Saya terpanggil untuk menulis sedikit berkaitan artikel PENGAKUAN PADERI YANG MEMELUK ISLAM yang disiarkan di web ini. Saya telah membaca artikel ini beberapa tahun yang lepas dan sendiri tidak dapat/cuba memastikan kebenarannya.
Apa yang ingin saya ceritakan disini ialah cerita adik saya yang belajar di sebuah di sekolah Agama di Kelantan. Cerita ini telah diceritakan kepada saya dua tahun yang lepas. Adik saya bercerita tentang mudhirah(pengetua sekolah) menjemput seorang wanita kristian untuk berceramah di sekolahnya. Dalam ceramahnya dia menceritakan pengalamannya iaitu siapa dia sebelum ini dan bagaimana ia boleh tertarik dengan Islam. Wanita ini kononnya ialah seorang rahib dan dia telah insaf dan menemui kebenaran melalui Islam. Saya tidak memberi apa-apa komen ketika cerita tersebut diperdengarkan kepada saya kerana saya telah baca cerita-cerita seumpamanya di internet.
Selang beberapa lama, apabila cuti, adik pulang ke kampung dan kebetulan saya juga pulang sama. Saya dihidangkan lagi dengan cerita tentang wanita tersebut. Namun kali ini dalam versi yang berbeza. Wanita ini rupanya telah berkahwin dengan salah seorang ustaz disitu sebagai isteri kedua. Namun setelah itu (tidak pun sampai setahun usia perkahwinannya), mereka telah berpisah.. wanita tadi pula bukan sahaja telah menjaja cerita tentang keburukan ustaz tersebut malah telah memburuk-burukkan Islam itu sendiri. Dan kini saya dapat buat kesimpulan bahawa PENGISLAMANNYA hanya sekadar untuk mencari cela dan cacat individu dan seterusnya ISLAM itu sendiri. Mungkin kerana di Kelantan pengaruh Islamnya agak kuat, gerakan kristianisasi di sana juga tidak kurang hebatnya. Kata adik saya, ada diantara mereka itu memakai purdah dan terlalu baik, rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.
Mereka yang berjaya dikristiankan kata adik saya, akan ditoreh lambang salib di pangkal peha mereka (kalau pakai rantai senang nampak agaknya). Perkara ini telah menimbulkan rasa bimbang di kalangan guru-guru mereka. Akhirnya mereka terpaksa berdiri di hadapan guru dengan hanya berseluar dan berkain dalam untuk diperiksa. Adik saya meluahkan rasa malu dan kurang senang dengan tindakan itu. ((Biasalah.. pelajar-pelajar yang terdidik dan punya rasa malu yang tebal tentunya masih memberontak tidak setuju diperlakukan demikian walaupun di hadapan guru wanita).
Namun ini cerita dua tahun yang lepas. Sekarang adik saya sedang tunggu keputusan SPM di kampung dan saya belum berpeluang lagi mencungkil cerita-cerita sensasi darinya.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
