oklah, saya fwd kan utk tatapan sumer...

syed dahij <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Date: Tue, 22 Feb 2005 02:29:55 +0000 (GMT)
From: syed dahij <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] LAGI KES JAWI & KISAH MAT TAIB
To: zamira yasmin <[EMAIL PROTECTED]>

Waalaikumusalam warahmatullah.

Alhamdulillah. Sepatutnya, ditujukan sahaja pada
groups agar dapat ingatkan lebih ramai orang.


Wassalam
SDahij



--- zamira yasmin <[EMAIL PROTECTED]>wrote:
> Assalamualaikum.....saya ni kalau bab2 yg mcm ni mmg
> suka menyampuk...maaf awal2 kalau2 pendapat saya ni
> salah. Tapi itulah...dalam kes Jawi dan saman2 ni,
> apa kata kita letak diri kita kat tpt Jawi....saya
> rasa Jawi pun tak boleh buat apa....mcm mana nak ckp
> ye...bkn takleh buat apa2 lgsg, tapi apabila sesuatu
> perkara yg betul yg kita nak buat, tapi mendapat
> kekangan dari pemimpin2 harapan kita, kita mesti
> jadi fed-up, give-up, kesal dan jauh hati.....silap2
> hb Jawi malas nak amik tau lagi apa2 hal....biarkan
> aje Malaysia ni jadi mcm Thailand,
> Singapore...Indonesia tuuu....dah jadi tempat
> maksiat....rakyatnya menjadikan perbuataan maksiat
> mcm org yg bukan Islam tu....pakai mcm Jeslina tu,
> heng sana, heng sini (mcm citer P. Ramlee
> tuuu...)...dah takde sesaper yg nak heran....kalau
> mcm skrg ni, mmg perkara2 ni dah berleluasa, tapi
> masih ada Jawi dan memaner Jab.2 agama Islam negeri
> nak tlg kekangkan...tapi lps ni,
> abislah....Entahlah....sbg salah seorang dari rakyat
> Malaysia yg amat
> takut dgn situasi ini (walaupun saya ni taklah baik
> sgt atau alim sgt pun...)..tapi benda2 mcm ni mmg
> amat menakutkan...takut langkah kita makin jauh dari
> landasan, bila takde lagi org yang nak memimpin
> kearah yg betul....Sebagai salah seorang rakyat
> Malaysia yg sgt terharu dgn corak pimpinan Pak Lah
> yg agak berbeza dari pemimpin yg sebelumnya, saya
> memohon dan merayu kepada pucuk pimpinan Malaysia
> dibawah Pak Lah, sedarlah...tengok ke belakang, dari
> mana asal kita...apa Agama kita....Siapa Pencipta
> kita...takutlah dgn segala bencana yg dah
> menimpa...cukup2lah anda menyokong
> maksiat...kasihankan lah Perdana Menteri yg begitu
> bersemangat nak menaikkan Daulah Islamiyah, tapi
> anda merosakkan segala plan yg ada....tolonggggg
> lah....kami semua amat2 takut dgn segala bencana yg
> telah menimpa, yg merupakan petanda dari Allah
> SWT....jgn kerana nila setitik, rosak susu
> sebelanga.........Untuk Cik Azalina dan Puan
> Shahrizat....ingatlah..kita semua org Islam...anak2
> kita pun org Islam (kecualu
> Cik Azalina yg blm berkahwin...)...kami takut tgk
> baju Jeslina, takut anak2 kami nak pakai baju mcm
> dia...takut anak2 kami nak clubbing mcm dia, dan
> amat takut anak2 kami memperjuangkan sesuatu yg
> salah mcm dia (pastu dia menang plak
> tu...)..semuanya dgn sokongan pemimpin2 mcm
> kamu....kalau datok2 dan datin2 tak kisah anak2
> kalian nak jadi mcm mana pun, tapi kami
> kisah...amat2 kisah akan masa depan dan akhlak anak2
> kami....tolonglah kami....kalau x pemimpin2 mcm
> kalian yg dapat menaikkan balik nama Islam dan
> undang2 nya ke tempat yg sepatutnya, siapa
> lagi????Kasihankan lah kami....Takutlah pada Allah
> SWT dan kekuasaannya.....Dia MAHA Berkuasa.....
>
> syed dahij <[EMAIL PROTECTED]>wrote:
>
> Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]>wrote: KONTROVERSI
> KES SAMAN JAWI
> SURAT DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO
>
> ROSLAN SMS
>
> Ramai telah mengetahui darihah tekanan yang
> dikenakan terhadap pihak JAWI dalam kes serbuan ke
> pusat maksiat Zouk di Jalan Ampang, KL baru-baru
> ini. Sebagaimana yang didedahkan dalam BLOG ini atas
> tekanan kabinet akhirnya JAWI diarahkan membatalkan
> saman terhadap 100 pemuda-pemudi Islam yang
> sepatutnya didakwa di Mahkamah Syariah pada bulan
> April depan atas pelbagai kesalahan jenayah syariah.
>
> Rata-rata masyarakat Islam dari pelbagai fahaman
> politik merasa terkejut dan terkilan dengan tindakan
> ini. JAWI yang bertanggungjawab dalam hal ehwal
> agama septutnya diberikan kebebasan sepenuhnya
> ndalam menjalankan tugas mereka. Siapa pula yang
> memberi kuasa kepada kabinet untuk membatalkan
> sesuatu saman, apakah kabinet telah mengambil-alih
> tugas pendakwaan dan tugas hakim mahkamah syariah?
>
> Bagi mereka yang sensitif dan prihatin darihal
> masadepan Islam dalam negara ini, tindakan ini
> melihatkan seolah-olah Islam sudah tiada lagi
> pembelanya. Islam sudah boleh dipermain dan
> dipersenda tanpa mengambil peduli maslahah
> penganutnya. Gambar Jeslina yang berpakain tidak
> senonoh itu sudah pun tersebar luas dalam internet
> dan ada yang mula mengatakan bahawa pakaian jenis
> ini kini telah diterima sebagai pakaian sopan oleh
> JAWI lantaran tindakan pembatalan saman ini.
>
> Dalam laman web pemuda Umno saya terbaca sepotong
> email yang dikirm oleh pembaca yang bertajuk:
>
>
> Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di Tepi
> Pantai
>
> Penulis tersebut yang sudah pasti condong kepada
> Umno menulis:
>
> Sesungguhnya secara berperibadi saya berpendapat
> tindakan JAWI membatalkan saman terhadap remaja
> berkenaan bakal meninggalkan impak negatif terhadap
> kesungguhan sebenar pihak berkuasa agama di dalam
> melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.
>
> Tindakan pembatalan tersebut bolehlah disifatkan
> seperti kalah perang. Umumnya pasti tertanya-tanya
> sebab dan pendirian sebenar JAWI membatalkan saman
> tersebut.
>
> Apakah pembatalan tersebut kerana kesilapan serbuan
> JAWI atau JAWI menerima tekanan-tekanan tertentu
> tidak diketahui. Tapi saya percaya ramai yang akan
> berpandangan JAWI tidak berpendirian tegas dan
> terlalu lemah menerima tekanan.
>
> Apa yang jelas tindakan JAWI membuat pembatalan itu
> telah disambut dengan peluk cium secara
> terang-terangan oleh mereka yang mengambil surat
> pembatalan tersebut. Ini merupakan kemenangan besar
> mereka hasil dari ketegasan remaja berkenaan
> terutama seorang artis yang boleh dikatakan secara
> bertubi-tubi menggunakan apa jua saluran menyerang
> dan mempertikaikan tindakan JAWI itu.
>
> Dalam insiden ini sudah tentu JAWI juga terpaksa
> menyemak semula dan menarik balik saman-saman yang
> lepas dan mungkin tidak akan mempunyai kekuatan
> untuk menguatkuasakan undang-undang selepas ini.
>
> Pembatalan ini juga sudah pasti sedikit sebanyak
> memberi ruang kepada parti pembangkang terutama Pas
> yang sememangnya cukup bijak untuk mengeksploitasi
> isu lebih-lebih lagi dalam keadaan tidak senang
> duduk mereka melihat pelaksanaan konsep Islam
> Hadhari.
>
> Saya percaya mereka yang telah dibatalkan saman oleh
> JAWI, pada hari ini sedang raya besar setelah
> sambutan Tahun Baru Cina.
>
> Buat JAWI saya ingin meminta izin untuk mengingatkan
> merekajika takut dilambung ombak, jangan berumah di
> tepi pantai.
>
> Alang Mat Jawi, Bukit Bintang
>
> Jelas tindakan kabinet mengarahkan JAWI membatalkan
> samannya ini tidak disenangi oleh banyak pihak
> termasuk dikalangan ahli-ahli Umno. Namun apakan
> daya ianya merupakan kehendak pemimpin mereka.
> Najib, Azalina, Shahrizat merupakan antara anggota
> kabinet yang vokal dalam menentang tindakan JAWI
> ini. Dan mereka inilah yang merupakan barisan
> pelapis yang bakal menerajui Umno apabila Pak Lah
> tiada nanti. Dalam kes inipun mereka berani
> menyebelahi yang mungkar secara terang-terangan
> bayangkanlah apa akan terjadi kepada nasib dan masa
> depan Islam di bawah tangan mereka kelak!
> [EMAIL PROTECTED]
>
>
> posted by Roslan SMS 2:21
> PM|postCount('110879568565474392'); Comment (0)|
>
> * * * * * * * * *
>
>
>
>
> KELANTAN HARUS DIMAJUKAN:
> TERIMA KASIH MAT TAIB
>
> ROSLAN SMS
>
> BERNAMA hari ini melaporkan Ketua Penerangan Umno
> Malaysia Muhammad Mohd Taib mendesak agar negeri
> Kelantan terus dibangunkan walaupun ianya diperintah
> oleh kerajaan PAS. Beliau menegaskan bahawa adalah
> merupakan tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk
> menyalurkan pembangunan dan kemewahan kepada rakyat
> negeri tersebut tanpa diskriminasi ideologi ataupun
> agama.
>
>
>
> Malah tambah beliau kiranya ini berlaku bermakna
> Umno menghukum rakyat Kelantan kerana tidak mengundi
> mereka:
>
> The former Umno vice-president said if party members
> did not pay attention to the approach aimed at
> helping the people, it will mean we are punishing
> the Kelantanese for not supporting Umno in the March
> 21 general election last year.
>
>
=== message truncated ===





___________________________________________________________
ALL-NEW Yahoo! Messenger - all new features - even more fun! http://uk.messenger.yahoo.com


Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today! Download Messenger Now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke