Lebih 1,000 bantah hina usaha Jawi cegah mungkar
Friday, February 25 @ 14:40:53 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Sekitar 1,000 umat Islam berhimpun di pekarangan Masjid Kampung Baru sebentar tadi bagi membantah tindakan beberapa pihak yang menghina Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mencegah kemungkaran.

Umat Islam yang mula berkumpul pada jam 2.15 petang selepas solat Jumaat sebentar tadi telah mengadakan demostrasi secara aman bagi membantah pelbagai pihak yang menekan Jawi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub telah mengetuai demostrasi tersebut dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Salahuddin dalam ucapannya mengecam tindakan beberapa pemimpin kerajaan yang mengecam tindakan Jawi sehingga badan Islam itu terpaksa membatalkan saman mereka terhadap Jeslina.

"Kerajaan membela maksiat sementara Jawi pula yang dihina,"katanya.

Salahuddin seterusnya menyifatkan tindakan kerajaan membela Jeslina membayangkan konsep Islam Hadhari hanyalah satu pembohongan dan kosmetik pemimpin Umno mempengaruhi rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli yang turut berucap berkata, tindakan membatalkan saman itu menunjukkan adanya campurtangan politik bagi kes penahanan Jeslina.

Katanya, akibat tindakan kerajaan yang membela golongan maksiat, Jeslina dan rakan-rakannya berani mengecam dan mempertikai tindakan yang diambil ke atas mereka.

Malah katanya, selepas surat pembatalan saman diterima, Jeslina secara terbuka berpesta berpeluk dan bercium sesama rakan-rakannya.

Sementara itu peguam muda, Abdullah Abdul Karim yang turut berucap dalam perhimpunan itu menyatakan, sewaktu Jeslina ditahan, pesta maksiat sedang hangat berlaku di Kelab Malam The Zouk.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) menyelar pembatalan saman tersebut yang sekaligus memalukan Jawi dan umat Islam.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi sedikitpun tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara yang menyentuh umat Islam itu.

Sambil menyifatkan tindakan Abdullah yang berdiam diri itu sebagai pengecut beliau berkata, sebagai pemimpin Islam tindakan sedemikian menggambarkan beliau sebenarnya berselindung di sebalik imej pemimpin Islam.

Dalam pada itu, ketika Dr Mohd Hatta sedang berucap satu suara menjerit kedengaran yang jelas bertujuan untuk mengacau ucapan tersebut.

"Hoi kalau nak cakap pergi Parlimenlah.Tak guna cakap kat sini,"kata seorang pemuda yang memakai kacamata hitam sambil merokok itu.

Bagaimanapun beberapa peserta perhimpunan bertindak memberi amaran kepada pemuda tersebut sehingga beliau lari dari kawasan perhimpunan.

Sementara itu, antara sepanduk yang dinaikkan oleh umat Islam dalam demostrasi tersebut adalah 'Al Ghazali yang ku cari, Jeslina yang ku temui', Jawi yang dimaki.

Perhimpunan bersurai kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang gangguan.Sewaktu orang ramai bersurai pihak keselamatan Polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan tiga trak datang ke kawasan masjid.

Kedatangan yang dianggap terlewat itu dipersenda beberapa orang yang lalu-lalang di kawasan masjid. - mks.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke