Islam Hadhari
 
Islam Hadhari pada istilah bahasa ialah Islam yang bertamadun dan sebaliknya Tamadun Islam ialah Hadhariah Islamiah. Islam yang bertamadun bermaksud masyarakat Islam yang bertamadun di dalam kemajuan yang berteraskan Islam atau lebih mudah kemajuan bersama Islam. Sebaliknya Tamadun Islam ialah kemajuan dari semua aspek kehidupan berteraskan Islam.
Konsep Islam Hadhari banyak menjuruskan kepada pembangunan negara berteraskan Islam dari segi fizikal atau jasmani sahaja. Tidak banyak pembangunan rohani atau spiritual dalam Islam diterapkan dalam Islam Hadhari. Di dalam kepesatan ekonomi sekarang, ramai muda-mudi kita akan hanyut dalam arus kemodenan selagi tiada penerapan rohani atau moral masyarakat yang bertamadun dilakukan. Jika dibandingkan dengan pembangunan negara sekarang dengan kadar jenayah yang berlaku pada masa ini, ia lebih kurang sama pesat membangun seandainya tiada langkah drastik diambil oleh pihak kerajaan. Sesungguhnya tiada langkah yang paling baik kecuali kembali kepada hukum Allah (Hudud).
Pada hari ini, remaja kita telah jauh dibawa arus kemodenan demi mencapai wawasan 2020 dan bukannya kebahgiaan di dunia dan akhirat yang sebenarnya menjadi landasan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Di dunia ini hanyalah sementara dan tipudaya selagi kita hanyut dengan kemewahan dunia selagi itulah kita akan terus rugi. Justeru itu, seandainya pihak kerajaan betul-betul ingin mencapai kemajuan dalam negara penerapan rohani/spiritual atau moral harus dilakukan kepada remaja kita sekarang untuk menjadi masyarakat yang bertamadun pada masa akan datang. Percayalah segala kemajuan yang dicapai pada hari ini akan lenyap dalam sekelip mata seandainya pihak yang berkuasa mengambil sikap sambil lewa tentang masalah sosial remaja sekarang.
Bagaimana penerapan rohani dilakukan haruslah menjurus kepada pendidikan awal di sekolah-sekolah dengan menitikberatkan nilai-nilai murni peradaban masyarakat bertamadun sesuai dengan budaya kita orang timur yang kaya dengan budi bahasa dan kesopanan. Langkah terakhir untuk membendung masalah sosial sekarang ialah dengan penguatkuasaan yang telus lagi berterusan berlandaskan hukum-hukum syariat bagi membawa perubahan dalam negara pada masa ini.
Konsep Islam Hadhari sekarang hanyalah sekadar untuk menjadi pemangkin sebuah negara Islam dan masih tidak lengkap untuk menjadi prinsip sebuah negara Islam. Prinsip atau hukum sebuah negara Islam hanyalah hudud sebagaimana yang tercatat dalam Al-Quran dan bukannya Civil Law sepertimana yang diamalkan sekarang. 
Kita sebagai manusia harus kembali kepada pencipta kita iaitu Allah Taala di mana sebagai seorang muslim wajib percaya kepada Rukun Islam dan Rukun Iman. Untuk pengetahuan semua, seandainya kita mengingkari salah satu daripada Rukun Iman seperti percaya kepada kitab akan gugur syahadah kita kerana semuanya akan kembali kepada Allah Taala. Mampukah kita melawan pencipta kita Yang Maha Besar lagi Perkasa. Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah.
Wahai pemuda-pemudi Islam, bangkitlah daripada arus kemodenan sekarang marilah kita sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam hukum Allah untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang bukan sahaja di bumi Malaysia malah di akhirat sana yang sedia menanti kita untuk kekal selamanya bersemadi. Tiada apa yang hendak dibanggakan di dunia yang sementara ini hanyalah tipudaya dan janganlah terperangkap dengan noda syaitan yang berleluasa sekarang ini melalui kemewahan dunia dan kemodenan Islam Hadhari yang banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Bangkitlah membawa akidah yang tulus demi kerana Tuhan Pencipta Alam ALLAH Azzawajalla.
 
"Semuanya akan kembali kepadaNya (Allah Taala)".
         

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke