Cabaran Fahaman Orientalis
Musuh Islam memang banyak. Yang paling menonjol ialah
kaum Yahudi dan Nasoro (Nasrani) sebagaimana firman
Allah SWT:
Maksudnya: "Dan tidak sekali-kali akan redha kepada
kamu (Muhammad) orang Yahudi dan Nasoro sehinggalah
kamu mengikut cara hidup mereka." (Surah Al-Baqarah:
120)
Satu golongan lagi yang memusuhi umat Islam ialah
golongan yang dinamakan orientalis iaitu golongan yang
ditakrifkan sebagai 'pakar' dalam hal bangsa-bangsa
timur. Mereka ini terdiri daripada sebahagian orang
Nasoro atau Kristian, sebahagian orang Yahudi dan
termasuk juga golongan 'Free Thinker' atau orang-orang
yang tidak mengakui akan peraturan agama.
Para orientalis ini suka mengkaji Al Quran dan Hadis,
bukan kerana mereka mahu beriman dengannya bahkan
mereka tidak pun berminat untuk menganut Islam, tetapi
setakat mahu mengetahui ilmu Islam untuk
diperbandingkan dengan agama lain atau dengan
ajaran-ajaran ideologi yang lain. Mereka belajar
dengan tujuan untuk merosakkan ajaran Islam sendiri-
Mereka mengubah atau menambah, membuang, menokok serta
menyelewengkan fakta-fakta serta huraian-huraian untuk
mengelirukan umat Islam yang jahil dan untuk
menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka
jangan menganut agama Islam.
Golongan yang utama yang hendak mereka kelirukan ialah
umat Islam yang mendapat pendidikan Barat tetapi jahil
dengan ajaran Islam. Dengan usaha mereka ini, telah
ramai cerdik pandai di kalangan umat Islam yang
berpendidikan Barat yang dapat mereka pengaruhi.
Mereka ini sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai
kedudukan yang tinggi di negara mereka sama ada di
bidang politik, ekonomi, pen-didikan dan lain-lain.
Di antara fahaman-fahaman orientalis yang sampai
kepada kita melalui lidah orang-orang Islam seperti
ini di dalam ceramah-ceramah dan penerangan-penerangan
mereka ialah tentang peribadi Rasulullah SAW itu
sendiri. Mereka berkata bahawa Rasulullah SAW
bertindak atas dua asas iaitu pertama; sebagai seorang
Rasul dan kedua; sebagai seorang manusia biasa. Mereka
juga berkata di waktu mana Rasulullah bertindak
sebagai seorang Rasul maka ketika itu segala
tindakan-nya adalah Sunnahnya dan kita patut ikut dan
contohi. Tetapi di kala mana Rasulullah bertindak
sebagai seorang manusia biasa maka segala tindakannya
itu tidak perlu diikuti atau dicontohi ataupun
dijadikan hukum.
Maka mereka pun menyenaraikanlah amalan-amalan
Rasulullah SAW sebagai seorang manusia biasa yang
mereka kata tidak sepatutnya diikuti atau dicontohi
oleh umat Islam. Inilah cara halus yang mereka gunakan
untuk memisahkan umat Islam yang jahil dan lemah
dengan Sunnah-sunnah Rasul. Walhal Allah Taala ada
berfirman:
Maksudnya: "Dan tidaklah Muhammad itu bercakap
daripada hawa nafsunya sendiri melainkan dari wahyu
yang diwahyukan." (Surah An-Najm: 3-4)
Di samping itu akhlak dan peribadi Rasulullah SAW
ialah Al Quran dan dialah sebaik-baik contoh bagi
seluruh umat Islam.
Kemudian ada pula kita dengar di dalam ucapan
pemimpin-pemimpin politik bahkan juga dibaca di dalam
khutbah-khutbah solat Jumaat tentang Hadis yang
berbunyi seperti berikut:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
(nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada dalam diri mereka."
Jelas dalam ayat ini disebut "apa yang ada dalam diri
mereka". Tetapi ayat ini diselewengkan maksudnya oleh
para orientalis hingga berbunyi "Sesungguhnya Allah
tidak mengubah keadaan (nasib) sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah nasib mereka sendiri."
Ayat "apa yang ada dalam diri mereka" itu telah
ditukar kepada "nasib mereka sendiri". Inilah kerja
para orientalis yang lidah mereka dipanjangkan dan
disambung oleh orang-orang Islam yang jahil dan
berkepentingan.
Implikasi penyelewengan ini sangat besar. Pertama; ia
mengatakan bahawa Allah tidak ada peranan di dalam
mengubah nasib sesuatu kaum. la juga mengatakan bahawa
kaum itulah yang berkuasa dan berupaya untuk mengubah
nasibnya sendiri. Ini sudah membawa kepada iktiqad
Qadariah yang beranggapan bahawa kuasa itu ada di
tangan manusia dan bukan lagi di pihak Allah. Walhal
Ahlul Sunnah wal Jamaah berpegang kepada iktiqad
bahawa walaupun usaha ikhtiar itu di tangan manusia
tetapi Allahlah yang menentukan se-gala-galanya.
Kedua; manusia bertungkus-lumuslah berusaha
memperbaiki nasib kaum mereka sendiri dengan
menggunakan akal mereka semata-mata tanpa bergantung,
tanpa bersandar dan tanpa merujuk kepada Allah dan
ajaran agama. Maka semakin banyak mereka berusaha,
keadaan dan nasib kaum mereka semakin bertambah buruk
dan bertambah rosak kerana mereka telah lari dan
tersimpang dari kehendak dan tuntutan ayat itu yang
sebenar.
