Fakta sejarah kedua adalah perjuangan. umat Islam di
zaman kita melalui parti-parti Islam dan sistem
demokrasi. Ikhwanul Muslimin di Mesir sudah lebih dulu
dari kita. Turki melalui parti Refat, Malaysia melalui
PAS dan ABIM, Indonesia melalui PPP, Masyumi, Algeria
melalui Front Islamic du Salut, Pakistan, Sudan dengan
Hasan Turabinya sudah mencuba berjuang menegakkan
syariat Islam melalui demokrasi, lebih dahulu dari
kita. Kalau menang pun macam tidak menang. Malam ini
menang, esok atau lusa kuasa itu direbut kembali oleh
musuh Islam.

Melalui demokrasi, Nectemin Erbakan menjadi Perdana
Menteri Turki selama lebih setahun. Tidak banyak
perubahan dalam masyarakat yang dibuatnya. Selepas itu
tentera membekukan kegiatannya, partinya dibubarkan,
beberapa pemimpin partinya bahkan dipenjarakan.
Mungkin ada yang berhujah, "Kan waktunya singkat,
tidak mungkin Erbakan dan Refat mampu membuat
perubahan dalam negara. Siapa pun tidak dapat
melakukannya." Ini tidak dapat dijadikan alasan sebab
Umar bin Abdul Aziz dengan kaedah, jalan dan tatacara
Rasulullah telah berhasil mewujudkan rnasyarakat
madani yang aman damai, harmoni dan mendapat keampunan
Allah dalam masa pemerintahannya yang kurang dari dua
tahun.

Bukan hanya orang Islam yang menyokong sistem hidup
Islam yang diamalkan dalam negaranya, bahkan yang
bukan Islam pun sangat menyokong dan merasakan
keindahan hidup dalam masyarakat madani itu. Padahal
alat-alat perhubungan dan komunikasi untuk mendidik
masyarakat dan menyampaikan keindahan Islam di waktu
itu seperti TV, radio, filem, alat-alat pengangkutan
dan alat-alat multimedia tidaklah secanggih sekarang
ini malah tidak ada langsung.

Sudan dengan menumpang demokrasi yang dipimpin oleh
Hasan Turabi yang sangat bersemangat menegakkan
syariat Islam dalam negara, sempat memegang negara
satu dua tahun, tetapi ternyata gagal. Tidak berhasil
mendapat kejayaan. Yang lebih tragis adalah Algeria,
sudah menang pada pilihan raya tahap pertama, tetapi
pemilihan tahap kedua ditunda dan dibekukan,
pemimpin-pemimpin parti Islam dipenjarakan. Mereka
mencuba untuk melawan dan hasilnya terjadi perang
saudara, huru-hara dan pembunuhan. Ribuan rakyatnya
terkorban. Belum lagi syariat Islam yang indah itu
tegak dalam jemaah, jauh lagi di peringkat negara,
sudah ribuan orang terkorban. Dua kekalahan mereka
terima, kekalahan pertama kerana telah menggunakan
sistem demokrasi atau sistem musuh Islam untuk
menegakkan syariat Islam dan kekalahan yang kedua
adalah kalah kerana belum berhasil menegakkan syariat
Islam bahkan dalam jemaah sendiri, jemaahnya sudah
dihancurkan, pemimpinnya ditangkap dan dipenjarakan,
negaranya huru-hara, ribuan rakyatnya terbunuh.

Inilah dua fakta sejarah yang menolak sistem orang
lain dalam memperjuangkan Islam. Sungguh tidak tepat
kalau ada yang berhujah, habis mana jalannya, kami
tidak nampak jalan lain, terpaksa kami ikut cara
demonstrasi dan demokrasi. Padahal cuba ikut jalan
Tuhan yang sudah dicontohkan oleh Rasulullah,
jangan-jangan kita lebih cepat mendapat kemenangan,
mewujudkan masyarakat madani yang aman, damai, makmur,
harmoni dan mendapat keredhaan Tuhan. Tidak boleh kita
katakan sudah tidak ada jalan, sebab kita belum pernah
menempuh jalan itu lagi.

Jalan Tuhan ini adalah jalan untuk membaiki diri,
membetulkan solat, solat malam, membetulkan keluarga,
banyakkan dakwah bukan banyakkan politik, sedikit demi
sedikit membangunkan model ekonomi, kebudayaan,
pendidikan, teknologi dan lain-lain berdasarkan
keutamaan yang telah ditetapkan oleh kaedah syariat.
Buatlah apa yang dapat dan mampu dibuat dulu. Kalau
belum dapat buat semua jangan tinggalkan semua. Itulah
jalan Tuhan dan Rasul.

BERSAMBUNG

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke