah dan pendakwah Radio Selangor dan IKIM.Fm
Cukup terkenal di Selangor dan Seluruh Malaysia
Berceramah di Jabatan-jabatan kerjaaan dan swasta.


Tajuk  Modul Pengisian

Ceramah 1 : Tajuk : Falsafah Solat dan BagaimanaAnda Boleh Khusyu� Dalam
Solat.
Ceramah 2 : Tajuk : Sifat Solat Nabi dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama
)
Ceramah 3 : Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)
Ceramah 4 :               Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam
( Sesi Ketiga)

Latar Belakang Ringkas Tentang Modul Kertas Kerja

Target penulisan ini adalah untuk mendedahkan secara ilmiah sifat solat Nabi
Muhammad SAW, maksud penulis �ilmiah� membawa erti pendedahan yang dibuat
adalah bersandarkan dalil-dalil terkuat dan dalil-dalil ini juga dipaparkan
buat tatapan awam.

Bagaimanapun, penulisan ini tidak mengikut displin kajian disertasi di
Institut Pengajian Tinggi kerana sifatnya adalah untuk tatapan awam. Agar ia
mampu ditatapi dan difahami oleh orang awam yang bukan takhassus bidang
Shari�ah, dalam pada yang sama boleh dibaca dengan selesa oleh para pengkaji
ilmu Shari�ah, justeru penulis mencampur-campurkan kaedah dan manhaj
penulisan dengan hasrat ia boleh di manfaatkan oleh kedua-dua kumpulan
masyarakat tersebut.

Penulis juga cuba sedaya upaya untuk � istiqra� � hadith-hadith dan merujuk
syarah-syarahnya yang muktabar, kemudian merujuk pula pandangan para ulama
Fiqh dari empat mazhab utama Ahli Sunnah Wal Jama�ah, iaitu Hanafi, Maliki,
Syafie dan Hanbali.

Elok untuk disebutkan di sini, bahawa penulis bergantung kepada pelbagai
jenis kitab yang muktabar, lama dan baru, ketika menulis dan menganalisa
demi menghasilkan hasil yang terbaik untuk dijadikan pegangan kita semasa
solat. Antara kitab silam yang menjadi rujukan utama adalah :-
1. Fath al-bari Syarah Shohih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar Al-�Asqolani (852 H)
2. Syarah Shohih Muslim oleh Imam Yahya Syaraf An-Nawawi (676 H)
3. Ma�alim as-Sunan Syarah Sunan Abi Daud oleh Abu Sulaiman Al-Khattabi (
388 H)
4. Zad al-Ma�ad fi Khayri Hadyi al-�Ibad oleh Ibn Qoyyim al-Jawziyah (758 H)
5. Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid oleh Ibn Rusyd Al-Hafid (595 H)
6. Mughni al-Muhtaj oleh Muhd Bin al-Khatib as-Syarbini
7. Subul as-Salam Syarah Bulugul Maram oleh Md Ismail As-Son�ani (1182 H)
8. Nailul Awtar oleh As-Syawkani (1250 H)
Dan beberapa kitab mahzab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali yang lain juga
dijadikan rujukan sekali sekala.

Manakala kitab kontemporari yang dijadikan sumber rujukan utama pula adalah
:-
1. Al-Fiqh Al-islami wa Adillatuhu oleh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhaili
2. Al-Fiqh Alal Mazahib Al-�Arba�ah oleh Al-Jaziri
3. Min Ahsani al-Kalam fil fatawa oleh Syeikh Atiyyah Saqar
4. Fatawa Mu�asiroh oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
Dan beberapa kitab lain yang kadang kala dirujuk.

Manhaj Penulisan

Manhaj yang digunakan oleh penulis adalah :-
1) Membawakan dalil hadith yang kuat untuk menunjukkan sesuatu amalan dan
pergerakkan itu adalah sifat solat Nabi SAW.
2) Membawa beberapa pandangan ulama hadith dalam menentukan tahap kekuatan
hadith dan jadng kala mengutarakan tafsiran hadith.
3) Membawakan pandangan ulama Fiqh dalam sesuatu dalil, kerana mereka lebih
utama dalam memahami �wajh ad-dalalah� dan �wajh al-istidlal� dari hadith.
4) Menggunakan pendekatan mendahulukan �azimah agar lebih mampu mendekati
sifat solat Nabi SAW.
5) Toleransi dalam perkara yang bersifat ijtihadiyah serta tidak taksub
kepada sesuatu pandangan sahaja.
6) Menganalisa serta menilai analisa pelabagi ulama serta mengeluarkan
intipati perbincangan dan analisa mereka buat faedah dan keyakinan kita
dalam beramal, ini dalam perkara yang hebat terdapat perbezaan pendapat
ulama.
7) Kajian sebenar bermula dari halaman ke empat tajuk : �Sifat Solat Nabi
Dari Mula Hingga Salam�, manakala beberapa item sebelumnya seperti syarat
sah, rukun, perkara membatalkan tidak diperincikan serta tidak disertakan
dalil, kerana target kertas ini adalah sifat solat Nabi SAW bermula dari
Wudhu hingga Salam. Bagaimanapun disertakan secara ringkas maklumat item
tersebut di atas tadi sebagai maklumat asas sahaja.

Cara Pembentangan

Menggunakan teknik berikut :
1) Ceramah lisan
2) LCD Projektor
3) Kertas Kerja
4) Praktikal beberapa orang peserta dan pembentang akan melakonkan beberapa
gerakan di hadapan peserta.


Tentatif  Program ( Ahad , 30 Jan 2005)

08.30 pagi : Pendaftaran peserta

09.00 pagi : Ceramah Satu
  Tajuk : Falsafah Solat dan Bagaimana Mencapai Khusyu� Dalam Solat.

10.30 pagi : Sesi Soal Jawab

11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi

11.30 pagi : Ceramah 2
  Tajuk : Sifat Solat Nabi dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Pertama )

12.30 tgh : Sesi Soal Jawab.

01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari

02.30 ptg : Ceramah 3
  Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi Kedua)

03.30 ptg : Sesi Soal Jawab & Beberapa Praktikal Pergerakan Solat.

04.25 ptg                  : rehat minum petang dan solat asar

04.45 ptg : Ceramah 4
  Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam ( Sesi terakhir)

06.00 ptg                  : Bersurai

Antara Kandungan Kertas Kerja



1)       Berwudhu

2)       Menghadap qiblat

a.      Dalil

b.      Solat Musafir dalam kenderaan

c.      Musafir tidak mengetahui qiblat

d.      Tersilap ijtihad dalam mennetukan qiblat bagi musafir

3)      Meletakkan Penghadang di hadapan ketika solat

a.      Hikmah dan falsafah

b.      Dalil

c.      Kesimpulan hukum yang dipilih

4)      Berdiri Tegak

a.      Falsafah berdiri tegak

b.      Dalil

c.      Jarak di antara dua kaki ketika berdiri.

5)      Niat

a.      Falsafah Niat

b.      Dalil

c.      Masalah Niat ketika Takbiratul Ihram

d.      Masalah Niat secara berlafaz

6)      Takbiratul Ihram

a.      Falsafah takbiratul Ihram

b.      Dalil

c.      Arah pandangan mata ketika solat

d.      Masalah memejamkan mata ketika solat

e.      Mengangkat tangan semasa takbiratul ihram

7)      Tangan Bersedekap Ketika Berdiri

a.      Dalil serta perbezaan ijtihad tentangnya

b.      Kesimpulan hukum yang dipilih.

8)       Membaca Doa Iftitah

9)       Membaca Surah Al-fatihah

10)   Membaca Surah Pendek

11)   Ruku� dan Bacaannya

a.      Dalil Ruku�

b.      Mengangkat tangan sebelum dan selepas ruku�

c.      Tomakninah ketika ruku�

d.      Merenggangkan jari ketika ruku�

12)   I�tidal dan Bacaannya

13)   Sujud

a.      Tujuh anggota sujud dan kedudukan jari kaki

b.      Hidung anggota sujud ?

c.      Kedudukan kepala semasa sujud

d.      Keadaan dahi semasa sujud

e.      Lutut atau tangan mencecah bumi dahulu

f.        Kedudukan tangan ketika sujud

i.         Merenggangkan lengan dari tubuh

ii.        Mengangkat siku

iii.      Merapatkan jari-jari

g.      Bacaan ketika sujud

14) Duduk antara dua sujud

a.  Duduk Iftirash Nabi SAW dan

tegahan duduk di atas kedua-dua kaki.

b.   Kedudukan tangan

c.      Bacaan ketika duduk

d.      Cara Nabi SAW bangun dan ucapan ketika itu.

e.      Duduk istirehat sebentar sebelum bangun.

15)   Sujud Kedua

16)   Duduk Tasyahhud / Tahiyyat Awal

a.      Kedudukan kaki

b.      Bacaan ketika duduk

c.      Masalah angkat dan goyangkan jari.

d.      Mengangkat tangan ketika berdiri.

17)   Tasyahhud Akhir

a.      Cara Nabi SAW duduk

b.      Bacaan ketika tasyahhud

c.      Doa selepas tasyahhud

18 ) Salam

a. Pergerakan kepala ketika salam dan bacaannya.

b. Memperlahankan salam kedua.

19)     Menyapu dahi dan hidung ketika solat dan sesudahnya

20)     Mengangkat tangan dan membaca doa selepas solat.

21)     Bersalaman secara jemaah selepas solat

22)     Beberapa Ulasan Berkenaan Makmum Masbuq dan Muwafiq

23)     Perbezaan Solat Lelaki dan Wanita.

24) Menterbalikkan tangan ketika berdoa tolak Bala. Adakah ia cara
Rasulullah    SAW.


Penutup

Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat
berguna buat selurh peserta dan jug adapat melahirkan generai yang cintakan
solat. Kesan dari solat yang sempurna pastinya mampu menjadi nukleus ke arah
pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

Sekian,


Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke