Assalamualaikum wr wbt
 
Kepada semua yang berkenaan, di bawah merupakan satu jawapan dari Ustad Abd Manaf mengenai penggunaan katapendek untuk memberi Salam.
 
 
Wassalamualaikum wr wbt
SDahij
 
 


Abd Manaf <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Wa'alaikumsalaam Wr Wb
 
Saya setuju dengan awak, kenapa malas sangat nak type ucapan 'salam' dengan penuh.
 
Shortform itu tidak membawa sebarang erti. Kenapa bila nak type salam je kene pendekkan, lepas itu type yg lain berjela-jela.....tak masuk akalkan.
 
Saya sama sekali larang dan tidak setuju ucap 'salam' dipendekkan ke 'akom', ke 'Akum' , hatta 'salaam' sendiri pun saya larangan.
 
Assalaamu'alaikum dan Salaam, juga mempunyai takrifan yg berbeza. Kalau kita lihat ketika Nabi S.A.W. mi'raj, Allah memberi ucapan 'Assalaamu'alaika Aiyuhannabiyyu', Allah tidak mengunakan kekata 'Salaam Alaika Aiyuhannabiyyu'. Ini menunjukkan hanya Allah yg berhak memberi kesejahteraan kepada sesiapa yg ia kehendaki.
 
Perbezaan antara Assalaamu'alaikum dan Salaamun Alaikum, begini, pada kekata 'Assalaam' terdapat Alif Laam Atta'rif yang mentakrifkan kekata 'al' ia datang 'kesejahteraan' dari Allah. As Salaam adalah salah satu dari sifat-sifat Maha Suci Allah S.W.T.
 
Sedangkan kekata 'salaam' boleh diambil sebagai ucapan umum tanpa dinisbahkan kepada Allah, orang kafir pun boleh kata 'salam sejahtera', dimana mereka mengharapkan kesejahteraan kepada orang ramai, sedangkan apabila seorang muslim mengucapkan 'assalaamu'alaikum' ia mendoakan kesejahteraan, keselamatan, keamanan dan segala kebaikan dari Allah kepada saudaranya sesama Islam. Betapa indahnya Islam.
 
Orang yg buat sesuatu tanpa ilmu akan mudah diperdaya oleh syaithan, dari itu ilmu itu tersangatlah penting. Sama juga dengan sekarang di Malaysia, kata Islam Hadhari sedangkan itu suatu fitnah. Tiada Islam Hadhari, tetapi Hadharah Islamiyyah.
 
Wallaahu'alam.

Unzhur Maa Qiila Walaa Tanzhur Man Qaala
Al Haqiir Wal Faqiir Ilaa Rabbihi, Akhuukum Fil Islaam
Abdul Manaf Bin Abdul Gani
----- Original Message -----
From: syed dahij
Sent: Saturday, February 19, 2005 10:44 PM
Subject: Salam

Assalamualaikum wr wbt.
 
Ustad, kat satu egroup sini, sedang ada perdebatan yang agak hangat mengenai memberi salam kat email. Ada satu golongan mempertahankan penggunaan katapendek untuk salam seperti: Akom, A'kum, Akumzz dan beberapa lagi. Ada pula satu lagi pihak yang berpendapatan bahawa penggunaan katapendek itu tidak berpatutan. Pada saya, saya lebih berpihak kepada penggunaan yang penuh: Assalamualaikum. Wallahualam.
 
Harap Ustad dapat bantu sedikit.
 
 
Wassalamualaikum wr wbt
SDahij
 
 


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!


ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke