--- Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ZAM TERUS MENGHODOHKAN WAJAH ISLAM
>
> ROSLAN SMS
>
> Apa lagi komen yang boleh kita berikan apabila
> membaca kenyataan berikut (sebagaimana tersiar dalam
> akhbar THE STAR hari ini) :
>
> Orang Islam tidak seharusnya dihalang dari memasuki
> tempat-tempat tertentu yang dikira tidak Islamik
> sekiranya (kehadiran mereka) dapat membantu
> memperbaiki diri mereka.
>
> Muslims should not be prevented from entering
> certain places considered unIslamic if that would
> help them improve themselves.
>
>
>
> Kenyataan kurang bijak ini dikeluarkan oleh Timbalan
> Menteri Penerangan Zainuddin Maidin di Alor Star.
> Dan beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno
> Terengganu yang mendesak agar 100 orang yang ditahan
> oleh JAWI di pusat maksiat ZOUK di KL itu didakwa di
> mahkamah.
>
> Nampak sungguh kekalutan dan kekeliruan yang
> dicetuskan oleh kalangan pimpinan Umno yang
> sepatutnya menjuarai Islam Hadhari sebagaimana yang
> dicetuskan oleh Presiden mereka. Dalam hal ini
> desakan Ketua Pemuda Terengganu itu sebenarnya telah
> terlambat kerana Kabinet sendiri telah mengarahkan
> agar saman JAWI terhadap 100 yang dituduh itu
> dibatalkan. Kabinet dianggotai rata-rata oleh
> pimpinan terkanan Umno peringkat kebangsaan!
>
> Bagi Zainuddin pula apa sebenarnya yang cuba beliau
> utarakan? Tidakkah beliau sedari bahawa kenyataannya
> itu mempertikaikan prinsip dan aqidah Islam sehingga
> boleh membuka ruang dan peluang untuk Islam itu
> dipersenda dan diperlekehkan terutama oleh
> masyarakat bukan Islam. Malah pegangan aqidah beliau
> sendiri kini boleh dipertikaikan dengan kenyataan
> demikian. Apakah atas alasan mahu maju maka kita
> perlu gadaikan prinsip dan aqidah? Saya tidak
> tahulah tentang orang lain tetapi bagi saya tempat
> yang tidak Islamik tu tak banyak, antara lain tempat
> maksiat, pelacuran, minum arak dan seumpamanya. Dan
> saya tidak nampak tempat-tempat ini boleh
> mendatangkan manfaat bagi umat Islam.
>
> Saya kira kenyataan beliau ini sungguh merbahaya dan
> mencerminkan betapa liar dan kelirunya pandangan
> pimpinan Umno terutama dalam isu berhubung dengan
> Islam. Janganlah kerana menjuarai Islam moderat ala
> barat maka kita perlu menjual dan menggadaikan
> maruah Islam dengan begitu mudah.
>
> Gerakan memberi pelbagai tafsiran terhadap Islam ini
> akan berlarutan kerana Umno lah yang
> bertanggungjawab membuka gelanggangnya. Siapakah
> lagi yang akan bangun mempertahankan maruah dan
> kebenaran Islam? Pada siapakah lagi nasib dan masa
> depan Islam mahu diharapkan? Jawapannya terletak
> ditangan umat Islam sendiri, fikirkanlah sebelum
> terlambat! [EMAIL PROTECTED]
>
>
> posted by Roslan SMS 9:02 AM
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Do you Yahoo!?
> All your favorites on one personal page � Try My
Yahoo!
___________________________________________________________
How much free photo storage do you get? Store your holiday
snaps for FREE with Yahoo! Photos http://uk.photos.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/