Umno memang sudah lama bertapak di UKM
Friday, February 25 @ 15:09:00 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Pendedahan bahawa wujudnya Majlis Umno Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Harakahdaily hari ini mendapat reaksi bekas pelajar universiti itu.

Ismanizam Ismail ,28, berkata umum mengetahui Umno telah lama bertapak di UKM dan merencana politik kampus yang sempit.

Kata Ismanizam, kewujudan Umno di UKM didalangi kakitangan akademik yang turut memainkan peranan besar dalam menyekat pelajar dari bebas menterjemah idea menjadi mahasiswa yang berkarisma.

Menurut Ismanizam, kewujudan Majlis Umno seperti yang dikatakan Ketua Puteri Umno Wilayah, Azlinda Mohd Rashad tidak dapat dinafikan kerana senario itu berlaku sejak lebih 20 tahun lamanya.

"Mereka banyak mencampuri urusan mahasiswa.Menghalang mahasiswa dari berdiskusi, berforum dan menterjemah ilmu yang dipelajari,"katanya.

Lebih buruk lagi kata beliau, Umno turut campurtangan dalam menentukan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di mana dua tahun kebelakangan ini Umno berjaya menghasut pelajar dan pentadbir mengundi kerajaan 'Aspirasi Mahasiswa'nya.

Bagaimanapun kata beliau, usaha ke arah menjadikan mahasiswa berdaya saing, intelek dan berketerampilan tidak pernah dijadikan satu agenda parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu.

Sebaliknya, jika ada pelajar yang menentang mereka (golongan Umno), pelajar ini akan dilabel sebagai pro pembangkang dan menentang kerajaan.

Hasilnya kata beliau, ramai pelajar yang dikatakan dalam golongan pro pembangkang diambil tindakan termasuk dibuang kolej, digantung semester dan dikenakan tindakan disiplin lain.

Akhirnya, pengaruh politik jumud Umno itu menjadikan budaya kampus hari ini setanding dengan 'hollywood' di mana program yang tidak berasaskan kepada intelektual dijadikan hidangan utama mempengaruhi mahasiswa.

"Inilah yang Umno mahu.Mahasiswa alpa yang mengikut telunjuk mereka hingga lupa tanggungjawab membela agama,"katanya.

Sementara itu seorang lagi bekas pelajar UKM yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau kesal Umno terus-menerus mencanang dakyah mereka dan kali ini secara terbuka melalui penubuhan Majis Umno UKM.

Katanya lagi, kewujudan majis tersebut menguatkan lagi dakwaan pelajar sebelum ini bahawa memang wujud Umno di UKM.

Bagaimanapun ketika itu (sekitar tahun 2003) kerajaan dan pimpinan Umno serta UKM menafikan kewujudan pengaruh politik Umno.

Harakahdaily pagi tadi mendedahkan, buku cenderamata dikeluarkan khas oleh Puteri Umno Wilayah Persekutuan sempena Kursus Kepimpinan Perdana (Puteri 1) yang diadakan di UKM 17-20 Februari lepas.

Selain senarai nama anggota Majlis Umno UKM ini, Ketua Pergerakan Puteri Umno Wilayah Persekutuan merangkap Pengarah Kursus Kepimpinan Perdana 2005, Azlinda Mohd Rashad juga dalam kata-kata aluannya dalam buku itu juga mengesahkan wujudnya Majlis Umno UKM.

"Tidak lupa juga kepada pihak UKM, khususnya Majlis Umno UKM yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini..." tulis Azlinda.

Menurut buku cenderamata Puteri Umno itu, Majlis Umno UKM dianggotai oleh 11 anggota yang terdiri dari empat profesor, empat profesor madya dan tiga yang lain.

Antara anggotanya adalah Prof. Dr Sukiman Sarmani, Prof. Dr Mohamad Deraman, Prof. Dr Mohd Nasir Omar, Prof. Dr Kamarudin Said, Prof Madya Dr Ramli Omar, Prof. Madya Dr Yahaya Ibrahim, Prof. Madya Dr Idris Zakaria, Prof. Madya Dr Tengku Ghani Tengku Jusoh, Dr Junaidi Abu Bakar, Anuar Ahmad dan Irmohiam Ibrahim. - mks.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - now with 250MB free storage. Learn more.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke