Jana pendapatan dengan keuntungan mencapai 40%. Maklumat lanjut :
http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tapai ubi untuk mencegah kanser?
Oleh: LAUPA JUNUS (Wartawan Utusan)

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan 
tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga 
kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap 
hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang 
murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil 
atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke 
atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan 
dikenali sebagai bakteriosin.

Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang 
dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan 
didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang 
berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan 
sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati 
kemampuannya mencegah penyakit kanser.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai 
ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains 
Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain 
dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi 
Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi 
dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada 
aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara 
ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang 
berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro 
(ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser 
Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960. 

Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan 
cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.

Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan 
berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan 
inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya 
mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang 
dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid 
laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau 
merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang 
boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia 
coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella 
typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan 
Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 
15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH 
yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH 
beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat 
berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra 
pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang 
dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk 
menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa 
jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, 
sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada 
plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada 
kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam 
kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik 
akan merencat pembahagian sel dalam kultur.

Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan 
tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang 
telaga tersebut.

Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik 
dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan 
radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.

Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan 
yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan. 

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk 
dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 
(kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel 
sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang 
digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan 
sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, 
ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari 
sudut yang berbeza.

Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk 
mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan 
digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas 
tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan 
penggalak kanser.

Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan 
diperhatikan.

``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua 
tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat 
untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak kelapa Dara Nufera dihasilkan melalui kajian selama 8 tahun
bersama UPM. Kini ia berada dipasaran, makanan pelbagai fungsi. Untuk
maklumat lanjut & testimoni : http://www.maynetwork.net/nufera/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke