|
saya negara
kita kena tukar nama....Thailand 2.....
barulah boleh
macam...JAWI pun tak leh campur tangan
habis
cerita.....kalau tidak kita asyik nak berbalas sesama Islam
bangsa lain
tepuk tangan sama sambil ketawa terbahak2.....
apa mau jadi
ini Islam.......serupa bodoh punya orang itu
Al-Quran ada
tulis lagi mau macam2 tukar....itu macam sendiri tulis
tak payah nak
lawan cakap.....
http://www.terasmelayu.org/jawatankuasa_bertindak_menyokong.htm
JAWATANKUASA
BERTINDAK MENYOKONG PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
SYARIAH
5/2/05
KENYATAAN MEDIA BERSAMA
JANGAN PERSOAL
BIDANGKUASA JABATAN AGAMA ISLAM.
Kami membantah dengan keras cadangan
Pengarah Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar yang mencadangkan
supaya penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dibawah
bidangkuasa Jabatan Agama Islam ditangguh sehingga satu kajian menyeluruh
berdasarkan Perlembamgaan dan ajaran Islam berkaitan rang undang-undang
itu dilakukan.
Sikap dan pendirian SIS itu yang
mempersoalkan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah oleh
Jabtan Agama Islam adalah pendirian yang jelas mencabar Enakmen Undang
Syariah yang sedia ada di negara ini.
Kami mempersoalkan siapa SIS
untuk mendakwa "kebanyakan peruntukan dalam enakmen itu tidak mempunyai
asas dalam teori dan amalan perundangan Islam". Dengan mengatakan Enakmen
itu didakwa "melanggar jaminan asas yang diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan " kami berpendirian bahawa SIS
terang-terangan mencabar perlaksanaan undang-undang Syariah dan bersikap
anti-Syariah.
Apakah asas dan sandaran dalil serta dari sumber
yang berotoriti yang mana diguna oleh SIS untuk mendakwa demikian?
Adakah SIS bermaksud bahawa undang-undang Syariah dan Islam yang mereka
mahu dan yang hanya mengikut selera mereka itu sahajalah yang
benar?. Adakah hanya dengan tafsiran dan pendapat Islam dan syariah
mengikut kehendak SIS sahaja yang dianggap tepat?
Kami membantah
keangkuhan SIS yang sudah sekian lama cuba mempengaruhi kerajaan mengenai
Islam dan undang-undang Islam yang bagaimana yang harus dilaksanakan di
negara ini.
Kami berpendapat SIS tidak mempunyai hak dan
aotoriti untuk membahaskan perlaksanaan undang-undang Islam di negara
ini kerana sikapnya yang sering menentang dan memadang serong apa sahaja
bidangkuasa yang diperuntukan kepada Jabatan Agama Islam.
Kami
mendapati bahawa dakwaan SIS menuduh Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
sebagai sebuah "undang-undang yang digubal untuk menghukum
atau menyakiti orang apabila ia mengatur kesedaran , kepercayaan agama
dan kehidupan peribadi seseorang" adalah mencabar dengan jelas
undang-undang yang telah diluluskan pihak Dewan Perundangan Negeri
serta menghasut orang ramai mempersoal dan membenci undang-undang
tersebut.
SIS dengan jelas menonjolkan niat dan fahamnya yang mahu
Islam tafsiran mereka sahaja yang boleh diamalkan.dan mahu carahidup bebas
atas nama hak asasi dijadikan polisi Islam di negara ini. Kami
berpendapat atas nama Islam pada nama organisasi SIS, ia
cuba menonjolkan bahawa ia adalah badan Islam dan menyuarakan tentang
sikap Islam yang mereka mahu dengan menolak seluruh tafsiran Islam mengikut
rujukan yang muktabar.
Sikap SIS mengenai ini jelas dalam dakwaannya
"Ukuran seperti ini menyokong usaha ke arah mewujudkan masyarakat
"bermoral" menerusi cara yang cetek dan dangkal dengan menentukan polisi
tentang apa yang mereka pakai serta mana, bagaimana dan dengan
siapa meraka bersosial pada waktu lapang" dianggap melanggar jamainan
asas yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dengan yang
demikian kami berpendirian SIS secara terang-terangan dengan angkuh
mencabar undang-undang Islam yang selama ini telah digubal dengan asas
ilmu dan melalui sumber berotoriti oleh pelbagai pemikir dan pengamal
undang-undang Islam di negara ini.
Kami berpendapat SIS telah menghina
seluruh institusi undang-undang syariah di negara ini serta
seluruh agensi-agensi Islam yang ada di negara ini kerana mengguna asas
fahaman Islam yang tidak secocok dengan sikap liberal dan kebaratan yang
dipegang oleh SIS selama ini..
Kami menuntut agar pihak berkuasa
mendakwa SIS kerana telah mencabar Enakmen Kesalahan Jenayah
Undang-undang Syariah dan telh mengelirukan fahaman Islam
dikalangan orang ramai seperti yang selama ini telah
diperakui oleh pihak kerajaan mengenai undang-undang Islam.
Kami
juga menuntut agar pihak berkuasa mengawal sebarang perbincangan secara
terbuka dan tidak beretika berkaitan pelaksanaan undang-undang
syariah oleh pihak-pihak yang cuba mengelirukan masyarakat awam tanpa ia
dirujuk dahulu kepada pihak yang mempunyai autoriti dan bertanggungjawab
keatas hal ehwal agama Islam di negara ini.
Syeikh Abu Bakar
Hj.Awang Yang Dipertua Persatuan Ulama Kedah(PUK)
Dato' Syeikh
Azmi Hj.Ahmad Pengerusi Instituit Penyelidikan dan Pengembangan
Syariah Malaysia(ISRA)
Hj.Abdul Ghani
Shamsuddin Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia(SHURA)
Prof.Madya Dr.Wan Salim Mohd Nor Yang
DiPertua Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang.
Hj.Mohd Azmi Abdul
Hamid Presiden TERAS
Hafiz Mustaff Lubis Pengerusi Nadwah
guru-guru Sekolah Agama Rakyat (NADWAH)
Hj.Wan Tarmizi Wan Abdul
Aziz Pengerusi Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak
(PPSR)
Tuan Guru Hj.Salleh Musa Mudir Madrasah Ar Rohmaniah Sik ,
Kedah
Hj.Mahfuz Omar Pengerusi Institut Pengembelengan dan
Pembangunan
Komuniti (IMPAK)
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor |
ADVERTISEMENT
![click here]() | |
![]() |
Yahoo! Groups Links
|