Title: Samsung Enterprise Portal mySingle





Date : Feb 02, 2005 19:52
Title : Pemuda PAS sokong usaha Jawi banteras maksiat

Pemuda PAS sokong usaha Jawi banteras maksiat
Wednesday, February 02 @ 16:02:55 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Pemuda PAS akan terus memberikan sokongan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam usaha membendung gejala sosial di samping menggesa jabatan itu tidak gentar dengan sikap tidak senang segelintir pemimpin (menteri) berhubung tindakan proaktif mereka di pusat-pusat hiburan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, beberapa masalah remaja yang kritikal hari ini dapat diselesaikan sekiranya langkah pencegahan secara proaktif dilakukan terus menerus bahkan diperluaskan ke tempat-tempat lain yang menjadi punca maksiat seperti sarang-sarang pelacuran.

"Tindakan ini sangat bertepatan dengan dengan kehendak Islam yang menjadi agama rasmi negara kita.

"Pemuda PAS menyokong langkah ini dan harap Jawi tidak gentar dengan cercaan atau sikap tidak senang yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin sehingga boleh menyebabkan Jawi tidak berani lagi mencegah kemungkaran," kata beliau dalam satu memorandum sokongan yang diserahkan kepada jabatan itu, hari ini.

Bagaimanapun kata Ustaz Idris, pihaknya melahirkan kekesalan dengan segelintir menteri yang memandang serong terhadap Jawi setelah badan itu melakukan satu serbuan ke atas sebuah kelab malam pada 20 Januari lalu dengan menyifatkan badan itu 'tidak berbudi bahasa' berikutan berlaku kekecohan apabila hampir 100 pengunjung ditahan.

Kata beliau, perkembangan yang digambarkan pemimpin tersebut seolah-olah rentetan sikap pemimpin kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) yang 'menyokong maksiat' serta 'menghalang pencegahan kemungkaran'.

"Jika diimbas kembali perkara yang sama pernah terjadi kepada bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom apabila beliau dipecat semata-mata kerana Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga orang gadis yang menyertai pertandingan ratu cantik.

"Malahan Jais juga pernah menerima cercaan daripada pemimpin BN kerana menyerbu sebuah bar di Bangsar," kata beliau lagi.

Isu kontroversi terhadap Jawi mula timbul apabila pegawai penguat kuasa mereka dengan kerjasama anggota polis dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Dang Wangi telah melakukan serbuan terhadap sebuah kelab malam pada 20 Januari (malam raya Aidiladha) lepas.

Dalam serbuan tersebut Jawi telah menahan hampir 100 pengunjung Islam yang terdiri daripada lelaki dan wanita kerana didakwa berpakaian tidak sopan serta minum arak.

Walau bagaimanapun selepas itu, Jawi dikatakan telah bertindak kasar terhadap pengunjung beragama Islam yang ditahan kerana kerana didakwa mengangkut mereka ke pejabat menggunakan lori serta menolak permintaan seorang wanita yang ditahan untuk ke tandas sehingga terkencing dalam seluar.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita, Shahrizat Abd Jalil setelah menerima aduan daripada ibu bapa pengunjung yang terlibat mengenai perkara itu, telah mengeluarkan kenyataan supaya Jawi membawa pengawai wanita sekiranya mahu membuat serbuan di pusat hiburan.

"Tiada siapa pun yang boleh membuat serbuan tanpa pegawal wanita.

"Jika perlu kita akan pinda undang-undang terbabit bagi memastikan ia dipatuhi,?kata menteri itu seperti mana dilapor akhbar.

Selain itu, isu penyerbuan tersebut turut mendapat reaksi daripada Jemaah Menteri di mana Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Rais Yatim menegaskan mereka sudah membincangkan perkara itu dan meminta Pejabat Peguam Negara membuat penilaian berkaitan undang-undang dan peraturan berkaitan kuasa Jawi menangkap dan menahan seseorang.

Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ketika mengulas kenyataan Shahrizat terhadap Jawi menggesa kerajaan mengeluarkan segera dana kepada jabatan itu bagi membolehkan mereka menyediakan kakitangan wanita untuk menjalankan tugas penguatkuasaan di pusat-pusat hiburan.

Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, dana khas seperti itu sudah tentu diperlukan oleh badan tersebut untuk mengambil petugas-petugas wanita yang akan menyertai operasi-operasi penguatkuasaan Jawi.

"Kita harap pihak kerajaan (menteri) tidak hanya bercakap kosong sahaja minta begitu atau begini, sebaliknya mereka perlu melakukan apa sahaja untuk memastikan perkara tersebut berlaku termasuk mengeluarkan dana, kerana sebagai kerajaan mereka mampu melakukannya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Mengenai dakwaan yang sikap kasar para pegawai Jawi seperti dilaporkan, Herman berkata, satu siasatan perlu dilakukan untuk menilai terlebih dahulu kebenaran cerita-cerita yang dikemukan oleh para tahanan pada malam tersebut di samping mendesak Jawi tidak mengambil sikap berdiam sebaliknya tampil membela diri.

"Sekiranya terbukti benar dakwaan para pengunjung kelab malam itu, tidak salah jika Jawi memohon maaf kepada mereka diatas kecuaian atau tindakan tidak sopan itu.

"Tetapi kita percaya niat pegawai-pegawai Jawi itu ikhlas dan mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, oleh itu Pemuda PAS Wilayah harap pihak ibu bapa yang terlibat perlu bersikap wajar dengan memikirkan kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka," kata beliau. ?lanh


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke