Bukan mudah-mudah dengan hanya memberikan hujah Al-Quran dan hadis tentang Tuhan, sudah kita anggap orang itu kenal Tuhan. Bukan sebegitu mudah. Belum lagi kenal Tuhan untuk orang seperti itu. Walaupun hebat hujahnya, ada dalil dan nas sekali, dibawa pula pendapat ulamak muktabar, namun dalam soal mengenal Tuhan, itu bukan ukuran. Memang ilmu itu perlu ada dalam kita mengenal Tuhan, tetapi ia tak boleh dijadikan ukuran seseorang itu mengenal Tuhan. Orang seperti itu baru boleh kita katakan, tahu tentang Tuhan. Atau boleh kita panggil dia, ada ilmu tentang Tuhan. Dalam ertikata lain, mereka ini adalah �Alimbillah�. Jika, persoalan Tuhan baru di akal, baru bermain-main di fikiran, itu  belum cukup syarat mengenal Tuhan.

Bila cukup syaratnya? Bila Tuhan itu sudah dihayati sifat-sifatnya, dijiwai dan dirasai sungguh-sungguh di hati. Malah dari situlah timbul pelbagai rasa dengan Tuhan yang antaranya rasa cinta dan takut Tuhan. Kalau ini berlaku, orang seperti ini layak kita gelar �Arifbillah�.  Dari rasa-rasa inilah yang mendorong orang ini untuk beribadah kepada Tuhan. Dari rasa-rasa inilah yang meningkatkan taqwa mereka. Biar kurang hujahnya, biar kurang nak bercakap sangat tentang ilmu Tuhan, tetapi dia boleh merasa. Kemudian dari rasa ini, terdorong baginya untuk amalkan segala suruhan dan tinggalkan segala larangan Tuhan. Dari perilaku seharian,  membuktikan yang dia ini sungguh mengenal Tuhannya. Apakah kita sudah jadi orang seperti ini? Apakah kita hanya takat boleh bercakap sahaja tentang Tuhan? Atau hanya boleh berfikir-fikir tentangNya sahaja? Jika belum, sungguh hati kita perlu dipimpin untuk itu.

 Dipetik dari http://www.rufaqa.com

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke