Keindahan Islam boleh dirasai bila Islam memerintah
Friday, February 18 @ 15:06:14 MYT


Oleh BASIRON ABD WAHAB
BERA 18 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam bukan hanya sekadar teori tetapi perlu direalisasikan dalam kehidupan bernegara untuk melihat keindahannya.

Menurutnya, untuk merealisasikan Islam ia memerlukan kuasa politik, tanpa kuasa, peraturan Islam tidak dapat laksanakan untuk menguatkuasanakan hukum dan peraturan halal dan haramnya.

�Mereka yang bersalah melanggar hukum dan peraturan hanya akan dapat dihukum melalui penguatkuasaan undang-undang tanpa penguatkuasaan undang-undang, hukum dan peraturan Allah akan dilanggar dengan sewenang-wenang.

�Inilah yang terjadi hari ini, apabila perlanggaran hukum Allah berlaku sewenang-wenang kerana undang-undang Islam gagal dikuasakan,� katanya.

Berucap di Markaz PAS Darul Ikhwan, dekat sini, beliau menegaskan memperjuangkan Islam adalah wajib kepada setiap muslim.

Malah setiap individu muslim wajib memperjuangkan untuk mendaulatkan peraturan Allah.

Islam, menurut beliau, bukan sekadar teori dan diperkatakan hanya di masjid, surau atau seminar oleh ulama-ulama dan cendikiawan Islam tetapi ia mesti perjuangkan untuk dilaksanakan dalam sistem pentadbiran.

Menurut beliau, keindahan Islam hanya akan dilihat apabila ia dilaksanakan sebagai suatu sistem di dalam negara kerana itu semua pihak perlu berusaha untuk mendaulatkan Islam ke tahap sewajarnya sebagaimana di tunjuk oleh Baginda Nabi Muhamad saw.

Jelas beliau, andainya Islam sudah sempurna dengan melaksanakan ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sudah tentu Nabi saw tidak perlu berhijrah ke Madinah kerana kesemua ibadat-ibadat tersebut mampu dilaksanakan di Mekah yang kuasa perundanganya ditangan Abu Sufian.

Tetapi kerana Islam memerlukan kuasa perundangan, Rasulullah saw terpaksa berhijrah ke Madinah dan di sana Baginda mempunyai pemerintahan yang membolehkan Baginda menguatkuasakan peraturan Islam.

Tuan Ibrahim berkata, perkembangan Islam lebih pesat di Madinah berbanding Mekah dengan pertambahan bilangan penganut begitu ketara dimana apabila Banginda membebaskan Mekah, Banginda membawa 10,000 tentera bersamanya.

Keadaan itu jauh berbeza kerana selama 13 tahun berdakwah di Mekah Banginda mempunyai pengikut yang kecil iaitu tidak sampai 500 orang.

�Ini menunjukkan bahawa kuasa politik memainkan pengaruh yang besar,� ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dalam ucapannya turut mempersolkan tindak tanduk pemimpin politik Umno yang menyebelahi pesalah (artis wanita) yang ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di dalam pusat hiburan di Ibu kota.

Menurutnya, tidak munasabah bagi pemimpin kerajaan menempalak pegawai penguatkuasanya sendiri.

�Penguatkuasa adalah kakitangan kerajaan yang diamanah untuk menjalankan peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagaimanapun pemimpin kerajaan boleh menyebelahi pesalah yang melanggar peraturan yang dibuat oleh kerajaan,� soal beliau.

- zs


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke