Subuh Jumaat bersamaan 9 Muharram 1426.. entah kenapa tiba-tiba tergerak hati untuk membaca Surah As-Sajadah� sudah sekian lama tidak melakukan sujud sejadah dalam solah Fardhu Subuh di hari Jumaat. Ingin berjemaah di masjid rasanya agak mustahil� (Bukankah sebaik-baik solah bagi perempuan itu adalah dirumah.. kecualilah ada muhram yang menemaninya).

Surah yang dahulunya adalah antara surah yang menjadi hafalan kini kian pudar dari ingatan� terangkak-rangkak.. mengulang-ulang ayat yang sama.. dan akhirnya tewas tak mampu meneruskan bacaan. Ya Allah.. Alangkah banyaknya dosaku pada Mu.. hinggakan ayat-ayatMu kian hilang dari jiwa hambaMu ini� Tadi malam sebagai rutin malam Jumaat disunatkan membaca Suratul Kahfi.. sepatutnya ayatnya sudah lama dapat dihafal lantaran ianya kerap dibaca.. tapi � kenapa tidak? Yang mampu dihafal kini hanyalah surah-surah lazim yang pastinya pelajar tadika pun mampu melakukannya. Dhaifnya diriku Ya Allah.. Meneliti ma�na tiap surah yang kubaca saban malam juga telah tidak pernah kulakukan semenjak Ramadhan berlalu� Kekadang mashaf itu langsung tidak kusentuh sepanjang hari lantaran kesibukan duniawi yang sengaja dicari. Lalainya aku Tuhan..

Jumaat yang menjadi penghulu segala hari dan merupakan Hari Raya bagi umat Islam terasa tidak bermakna� (Kutahan esakan di dalam hati)

Apatah lagi apabila terbaca di dalam Malay Mail tentang penarikan saman terhadap remaja-remaja wanita yang ditahan pada malam 20 Januari lalu.

Kebetulan pula dalam sisipan akhbar THE STAR Marina Mahathir anak bekas PM telah menggunakan ruangan mingguannya untuk menyerang hebat JAWI dan kerja-kerja nahi mungkar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama. Marina meminta para pembacanya menentang habis-habisan segala bentuk nahi mungkar yang beliau anggap sebagai satu penderaan yang keterlaluan katanya:

We ought to fight against something that is so obviously abusive especially when the grounds for the raid are suspicious in the first place

Marina terus menusuk dengan mata penanya apabila menganggap mana-mana pihak yang menyokong langkah JAWI itu sebagai berfahaman ala Taliban. Dan beliau turut mendesak agar pihak kerajaan menghentikan sama sekali kerja-kerja nahi mungkar ataupun penguatkuasaan kesalahan agama ini demi mempertahankan imej Islam moderat yang kononnya cuba dipaparkan oleh negara ini.

Rupa-rupanya memang pihak atasan berhasrat mempertahankan mereka yang mungkar ini dan sekaligus menerima fahaman Marina dalam hal ini. Ianya terbukti apabila MALAY MAIL melaporkan:

The officer told us that the Cabinet instructed them to do so and that it has to be settled by Tuesday before the Cabinet meeting on Wednesday (today)

Pegawai tersebut memberitahu kami bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini).

Ya Allah.. Apa yang akan terjadi dengan Malaysia ini? Maksiat di sokong Nahi mungkar ditentang.. Saya teringat kembali kisah penahan Ratu Cantik di Restoran The Ship beberapa tahun lalu.. Tentang bekas mufti JAIS yang dipaksa meletakkan jawatannya Dato� Ishak Baharum.. Masih segar di ingatan bagaimana beliau datang ke sekolah kerana dipanggil untuk memberikan ceramah sebulan selepas jawatannya dilepaskan. Kini perkara yang hampir sama berulang lagi� tapi nampaknya JAWI tidak mahu mengambil risiko kerana yang ditahan itu mungkin ada di antaranya anak-anak menteri� walahu a�lam.

Sedihnya hanya Allah yang tahu� Terasa dunia ini dipenuhi oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak, tidak bermoral dan bersifat haiwan. Teringat kata-kata ustazku dahulu dalam mengulas sebuah hadis Rasulullah �Islam itu datang dalam keadaan dagang dan asing dan ianya akan kembali dagang dan asing� Orang-orang yang ingin menegakkan Islam akan dipandang serong, dihina dan dikenakan perlbagai sekatan dan tindakan sama seperti zaman Islam mula bertapak dahulu� Orang Jahil dan para munafik diangkat menjadi orang-orang yang penting dan dikagumi.. Mereka dipuji melangit sedangkan di sisi Tuhan mereka terlalu hina kerana kejahilan dan kesombongan mereka dalam agama Allah�

Hari ini kulihat rakan-rakan sibuk menempah �baju batik� kerana telah DIWAJIBKAN untuk memakainya setiap hari Sabtu, jika tidak akan dikenakan TINDAKAN TATATERTIB.. lawak kan? Sambil tersenyum saya berkata �Bagaimana kalau disuruh pakai kebaya Nona? Tak bolehlah saya pakai tudung labuh lagi, nanti tak nampak pula kerawang-kerawang di baju..�

Entahlah apa nak jadi� tak tahu kemana hala tuju yang ingin dibawa.. dalam mempromosi Islam Hadhari si isteri menyelam dengan kebaya Nona yang singkat dan ketat itu�. 

Ya Allah mana lagi nak ku cari damai andai hidup tak mengikut acuanMu�� Ya Allah aku tahu aku hanya seorang insan.. yang dibelenggu dengan kekurangan, tidak terlepas dari godaan, jua terlena di alam khayalan..

Ya Allah Andainya daku masih kegelapan berilah daku cahaya� Andainya daku masih dibuai mimpi bawalah daku ke alam realiti.. Tuhan.. angkatlah daku dari lembah kehinaan, berikan daku kekuatan�

PadaMu kujadikan Teman, Untuk mendengari bicara sepi ini, kerana aku tahu engkau Maha Mendengar.. jua Maha Mengetahui.. apa yang tersembunyi di balik seorang �diri�. Jua Maha Penyanyang� Sayangi diri ini�

Berikan daku damai di hati

putrieja.. 

 

 

 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor

Get unlimited calls to

U.S./Canada



Yahoo! Groups Links

Kirim email ke