Hadis 42

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR 

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada
waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau
bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami
menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi
hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh
macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya:
"Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
Ya�juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di
timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung
Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari
arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada
Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)

Keterangan 

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah
saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang
besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari
qiamat. 

Sepuluh tanda-tanda itu ialah: 

1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan
penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang
yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 

2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan
meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan
terpedaya dengan seruannya. 

3) Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa
di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak
beriman lagi kepada Allah swt. 

4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka
pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman
orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang
yang berdosa. 

5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi
ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi
yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 

6) Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan
membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila
mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari
besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul
Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman
dahulu. 

7) Gempa bumi di Timur. 

8) Gempa bumi di Barat. 

9) Gempa bumi di Semenanjung Arab. 

10)Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke
Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri
Yaman. 

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam
kitab Fathul Bari beliau mengatakan: �Apa yang dapat
dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan
hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal
adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar
yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan
kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun
dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat
tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang
besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang
mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya
peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi
di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari
tempat tenggelamnya�. 

TAMAT 

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik
dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari
An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita
bersama. 
Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita
mengambil iktibar dengan kejadian masa kini,
mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang
yang bertakwa. 


--- zul hilmi abd wahab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


Subject: Radio 3 Pulau Pinang tentang Kiamat
>
>
> Response Dr Danial Zainal Abidin kpd pendengar radio
3 Pulau Pinang
>
>
>
>  Pendengar 1
>
>
>  Saya hendak bertanya, baru-baru ini saya telah
mendengar dari seorang
>
>
>  ulama yang mengatakan ini ialah tanda-tanda kiamat.
Kemungkinan
>  katanya kiamat yang akan datang sekali lagi mungkin
akan menghapuskan
>  separuh daripada penduduk dunia ini. Apakah benar
Dr. DD
>
>
>
>
>  Ada benarnya. Bila saya merujuk pada hadis Bukhari
disebutkan bahawa,
>
>
>  antara tanda-tanda bahawa kiamat besar itu sudah
menghampiri kita
>  ialah gempa bumi semakin kerap menimpa kita. 


                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
The all-new My Yahoo! - What will yours do?
http://my.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It�s easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/kx_54C/I_qJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke