harakah..ke..berita harian ke....utusan ke...sama aje kalau menyiarkan
berita yang benar..benar dia....kalau salah...salah lah dia...
sekurang-kurangnya ada sumber alternatif berita yang cuba di sorokkan
oleh pihak yang berkepentingan.....bagi minda terbuka.....
kalau harakah...semua salah....berita/utusan.....yes..ok....
itu yang kita persoalkan.....
 
berkenaan pasal ZOUK tu kira full stop.....HARAH tetap HARAM....
yang masih mempertikainya....terpulanglah.....
berdoa aje lah...agar kita di beri hidayah dan pertunjuk....
 
banyak kedai/restoran...makanan/minuman yang was-was......sebaiknya
elakkan yang was-was.....lagi pun pembaziran kan tak elok....kopi secawan
rm10 ?........siapa yang selalu pi sana......fikir sendiri...
 
siapa yang tak guna akal sebenarnya.....atau hati dah beku/hitam....
----- Original Message -----
From: abutoya
Sent: Thursday, February 24, 2005 8:49 AM
Subject: Re: Usahawan Melayu Otak Global ''Kami malu bertugas di Jawi''

La....sumber harakah ke? no wonder ..patut la macam haprakah. Nak juga saya tau sapa yg mengeluh tu, boleh bagi email address dia ke atau no tipon kakitangan tu? At least boleh tanya terus dengar dari mulut dia. Tak nak jadi kes macam coffeebean yg dikatakan tidak halal dihantar melalui email oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab contoh2 sebagai fake email dan lain2. Nasib baik saya mengambil inisiatif untuk call terus JAKIM, rupanya2 coffeebean tu halal. Bahaya sungguh impak internet2 hasutan ni sehinggakan bahan macam tu di email pon senang dipengaruhi. Ini la mentaliti orang2 melayu kita ni. Senang di pengaruh , dihasut dan macam2 lagik. Gunalah akal dengan sebaiknya ..

Amir Hamzah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
''Kami malu bertugas di Jawi''
Wednesday, February 23 @ 11:18:09 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - "Saya malu nak kata pada kawan-kawan bahawa saya kakitangan Jabatan Agam Islam Wilayah (Jawi) setelah Jawi beberapa kali membatalkan samannya terhadap orang berkedudukan tinggi,"keluh seorang kakitangan Jawi yang menghubungi Harakah semalam.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, hampir keseluruhan kakitangan Jawi berasa malu atas tindakan Pengarah Jawi, Ramli Endut yang membatalkan semula saman ke atas pelakon, Jeslina Hashim minggu lalu.

Ujarnya, sebagai seorang Pengarah jabatan agama Islam, Ramli tidak sepatutnya membatalkan saman terhadap Jeslina kerana moralnya akan memberi impak negatif kepada Jawi.

Hingga ke hari ini kata beliau, ramai pihak yang berurusan dengan Jawi terutamanya mereka yang disaman atas kesalahan zina dan sebagainya melontarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan jawi ketika berurusan.

Katanya, ada yang cuba memperlekeh Jawi setelah Jawi membiarkan Jeslina mengeluarkan kenyataan menghina Jawi.

"Kami bersusah payah menjalankan tugas termasuk di waktu malam semata-mata untuk menguatkuasakan undang-undang.Bagaimanapun akhirnya oleh kerana tekanan dari pihak tertentu, orang yang ditahan bebas dari dakwaan,"kata sumber itu.

Katanya lagi, rata-rata kakitangan kecewa dengan tindakan Ramli yang langsung tidak mempertahankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang yang mereka lakukan.

Bagi kakitangan bawahan, mereka berasa malu dengan sikap Ramli yang mencemar imej badan agama dan akta yang dikuatkuasakan.

Selain itu, sebagai kakitangan beliau turut kesal beberapa pemimpin negara termasuk Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang memberi tekanan kepada Jawi supaya mengugurkan kes Jeslina.

Kata beliau, dengan hasil campurtangan beberapa individu berkepentingan, pesalah maksiat dilepaskan begitu sahaja sementara penguatkuasa Jawi menangggung malu akibat tindakan pihak atasan itu.

Sementara itu, Ramli yang mula bertugas sebagai Pengarah Jawi pada 16 September 2003 telahpun menamatkan perkhidmatannya pada 21 Februari 2005.

Persaraan beliau dari jawatan Pengarah Jawi ketika isu Jeslina hangat diperkatakan memberi kesan buruk kepada imej Jawi.

Sumber berkata, persaraan beliau memperlihatkan Ramli seorang tokoh yang gagal mempertahankan imej Jawi sebagai badan agama selain memberi gambaran buruk di mata masyarakat mengenai kredibiliti Jawi itu sendiri.

Menurut sumber, majlis perpisahan yang dianjur Jawi di Pusat Islam (21 Februari 2005) menelan belanja yang tinggi.Kata sumber itu, belanja makan bagi tetamu di kalangan orang biasa mencecah RM18 satu kepala sementara bagi orang kenamaan mencecah RM28 sekepala.

Jumlah jemputan ialah seramai 1000 orang di mana 800 orang biasa dan 200 kenamaan.

Ujar sumber, kakitangan bawahan berasa malu dan kesal Rami sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak untuk majlis perpisahan sedangkan dalam masa yang sama, kakitangan terpaksa berasa malu dengan tindak tanduknya berhubung kes Jeslina.

Pada 13 Januari lalu, Jeslina dan beberapa rakanya ditahan di Kelab Malam The Zouk, Jalan Ampang berikutan dakwaan berkelakuakn tidak sopan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, media mula melaporkan bahawa Penguatkuasa Jawi mencabul hak asasi Jeslian dan bebera tahanan lain.

Selepas media melaporkan isu itu, beberapa pemimpin negara termasuk Shahrizat, Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dan Presiden Sisters In Islam, Zainah Anwar melontarkan kecaman terhadap Jawi.

Kecaman dan tekanan itu mengakibatkan, Jawi melalui Pengarahnya membataklan semua dakwaan ke atas Jeslina dan beberapa rakanya.

Kenyataan Jawi itu kemudian mendapat respons negatif di kalangan pertubuhan Islam termasuk Dewan Pemuda PAS Wilayah, Pemuda PAS Pusat, Jemaah islah Malaysia (Jim) dan beberapa badan lain.

Mereka mengecam tindakan Jawi yang dilihat mencemar kredibiliti badan perundangan Islam itu. - mks.



Kursus Perniagaan dan maklumat kesihatan percuma

Dalam group ini anda bolih medapat maklumat tentang kegunaan produk dan peluang perniagaan. Pertanyaan berkenaan dengan penyakit jantung, kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, kanser, Kolesterol tinggi, kegemukan, kecantikan, gout, gastric, AIDS, lelah, hypertension. Ada kah anda ingin membantu kelurga dan sahabat anda? Kami telah sediakan peluang yang hebat ini selama 15 tahun di Malaysia. Dapatkan maklumat produk dan program ini segera. Sila lawati laman web egroups kami, dengan meng"click"kan disini





Exports-Imports
Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Multi Level Marketing
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Post message: [EMAIL PROTECTED]

Politik
Post message: [EMAIL PROTECTED]

Kisah benar dari Al Quran
http://www.miraclesofthequran.com/index2.html

Make Free Money here
http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=23402












Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.

Kursus Perniagaan dan maklumat kesihatan percuma

Dalam group ini anda bolih medapat maklumat tentang kegunaan produk dan peluang perniagaan. Pertanyaan berkenaan dengan penyakit jantung, kencing manis, buah pinggang, darah tinggi, kanser, Kolesterol tinggi, kegemukan, kecantikan, gout, gastric, AIDS, lelah, hypertension. Ada kah anda ingin membantu keluarga dan sahabat anda? Kami telah sediakan peluang yang hebat ini selama 15 tahun di Malaysia. Dapatkan maklumat produk dan program kami dilaman web:- http://groups.yahoo.com/group/eexcel_malaysia

Exports-Imports
Post message: [EMAIL PROTECTED]
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Multi Level Marketing
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Post message: [EMAIL PROTECTED]

Politik
Post message: [EMAIL PROTECTED]

Kisah benar dari Al Quran
http://www.miraclesofthequran.com/index2.html

Make Free Money here
http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=23402














--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke