alhamdulillah, kerana ramai yang telah celik hukum allah....cuma tunggu perlaksanaannya sahaja.
semoga pemimpin negara akan dibuka hatinya untuk mendaulatkan hukum allah dimuka bumi
m'sia ini....pak lah juga telah melahirkan keresahannya tentang gejala negatif yang semakin merebak.
"islam hadhari berpandukan al quran" maka bukalah alquran dan carilah penyelesaian masalah ini
supaya kita tidak tergolong orang yang sesat selama lamanya.
kita sebagai rakyat akan menyokong penuh jika pemimpin ingin kepada islam contohnya seperti
pembatalan konsert2 menyambut tahun baru...tetapi jika pemimpin sendiri hadir untuk merasmikan
konsert yang mana telah difatwakan haram oleh mufti2 m'sia maka kami tidak dapat menyokongnya.
ini bukan mengkritik/membangkang secara melulu tetapi berpandukan alquran serta ijtma ulama.
semoga pemimpin yang telah diamanahkan oleh allah untuk mentadbirkan m'sia ini dapat
menjalankan tugas "amal makruf nahi mungkar" kerana setiap perbuatan akan dihisab diakhirat
kelak...jangan cari redha manusia tapi carilah redha allah.
"Membangun Bersama Islam"
------- Original Message -------
Sender : grad it<[EMAIL PROTECTED]>
Date : Jan 31, 2005 11:16
Title : Bismillah [hidayahnet] Re: [wildan98] Bekas Ketua Al-Arqam Akur
Kerajaan Hari Ini Patuh Pada Al Quran
|
Walaikumsalam.
Apa yang hendak dikelirukan. Dalam Islam ada 4 rubuk penting dalam bab Fekah. 1.Jinayat 2.Muamalat 3.Syariat 4.Munakahat
Bab jinayat dalam kanun seperti hudud adalah tugas Pemerintah. Kerajaan Malaysia dalam proses untuk melaksanakan hukum hudud.Harus diingat menghukum adalah aspek yang terakhir dalam mendidik individu muslim setelah dakwah dan tarbiah gagal untuk memdidik individu muslim menjadi insan yang bertaqwa.
Dalam bab zina , perundangan Islam menetapkan memerlukan 4 saksi yang adil dalam melihat proses keretapi memasuki terowong. Kalau tidak mencukupi 4 saksi atau pun jika mencukupi tetapi keterangan saksi diragui adil maka tidak sah hukumannya.Apatah lagi jika saksi hanya sempat melihat keretapi tetapi pintu terowang masih jauh lagi.
Dalam bab mencuri dalam Islam harus diberi kemaafan pada mereka yang mencuri kerana desakan hidup dan bukan terus menghukum mereka.Lihatlah kisah Syeikh Qadir Al-Jalani yang bercakap benar ketika pencuri hendak mencuri mencuri barangan beliau. Lantas percakapan benar beliau menyebabkan ketua pencuri bersama pengikut bertaubat lantas menyesali perbuatan mereka.
Dalam bab konsert derma tsunami,sikap menderma itu adalah terpuji tetapi belum sampai seru kepada penganjur untuk menganjurkan konsert mengikut lunas2 Islam seperti suatu ketika dahulu pehak Darul Arqam menganjurkan Malam Kebudayaan Islam mengikut lunas2 Islam.
Kita doakan pada masa akan datang supaya mereka yang menganjurkan konsert mengikut lunas2 Islam. Yang penting saling menasihati kearah jalan yang baik melalui kaedah dakwah dan bukan terus mengkritik mereka.
Dan kerajaan Malaysia dalam proses mengamalkan Islam Hadhari agar Umat Islam di Malaysia mengamalkan cara hidup berpandukan Al-Quran . Kerana jika tidak dapat buat semua secara serentak (mungkin karana karenah birokrasi, kekurangan pakar dan sebagainya) buat lah yang sedikit dahulu daripada meninggalkan semua.
Yang penting umat Islam di Malaysia harus menyokong usaha kerajaan yang dipilih oleh Allah dalam pilihanraya yang lalu dalam menegakkan Cara Hidup Islam dan bukan secara membangkang secara melulu . Jika tidak benarlah nanti umat Islam di Malaysia yang akan bertambah keliru. Wallahualam. --- In [EMAIL PROTECTED], s dff <[EMAIL PROTECTED]...> wrote: > > assalamualaikum warahmatullah... > ana cuma agak musyhkil apabila konsep islam hadhari ni > diperkenalkan kerajaan...dan apabila keluar pula > artikel berkenaan dengan artikel di bawah ini membuat > ana bertambah keliru.... > ana ingin menimbulkan persoalan yang pernah juga akhi > abdulrahman muhamad ([EMAIL PROTECTED]...) > timbulkan di dalam [email protected] iaitu : > > i) Berzina denda Rm 3000.00 ni dan bukannya sebat, ni > ikut islam apa?? > > ii) Mencuri masuk penjara dan bukan potong tangan, ni > ikut islam mana?? > > iii) Kumpul duit untuk tabung tsunami dengan anjurkan > konsert, ni ikut islam siapa?? > > adakah tu sume datang dari al-Quran? ataupun adakah > dengan bina banyak masjid yang besar dan indah serta > menyediakan banyak organisasi yang berlabelkan islam ( > bank islam, universiti islam, dll) sudah cukup mantap > untuk kita menyatakan kita mengikut al-Quran?Ana bukan > ingin berdebat cuma ingin meleraikan kekusutan di > dalam kepala....harap saudara grad_itt dapat > menjelaskan persoalan yang timbul jika benar apa yang > saudara sebarkan itu....kalau boleh tolong jawab 3 > persoalan tersebut... > > semoga ada manfaat... > --- grad it <[EMAIL PROTECTED]...> wrote: > > > Bekas Ketua Al-Arqam Akur Kerajaan Hari Ini Patuh > > Pada Al Quran > > > > PETALING JAYA, 28 Jan (Bernama) -- Bekas ketua > > kumpulan Al-Arqam, Asaari Mohamad melalui bukunya > > "Islam Hadhari" telah mengakui bahawa kerajaan > > Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk > > Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya mematuhi > > ajaran Al Quran. > > > > Asaari melahirkan sokongan kepada Abdullah melalui > > buku terbaru beliau setebal 175 muka surat itu yang > > kini sudah berada dalam pasaran. > > > > Pendirian Asaari itu dihuraikan juga oleh isterinya, > > Khatijah Am dalam sidang media hari Jumaat semasa > > melancarkan buku itu, bersama sebuah lagi buku > > berjudul "Tsunami, Pembawa Mesej Dari Tuhan". > > > > Pemimpin berusia 68 tahun itu bagaimanapun tidak > > dapat hadir kerana kurang sihat dan dilaporkan > > berehat di ibu negara. > > > > Khatijah pernah ditahan bersama-sama suaminya selama > > 10 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri > > (ISA). Turut hadir pada sidang media bersama > > Khatijah hari ini ialah penulis terkenal, Astora > > Jabat. > > > > Khatijah berkata konsep Negara Islam yang realistik > > sudah lama diperjuangkan Al-Arqam dahulu, tetapi > > kini ia sudah menjadi realiti di Malaysia dan > > menjadi tanggungjawab suami beliau, Asaari, untuk > > membantu kerajaan. > > > > "Ini merupakan satu rahmah. Itu yang kami nak. Kami > > sanggup buat kedai, buat bandar kerana nak Islam > > realiti itu tapi bila kerajaan nak buat benda yang > > sama, mengapa kita tak boleh `joint venture'," kata > > Khatijah. > > > > Beliau bagaimanapun tidak menolak karya Asaari > > mungkin mengundang kontroversi kerana buku itu > > mengatakan bahawa pemimpin merupakan wakil Allah dan > > bukannya datang dari pilihan rakyat. > > > > Katanya Abdullah harus berniat bahawa beliau > > merupakan wakil Allah dan akan laksanakan amanah > > Allah, dan dengan itu, kontroversi soal bagaimana > > pemimpin Islam itu diterima akan selesai. > > > > -- BERNAMA > > Sumber : > > > http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=116734 > > > > > >
Do you Yahoo!? Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". |
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
