|
Assalamualaikum
Are we muslim going to
let "non-muslim" dictate what's right and wrong and what can be done and what
cannot be done as a muslim??
Well, if the plan below
goes ahead, then it will mark the beginning of the collapse of Islamic
establishment in Malaysia.
I urge all NGOs to
stop this nonsense plan !!!
Islahonline
From: maryam
hawa
Sent: Wednesday, February 16, 2005 4:57 PM
Subject: Bahaya Suruhanjaya Antara Agama IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini? Wednesday, February 16 @ 13:31:05 MYT Oleh UMAR ZIYAD Suruhanjaya Antara Agama (IRC) serta rang undang-undang mengenainya akan dilancarkan pada 24 dan 25 Februari ini. Seperti dijelaskan dalam beberapa artikel terdahulu, IRC (nama asalnya Majlis Antara Agama) adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam. (Sila rujuk dua artikel di bawah: "IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama" dan "Majlis Peguam juarai hak untuk murtad") Penganjur kini berusaha keras bagi mendapat "restu" pemimpin utama kerajaan untuk melancarkan IRC, termasuk daripada Perdana Menteri sendiri, selepas menyedari tentangan berterusan daripada umat Islam negara ini. Atau setidak-tidaknya tiada kata celaan terhadap inisiatif mereka itu. Menghina Islam Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai Islam, malah pernah secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters in Islam. Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh orang Islam. Presiden MCCBCHS, V Harcharan Singh, secara terus terang dalam wawancara The Sun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal sensitif ini, termasuk keperluan orang Islam diberi hak murtad. Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripada memorendum "anti-Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya mencetuskan idea penubuhan IRC. Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada keluarga dan individu sahaja. Dibimbangi sikap campur tangan dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan hak mereka untuk menganuti agama masing-masing itu semakin menjolok mata. Selain boleh mengancam keharmonian agama di negara ini, ia dianggap tindakan "biadab" dan mesti dihentikan. IRC yang dicadang itu -- seperti dimaklum penganjurnya, Malek Imtiaz Sarwar -- bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau tidak. Peranan Konrad Adenauer Foundation Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu. Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam, tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk setiap agama. Kini jelas beliau tidak bercakap benar! Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global, yang merupakan satu konsep sekular, bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika. Beliau mengambil ajaran-ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan. Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia An Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan. Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia. Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini. II IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional akan diadakan Februari depan. Penganjur giat melobi untuk mendapat sokongan kerajaan. Kerajaan diharap tidak terperangkap kerana ia boleh memusnahkan keharmonian kehidupan antara penganut berlainan agama di Malaysia. Ini kerana ia sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam. Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism - MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia dijuarai Majlis Peguam sendiri. Agama dalam kad pengenalan Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21 Ogos 2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah: Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad -- sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan -- bagi orang Islam. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka. MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa: Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam. Mereka sebagai bukan Islam tidak berhak menimbulkan hak kebebasan beragama orang Islam. Bagi mereka, Perkara 11 yang memberi hak kebebasan agama, juga memberi hak kepada orang Islam untuk keluar agama, seolah-olah Perlembagaan mengatasi ajaran Islam. Tetapi bagi Muslim, hak kebebasan agama hendaklah ditafsir menurut ajaran Islam dan bukan melanggarnya. Sebagai pemimpin agama bukan Islam, hak mereka adalah mengenai agama mereka sahaja. Mereka tidak boleh campurtangan atau mendesak ajaran agama-agama lain diubah untuk kepentingan mereka. Kalau sempadan ini dicerobohi, maka penganut mana- mana agama boleh menyentuh ajaran agama lain, dan ini boleh menimbulkan rasa marah. Suhakam sudah mencukupi IRC tidak diperlukan kerana Suhakam sudah mencukupi. Bukan Islam yang merasakan hak mereka mempraktikkan agama disekat boleh membuat aduan ke sana. Golongan ini juga menggunakan `khilaf' atau beberapa perbezaan tafsiran dalam ajaran Islam untuk menimbulkan keraguan tentang isu murtad. Sedangkan tujuan mereka hanya untuk menguntungkan bukan Islam tertentu, dan memberi hak kepada orang Islam untuk murtad. Sedangkan, bukan dalam Islam saja yang ada `khilaf', agama-agama lain pun sama, misalnya perbezaan dalam Kristian. Dan mereka sendiri tidak dapat mendirikan satu badan untuk mengharmonikan semua perbezaan itu. Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad. Penaja IRC telah dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah? Ini satu usaha berbahaya kepada orang Islam kerana ia begitu ketara menentang ajaran Islam. Beberapa pihak menentang hebat, antaranya peguam-peguam Islam yang menganggotai jawatankuasa kecil syariah dalam Persatuan Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim dan juga ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs). ACCIN terdiri dari 14 badan Islam, iaitu Al-Hidayah, Belia Perkim, Gepima, Islamic Information and Services, Islamic Outreach Abim, Jim, Macma, Al-Hunafa, Darul Fitrah, PUM, Ricoi, Saba Islamic Media dan Wamy. Berselindung atas nama kemanusiaan Memo itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka, ramai yang menganut Islam secara terpaksa -- kerana mahu berkahwin -- apabila gagal dalam perkahwinan menghadapi masalah besar untuk kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan. Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain juga akan didesak untuk diterima. Golongan tertentu dalam Kristian dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama-agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi Kristian. Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka. Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam. Islam menafikan Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai? Begitu juga berkaitan Sikh, yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain? III Majlis Peguam juarai hak untuk murtad? Beberapa anggota Majlis Peguam, yang diketuai Khutubul Zaman Bukhari dan jawatankuasa kecil hak asasi manusia yang didokong Malik Imtiaz Ghulam Sarwar adalah tonggak kepada IRC (Majlis Antara Agama), satu badan yang memperjuangkan hak orang Islam untuk keluar agama. Anti-Islam Sebenarnya IRC adalah badan yang didokong kepentingan bukan Islam, yang bertujuan menentang Islam dalam beberapa aspek, seperti dijelaskan dalam idea asalnya, melalui surat Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS), bertarikh 1 Ogos 2001, kepada Majlis Peguam: Orang Islam hendaklah diberi hak murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil -- dan bukan badan berkuasa syariah -- yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka. IRC berkuasa mahkamah Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad. Penaja IRC dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah? Jawatankuasa kecil Syariah Jawatankuasa tersebut di bawah Majlis Peguam berulangkali melalui beberapa surat memberitahu Majlis Peguam dan juga jawatankuasa kecil hak asasi manusia: IRC yang dicadangkan itu bersifat anti-Islam. Oleh itu, mereka menentangnya.. Tidak mahu terbabit dengan IRC. Memandangkan Persatuan Peguam adalah badan yang dianggotai peguam Islam dan bukan Islam -- seperti dikehendaki undang-undang untuk menjadi peguam bela dan peguamcara � maka ia tidak sesuai menjuarai mana-mana pihak yang bertentangan dengan pihak lain, sebab kedua-duanya menganggotai Persatuan Peguam. Apa pun, Majlis Peguam tidak mempedulikan pendirian peguam-peguam Muslim dan terus bersikap "membujur lalu melintang patah": AJK Syariah yang menentang IRC tidak dilantik semula dan digantikan dengan Sham Haris Fadhilah yang lantang menjuarai hak orang Islam untuk murtad. Kedua, semua AJK Syariah diserap dalam IRC tanpa persetujuan mereka. Pengaruh MCCBCHS dalam Majlis Peguam amat bertentangan dengan Seksyen 46A Akta Profesion Peguam yang melarang peguam-peguam yang memegang jawatan dalam badan lain menganggotai Majlis Peguam. Tujuan peruntukan ini supaya peguam boleh bertindak bebas dan tidak dikongkong badan-badan lain. Namun Majlis Peguam tidak menghiraukannya apabila membenarkan MCCBCHS mempengaruhinya, sekali gus mengetepikan kepentingan dan sensitiviti anggota Islam Persatuan Peguam. Aktiviti Promosi IRC Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama. Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC. Ketiga, pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini. Keempat, dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad. Akhir Februari ini, mereka merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC. Deraf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun persidangan ini. Tipu helah Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam. Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka. Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad). Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah kepada Islam. (Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian Harakahdaily.net) -zs -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links
|
- Bismillah [hidayahnet] Re: Bahaya Suruhanjaya Antara Agama Islahonline
