Century 1, Quatrain 50 

>From the three water signs will be born a man
who will celebrate Thursday as his feast day.
His renown, praise, rule and power will grow 
on land and sea, bringing trouble to the East.

Cheetham: Describes a person born with the signs of Aries, Cancer, 
and Aquarius; presumably not a member of any of the modern religions 
of today; takes Thursday as a holy day. [Several visitors have 
pointed out that the three water signs actually are: Pisces, Cancer, 
and Scorpio. Thanks to all who responded. -- Morgana] 

www.dreamscape.com/morgana/antichri.htm

Century 9, Quatrain 73

The Blue Turban King entered into Foix,
And he will reign less than an evolution of Saturn:
The White Turban King Byzantium heart banished,
Sun, Mars and Mercury near Aquarius.

en.wikipedia.org/wiki/Foix

(p.s. 'Century' di atas x merujuk jangkamasa, hanya koleksi 100 
Quatrain)

Point 1 & 2 x jumpa (sbb x tau exact wording? Original pun dlm French)
Point 4 (sama mcm di atas, i.e. ttg Barat)

Yg kita rayakan hari Jumaat. Dlm. Islam hari adalah bermula dr 
Maghrib, sistem sekarang baru kata hari Khamis sampai 12 tgh mlm. 
Bahkan mungkin dulu2 pun depa ikut mcm Islam (kan Christmas/New Yrs 
Eve sblm hari2 tu - 'Evening'?)

Bgaimana keturunan 'Ali (ra.) adalah Bani Tamim?
Ana tgk di http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?
t=1103&highlight=asaari pemuda tu hanya pengiring Imam Mahdi?

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) 
that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) 
said: "Do not single out the night of Friday from other nights for 
praying qiyaam, and do not single out Friday from other days for 
fasting, unless it is part of a fast that one of you regularly 
observes." Narrated by Muslim, 1144. 

Al-Nawawi said: 

This hadeeth clearly indicates that it is forbidden to single out the 
night of Friday from other nights for praying, and to single out that 
day for fasting. It is unanimously agreed (among the scholars) that 
this is makrooh. 

Sharh Muslim, 8/20. - islamqa.com 39682

Bwh ni email yg dihantar 19 (20) hb (6864)

wallaahu-a'lam wassalaamu-'alaikum

--- In [email protected], <@y...> wrote:

> Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang 
rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang 
terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut 
ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie 
dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, 
beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus 
mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia. 
>  
> Menurut beliau:
> 1. Akan muncul A New World Religion.
> 2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man 
from The East.
> 3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
> 4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
> 5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
> 6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
> 
> Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang 
disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan 
terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam. 
> 
> 1. Akan muncul A New World Religion.
> ------------------------------------
> Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut 
secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di 
antaranya: 
> 
> Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi 
umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang 
bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, 
Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As 
Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini 
sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 
Hijrah. 
> 
> Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 
yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana 
janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir 
seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam 
di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi 
dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda 
> 
> Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka 
berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. 
Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang 
berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu 
sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu 
berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). 
Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah 
mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan 
penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah 
zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula 
zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas 
cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad) 
> 
> Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman 
Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang 
rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) 
dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang 
semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh 
Nostradamus.
> 
> 2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man 
from The East.
> ------------
> Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang 
pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis 
disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:
> 
> 1.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan 
Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang 
pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu 
menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. 
Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-
panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)
> 
> 2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, 
akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-
olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi 
(jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang 
kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di 
atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
> 
> 3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
> --------------------------------------------------------------------
> Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di 
pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan 
mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk 
menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah 
tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak 
ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian 
pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak 
dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari 
negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka 
menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi 
dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat 
menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah 
disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak 
dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari 
sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu. 
> 
> Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di 
sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat 
operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat 
operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka 
memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana 
dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang 
di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan 
Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu 
serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan. 
> 
> Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap 
pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, 
ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak 
kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di 
samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka 
sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di 
kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini 
hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan 
cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka 
sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga 
negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. 
Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah 
tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah 
Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. 
Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak
> di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan 
Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu 
dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) 
hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar 
Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara 
ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka 
berjuang antara hidup dan mati.
> 
> Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara 
Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat 
banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat 
di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.
> 
> Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah 
menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang 
untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu 
tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau 
kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang 
menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu 
kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk 
kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. 
Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-
musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu 
mengalahkan musuhNya. [/b]
> 
> 4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
> -----------------------------------------------
> Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan 
perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini 
disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. 
Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh 
seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau 
zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau 
gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat 
stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut 
menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-
pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan 
sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan 
tidak bermaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu 
nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem 
ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat 
keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi 
dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh 
kezaliman. 
> 
> Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi 
Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan 
Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda 
SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun 
bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak 
kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih 
untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima 
bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu 
kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. 
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun 
berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta 
itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya 
kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi 
ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan 
sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka,
> walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah 
al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah) 
> 
> Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap 
aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. 
> 
> Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) 
seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka 
apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut 
menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah 
Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani) 
> 
> 5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
> ------------------------------------------------------------
> Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang 
amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu 
diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban 
seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti 
berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang 
warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban 
pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi 
pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan 
Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai 
serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak 
selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah 
cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai 
serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah 
tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian 
harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau 
hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada 
pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini 
dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, 
serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat 
kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh 
sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh 
Nostradamus.
> 
> 6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
> ----------------------------------------------------------------
> Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, 
di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini 
ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang 
Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di 
surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam 
Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya 
seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau 
menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan 
mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai 
sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi 
para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah 
zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan 
hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-
pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu 
dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka 
menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru 
untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar 
yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, 
dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari 
istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu 
sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan 
hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak 
berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun 
yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang 
beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di 
mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah 
mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat 
Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa 
dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan 
dari pemimpin yang dimaksudkan itu. 
> 
> Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-
olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang 
mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan 
berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas 
salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)
> 
> PETIKAN DARI BUKU MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM (Dr Fauzi Abd 
Hamid, USM ) Rujuk http://groups.yahoo.com/group/sibermelayu








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke