fira_sat2000 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:




Oleh Saipul Adli Mohamad
[EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: Hanya dua gerai makanan di medan selera di Suria KLCC
yang mendapat pengesahan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), manakala tiada restoran utama di pusat beli-belah
itu yang mendapat pengesahan berkenaan.




Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim,
Hasan Fahmi, berkata lebih mengejutkan, satu `outlet' atau restoran
yang mempamerkan logo halal swasta, turut memiliki arak di dalam
premis berkenaan.

"Selepas mendapat aduan, pegawai Jakim sudah membuat tinjauan ke
premis makanan di Suria KLCC, Sabtu lalu membabitkan gerai di medan
selera dan restoran atau `outlet' tertentu.

"Di medan selera, ada dua gerai yang mendapat pengesahan halal Jakim
dan mematuhi piawaian termasuk dua tukang masak beragama Islam.

"Selain itu, kami dapati tiada logo lain seperti jabatan agama Islam
negeri lain atau salinan fotokopi logo Persatuan Makanan Islam Asia
Tenggara, seperti dilaporkan. Mungkin ia sudah dicabut atau
dikoyakkan pihak terbabit selepas perkara itu dilaporkan akhbar
(Harian Metro) sebelum ini," katanya.

Mengenai gerai yang memiliki logo halal swasta tetapi di dalamnya
ada arak, beliau berkata, status halal dan piawaian terhadap makanan
dan minuman yang disajikan diragui.

"Sudah pasti orang ramai was-was kerana ada logo halal tetapi
terdapat arak di dalam premis itu. Pegawai Jakim sudah memberi
amaran dan penerangan kepada pemilik premis terbabit.

"Kami turut memberi amaran kepada syarikat swasta terbabit supaya
berhenti mengeluarkan logo halal berikutan tiada piawaian,
sebaliknya lebih kepada bisnes saja.

"Dalam syarat perniagaan, sesiapa saja boleh menulis logo halal
dengan syarat ia benar-benar halal. Setakat ini, Jakim belum
mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat dan premis terbabit
kerana bermula tahun ini, kita akan memberi program pendidikan
kepada peniaga dan kepentingan mendapatkan logo halal Jakim,"
katanya.

Baru-baru ini, Hasan berkata, Jakim mengadakan perbincangan dengan
pengurusan KLCC, sebulan lalu kerana mereka menyedari ketiadaan logo
halal Jakim di medan selera dan restoran utama di KLCC, mula
merimaskan pengguna Islam.

Beliau mengulas mengenai penyebaran e-mel bertajuk: `Hati-hati nak
makan kat KLCC' yang semakin berleluasa disebarkan kebelakangan ini.

Ia merujuk jawapan pegawai Jakim kepada beberapa aduan yang
dipaparkan di bahagian Portal e-Halal dalam laman web rasmi Jakim,
www.islam.gov.my.

Aduan bertarikh 16 Disember lalu, pengadu meminta penjelasan status
premis di medan selera KLCC berikutan tiada papan tanda membezakan
gerai halal dengan tidak halal serta status beberapa restoran utama
lain.

Dalam aduan kedua 24 Disember lalu, pengadu tidak puas hati jawapan
Jakim serta kesal berikutan orang ramai tidak diberitahu mengenai
tiada gerai makan di medan selera yang mendapat pengesahan halal
Jakim.

Hasan berkata, pihaknya bertanggungjawab menyediakan jawapan kepada
setiap aduan dan menasihatkan orang ramai tidak makan di restoran
yang diragui status makanan serta minuman.


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke