Tolaklah kezaliman manusia dengan kebaikan diri
Mengadulah kepada Allah selalu
Dan cara bertindak berserahlah kepada Allah
Memohon ampunlah kepada Tuhan sebanyak-banyaknya

Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu
Disebabkan dosa-dosa kita
Jangan memaki hamun dan menghina si penzalim
Tapi doakanlah mereka agar mereka mendapat petunjuk

Sabarlah di atas kezaliman mereka
Cepat membaiki diri, cepat pulalah,Tuhan menyelesaikannya
Kezaliman manusia, jangan membalas penzaliman dengan penzaliman
Akan berlaku nanti penzaliman itu bertambah besar dan merata negara

Ia adalah hukuman dan pembalasan terhadap rakyatnya yang derhaka
Oleh itu para ulama dan pemimpin masyarakat
Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak
Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa

Doakan si penzalim agar diberi hidayah oleh Tuhan yang mencipta
Bukan secara menghasut-hasut rakyat menumbangkannya
Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara
Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata

Ertinya kita telah melakukan penzaliman kepada manusia pula
Berhati-hatilah bertindak terhadap penzalim
Nanti kita pun menjadi penzalim juga
 
Hasil Nukilan
Ustaz Haji Ashaari Muhamad
sila rujuk pada   http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu
 
 
Shah" <[EMAIL PROTECTED] wrote
 
The Syariah must be clear for the public. Many are asking if it is illegal
to go to the nightclub. If it is illegal, JAWI should announce it.

Undang-undang Syariah mestilah jelas kepada umum. Ramai yang bertanya adakah
salah untuk mengunjungi kelab malam. Jika ianya salah, maka JAWI patut
mengisytiharkannya.

Demikianlah kenyataan KAMELIA IBRAHIM EXCO Wanita Umno Malaysia yang juga
selaku Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam sebagaimana yang terkandung
di dalam THE MALAY MAIL hari ini.

Kamelia mengulas isu tindakan kontroversial JAWI yang menyerbu sebuah kelab
malam di KL baru-baru ini dan menahan hampir 100 orang pengunjung Islam yang
mana 50 peratus terdiri daripada wanita.

Ramai masih mempersoalkan sama ada benar ataupun tidak para pegawai JAWI
pada malam tersebut telah bertindak kasar dan di luar batasan kuasa mereka.
Setakat ini, kenyataan dan aduan hanya diperolehi daripada mangsa ataupun
tertuduh yang ditahan, termasuklah pimpinan Umno yang kononnya
mempertahankan hak tertuduh. JAWI sendiri tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan.

Kini status kedudukan kelab-kelab malam pula yang dipersoalkan oleh pimpinan
Umno. Saya rasa sebelum JAWI mengeluarkan kenyataan, kita boleh tanya siapa
sahaja yang tinggal dan berada di KL termasuklah Shahrizat, Azalina dan
Kamelia sendiri bagaimanakah rupa dan kedudukan kelab-kelab malam di KL
sebenarnya?

Yang pastinya kelab-kelab hiburan ini rata-rata menghidangkan arak dari
pelbagai jenis. Muzik barat sama ada secara LIVE ataupun dimainkan oleh DJ
berkumandang dengan begitu bingit sekali dengan selitan muzik video yang
biasanya memaparkan adengan separuh lucah. Dan kelab-kelab ini menggalakkan
percampuran bebas lelaki dan wanita yang menari dan bersuka-ria secara bebas
tanpa batasan dalam suasana muram dan separuh gelap. Semakin malam membuta
kelab-kelab ini menjadi semakin hangat dan hebat sehinggalah menjelang
subuh.

Dalam hal yang demikian Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Islam kononnya
masih mahu bertanya sama ada salah ataupun tidak dari segi syarak
mengunjungi kelab-kelab seumpama ini? Sedangkan Konsert Sureheboh TV3 pun
Mufti Perak mengharamkan inikan pula kelab-kelab malam di KL! Aduhai sesat
dan menyesatkan sahaja baunya.

Nampaknya semakin hari semakin keliru jadinya pimpinan ISLAM HADHARI, gerun
memikirkan nasib dan masa depan umat Islam di bawah pimpinan yang seumpama
ini, mudah-mudahan Allah swt melindungi kita dari angkara melampau mereka.


----- Original Message -----
To: Amu Lan
Sent: Saturday, January 29, 2005 10:28 AM
Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: ISLAM HADHARI - ADA BAIK BURUKNYA

SAYA SETUJU DENGAN PENDAPAT TUAN. tetapi maklum sajalah orang yang lurus pun boleh berisfat bengkok. di zaman kita mungkin masalah mazhab baru tidak akan timbul. demikian juga dizaman empat imam mazhab tidak timbul fahaman mazhab, malahan mereka ditentang, diseksa, dikafirkan dan dibunuh.
 
tetapi sesudah masa berlalu timbullah mazhab yang tidak pernah mereka ajarkan. tetapi dinisbahkan ke atas nama mereka. salah siapa? apakah kita pasti masalah ini tidak akan timbul di zaman akan datang?
 
 


Amu Lan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Hanya mereka yang kurang ARIF bab Mazhab dan Hadhari akan mengatakan
kebimbangannya.Tetapi jika kita halusi betul2 ilmu dan permasalahan
mazhab terutama mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah terutama bab Fekah
kita akan mengalu-alukan langkah kerajaan Malaysia melancarkan Islam
Hadhari.

Bukannya bermaksud membawa mazhab baharu malah akan mengiatkan lagi
fahaman dan ilmuan umat Islam di Malaysia untuk mempelajari Persamaan
dan Permasalahan Mazhab. Sebab dalam pepatah Arab mengatakan mereka
yang jahil selalunya memusuhi apa yang mereka tidak tahu.

Bab ni kita kena bukak MINDA seluas-luasnya sesuai dengan kurnia akal
yang Allah bagi. Apa2 pun ilmu yang dipelajari kena belajar dengan
guru Mursyid dan bukan dengan guru munafik.

Wallahualam.
Maklumat tambahan sila layari
http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu
--- I n [email protected], preacher miss


Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke