Basmallah.
Al Quran itu sebenarnya khazanah ilmu. Khazanah ilmu
dunia dan ilmu akhirat. Siapa yang faham tentang Al
Quraan, ertinya orang itu memiliki ilmu dunia dan
akhirat. Bila dapat di fahami, dihayati dan di
applykan, maka orang itu akan maju di dunia dan
akhirat. Itulah Al Quran.
Jadi Al Quran itu mengandungi ilmu yang sangat luas
iaitu ilmu dunia dan akhirat. Oleh kerana Al Quran itu
merupakan khazanah dan bila dikatakan khazanah maka ia
adalah bahan mentah yang belum diproses dan
dicaing-caing lagi. Bila hendak diproses, ia
memerlukan kepakaran. Sebab itu, pakar yang pertama
dan utama ialah Rasulullah SAW. ltulah yang dikatakan
Hadis dan Sunnah. Seolah-olah Hadis dan Sunnah itu
satu alat. Kalau ia diibaratkan suatu alat yang
fizikal maka ia adalah satu mesin yang sangat canggih
untuk memproses Al Quran. Sehingga terkeluarlah isi Al
Quran itu dalam berbagai aspek dan bidang.
Oleh kerana Al Quran itu khazanah iaitu ilmu dunia dan
akhirat, ilmunya berlapis-lapis. Di dalam ilmu ada
ilmu, di dalam ilmu ada ilmu lagi. lanya berkembang.
Sebab itu tidak cukup Hadis yang memproses maka datang
pakar2 dari golongan ulama untuk memproses lagi.
Setelah diproses, ianya diproses lagi sebab ilmu itu
berkembang. Kalau proses ini dapat dilakukan,
berbagai-bagai ilmu lagi yang akan keluar, sesuai
dengan kemajuan. Begitulah kedudukan Al Quran.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang, nampaknya tidak
jadi seperti apa yang dikatakan. Ia tidak terproses.
Apa buktinya tidak terproses? Mohon maaaf kerana
bukan bermaksud hendak menyinggung mana2 pihak tetapi
hendak mengkaji di mana salah dan silap. Tempat
memproses Al Quran ialah di sekolah-sekolah agama,
sekolah-sekolah arab, universiti-universiti Islam,
pondok-pondok, pesantren-pesantren tetapi nampaknya ia
tidak terproses.
Kalau ibarat mendapat emas seketul, apa yang hendak
dibuat dengan emas seketul itu? Tidak mungkin hendak
digantung emas seketul. Ia mesti dibuat cincin,
kalung, gelang dan sebagainya. Memanglah emas yang
seketul itu berharga. Tetapi macam mana hendak di
letakkan? Hendak dijadikan cincin bukan senang.
Nampaknya ulama-ulama tidak mampu hendak menjadikannya
cincin. Ertinya di pondok-pondok, pesantren, di pusat
pengajian Islam atau di universiti Islam, kita
mengharapkan Al Quran dan Hadis dapat di proses di
sana tetapi ternyata tidak boleh diproses. Sangat
malang.
BERSAMBUNG
__________________________________
Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - You care about security. So do we.
http://promotions.yahoo.com/new_mail
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/