Bekas Ketua Al-Arqam Akur Kerajaan Hari Ini Patuh Pada Al Quran
PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Bekas ketua kumpulan Al-Arqam, Asaari Mohamad melalui bukunya "Islam Hadhari" telah mengakui bahawa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya mematuhi ajaran Al Quran.
Asaari melahirkan sokongan kepada Abdullah melalui buku terbaru beliau setebal 175 muka surat itu yang kini sudah berada dalam pasaran.
Pendirian Asaari itu dihuraikan juga oleh isterinya, Khatijah Am dalam sidang media hari Jumaat semasa melancarkan buku itu, bersama sebuah lagi buku berjudul "Tsunami, Pembawa Mesej Dari Tuhan".
Pemimpin berusia 68 tahun itu bagaimanapun tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan dilaporkan berehat di ibu negara.
Khatijah pernah ditahan bersama-sama suaminya selama 10 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Turut hadir pada sidang media bersama Khatijah hari ini ialah penulis terkenal, Astora Jabat.
Khatijah berkata konsep Negara Islam yang realistik sudah lama diperjuangkan Al-Arqam dahulu, tetapi kini ia sudah menjadi realiti di Malaysia dan menjadi tanggungjawab suami beliau, Asaari, untuk membantu kerajaan.
"Ini merupakan satu rahmah. Itu yang kami nak. Kami sanggup buat kedai, buat bandar kerana nak Islam realiti itu tapi bila kerajaan nak buat benda yang sama, mengapa kita tak boleh `joint venture'," kata Khatijah.
Beliau bagaimanapun tidak menolak karya Asaari mungkin mengundang kontroversi kerana buku itu mengatakan bahawa pemimpin merupakan wakil Allah dan bukannya datang dari pilihan rakyat.
Katanya Abdullah harus berniat bahawa beliau merupakan wakil Allah dan akan laksanakan amanah Allah, dan dengan itu, kontroversi soal bagaimana pemimpin Islam itu diterima akan selesai.
-- BERNAMA
Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=116734

Do you Yahoo!?
Yahoo! Search presents - Jib Jab's 'Second Term'
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.