Di dalam hendak mengubah nasib kaum kita, ayat
tersebut sebenarnya mahukan kita mengubah apa yang ada
dalam diri kita. laitu kalau kita tidak beriman, ubah
supaya kita jadi beriman. Kalau kita tidak taat kepada
agama, ubah supaya kita jadi taat dengan ajaran dan
hukum-hakam agama. Kalau kita tidak takutkan Allah,
ubah supaya kita jadi bertaqwa. Kalau kita banyak
sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati, maka kenalah
kita bermujahadah dan memperbaiki diri dan memenuhkan
hati kita dengan segala sifat-sifat mahmudah dan
terpuji. Kalau fitrah kita kotor dan tercemar
hendaklah kita bersihkannya supaya ia kembali kepada
keadaan asal semula jadinya yang bersih dan suci
murni. Pokoknya kita kena bina insan kita. Kita kena
bina akal, hati dan nafsu kita seperti mana yang
diajarkan oleh agama.
Selepas segala itu kita lakukan maka Allah akan
tunjukkan jalan dan akan datangkan bantuan dan akan
memperbaiki nasib kita. Apa sahaja yang kita buat
selepas itu semuanya akan tepat, berkesan dan dibantu
Allah. Allah ada berjanji:
Maksudnya: "Dan Allah itu pembela bagi orang-orang
yang bertaqwa." (Surah Al-Jatsiah: 19)
Selagi kita tidak mengubah apa yang ada dalam diri
kita, selagi kita abaikan agama, selagi kita abaikan
proses membaiki diri, kita abaikan Tuhan dan kita
tidak mahu kembali dan merujuk kepada Tuhan, selagi
itulah kita akan tersasar. Kita akan bertambah rosak
dan bertambah rosak hingga kaum dan bangsa kita akan
hancur-lebur dengan sendirinya tanpa perlu
diganggu-gugat oleh musuh seperti mana y ang kita
lihat sedang berlaku sekarang ini. Ukhwah hilang.
Kasih sayang rosak. Perpaduan runtuh. Sudah tidak
amanah. Tidak boleh dipercayai. Rasuah, berkepentingan
diri, nepotisme, runtuh moral, runtuh akhlak dan
berbagai-bagai lagi.
Di samping itu terdengar juga Hadis seperti di bawah
disebut dan diperkatakan:
Maksudnya: "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu
akan hidup selama-lamanya dan berkerjalah untuk
Akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok."
Maka sibuklah pemimpin-pemimpin politik dan
khatib-khatib di mimbar masjid mengupas dan
menghuraikannya mengikut cara orientalis hingga umat
Islam jadi keliru dibuat-nya. Mereka kata bekerja dan
berusahalah untuk dunia ber-sungguh-sungguh dan
beribadat jugalah untuk Akhirat ber-sungguh-sungguh.
Soalnya, kalau bertembung antara kerja dunia dengan
kerja Akhirat, mana satu yang hendak didahulukan? Mana
yang hendak diutamakan? Mengikut kupasan mereka, yang
dunia utama, yang Akhirat pun utama. Mana boleh ada
dua perkara yang berlainan yang sama-sama utama. Mesti
ada satu yang lebih utama dari yang satu lagi. Kalau
tidak, mana dapat kita buat pilihan. Kalau patut ke
kiri, ke kirilah. Kalau patut ke kanan, ke kananlah.
Mana boleh ke kiri pun hendak pergi dan pada waktu
yang sama ke kanan pun kita hendak pergi. Inilah
huraian yang pelik dan tidak masuk akal. Ramai umat
Islam yang keliru. Hairan kenapa ada juga orang Islam
yang mem-buat huraian macam ini.
Kalau kita sedang bermesyuarat membincangkan hal kerja
jabatan contohnya dan kemudian terdengar azan solat
Jumaat, maka apa perlu kita buat? Teruskan mesyuarat
ke atau berhenti dan pergi ke masjid? Pasti kupasan
dan huraian mereka ini tidak akan dapat menjawab.
Yang sebenarnya, Hadis ini bermaksud bahawa kerja
dunia jni mesti dibuat bersungguh-sungguh kerana
hasilnya kita perlu pakai lama dan ia juga ialah
ibadah. Namun, kalau ber-tembung dengan kerja Akhirat,
maka dahulukan yang Akhirat kerana kerja dunia boleh
ditangguh ke petang ke, esok ke, lusa ke, minggu depan
ke dan seterusnya kerana kita akan hidup untuk
selama-lamanya. Kita ada banyak masa untuk membuat
kerja-kerja dunia. Kerja Akhirat pula tidak boleh
ditangguhkan kerana kita akan mati esok. Kalau
ditangguhkan maka tidak akan ada peluang lagi untuk
kita melaksanakan-nya.
Begitulah beberapa contoh penyelewengan golongan
orientalis yang telah mempengaruhi sebahagian dari
umat Islam. Namun kalau majoriti umat Islam faham akan
maksud ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang sebenarnya,
maka penyelewengan ini lama-kelamaan akan dapat
dibendung dan di-hapuskan.
Penyelewengan golongan orientalis ini biasanya
berbunyi sumbang, menghala ke dunia, bersalahan atau
''contradictory'', tidak masuk akal dan tidak boleh
diterima oleh hati. Maka akan sama firman Allah Taala
dan sabda Rasul berbanding pendapat para orientalis
yang jiwa mereka sudah mati dan hati mereka dihinggapi
berbagai jenis penyakit rohani yang kronik.

Sumber dari Minda Abuya
Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.