Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


BERITA HARIAN : 7 Februari 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Rencana/20050207064605/Article/

Surat & Emel: Tidak sesuai guna istilah �amal� untuk
konsert

SAYA berpendapat menganjurkan acara hiburan dengan
menggunakan istilah �konsert amal� untuk mengisi
tabung mangsa tsunami bukanlah cara betul dan
sepatutnya perkataan amal tidak disalahgunakan.

Perkataan �amal� itu sendiri kalau dilihat dari
perspektif Islam yang benar sudah bertentangan dengan
pengisian konsert yang dianjurkan.

Bolehkah matlamat yang baik dicemari dengan cara yang
salah menurut Islam? Patutkah manusia di suatu tempat
berhibur sedangkan mangsa bencana itu sendiri merintih
kelaparan dan tidak ada selimut untuk tidur?

Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan
sepatutnya mengembalikan manusia kepada rumah Allah
dan kalimah Allah, melalui cara yang benar dalam
menghadapi sesuatu situasi.

Kita sudah menjadikan �konsert amal� sebagai satu
budaya dalam masyarakat. Adakah pernah kita meminta
Majlis Fatwa Kebangsaan memberikan pandangannya?

Tsunami banyak meninggalkan kesan sama ada pada
bilangan mangsa yang terkorban, hilang, hidup tetapi
mengalami trauma dan kemusnahan harta benda yang
dahsyat. Kita juga dapat menyaksikan betapa besarnya
kuasa Allah daripada peristiwa berkenaan dengan
pelbagai cerita mengenai mayat yang dijumpai masih
menitis darah, tubuh yang tidak reput dan lain-lain.

Kita juga lihat akan kebesaran Allah ketika masjid
masih utuh dan tegak berdiri selain runtuhan bangunan,
lumpur dan ombak besar yang melanda.

Semua ini sepatutnya menginsafkan kita bahawa tidak
ada cara dan penyelesaian melainkan kembali kepada
�Kalimah Allah� dan �semangat masjidnya�.

Ramai yang bersimpati dengan mangsa tsunami. Sumbangan
demi sumbangan, bantuan demi bantuan dalam pelbagai
bentuk diberikan menggambarkan sikap manusia prihatin
terhadap mangsa tsunami.

Tentunya antara bentuk keprihatinan itu ialah �konsert
amal� yang dibuat bagi mengumpulkan dana mengisi
Tabung Mangsa Tsunami. Konsert diisi dengan nyanyian,
lagu dan muzik. Ia sendiri asalnya dibuat untuk
berhibur.

Cukuplah tsunami yang melanda Aceh dan tempat lain dan
hendaknya dihentikan acara berhibur yang tidak
putus-putus dengan sorak-sorainya sedangkan mangsa
malapetaka berduka sepanjang masa.

OMBAK TENANG
Kemaman, Terengganu


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 250MB! Get Yahoo! Mail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke