Note: forwarded message attached.


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - now with 250MB free storage. Learn more.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

--- Begin Message ---
Islam Agama Yang Syumul
 
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." Firman Allah ini jelas menunjukkan tiada agama yang paling baik di dunia ini selain Islam. Agama yang membawa kebenaran hakiki di dunia dan akhirat. Selain daripadanya adalah rekaan semata-mata dan tidak akan kekal yang pasti lenyap menunggu masa.
Islam adalah agama yang syumul iaitu agama yang tidak ditelan zaman hatta di zaman moden sekalipun sekiranya diamalkan dengan cara yang betul. Masalahnya sekarang timbul para ilmuan yang sanggup membelakangkan hakikat sebenar maksud syumul di dalam Islam sehingga menafikan hukum Allah yang sebenarnya iaitu hudud. Tidak ada apa yang dapat menandingi hakikat sebenar sebuah kehidupan selain kembali kepada Yang Hakiki Allah Ya Rabbi.
Selain daripada itu, para ilmuan sekarang sudah banyak mempergunakan Kitab Allah Al-Quran Yang Mulia dengan menggunakan ayat-ayat yang berkaitan sahaja dan tidak memperhalusi secara jelas hukum sebenar bagi kita umat Islam di negara ini yang hanya untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk menegakkan syiar Islam yang syumul ini. Walhal, jika diperhalusi secara jelas ia telah merangkumi semua aspek kehidupan termasuk politik, sosial, muamalah dan sebagainya.
Kenapa kita takut untuk berpegang kepada hukum yang nyata di mana hukum itu adalah hak semua manusia apabila ia diiktiraf oleh Tuhan Yang Satu (Esa) Allah Azzawajalla. Sedangkan jika kita meneliti secara terperinci hukum itu yang pasti akhirnya boleh membawa kebaikan kepada seluruh umat manusia bukan sahaja umat Islam malah bukan Islam.
Kenapa ini terjadi kerana kita masih memilih sebuah kerajaan yang lebih mementingkan kebendaan kehidupan moden mewah yang boleh menjamin kesenangan di dunia sahaja sehingga sanggup menyembunyikan hakikat sebenar sebuah kehidupan yang abadi di sana.
Sesungguhnya Allah telah memberikan akal fikiran kepada manusia untuk menilai baik buruknya semua yang berlaku di atas dunia ini. Hanya manusia yang berakal sahaja yang mampu berfikir dari mana asalnya kita jika bukan daripada Allah Taala.
Sebenarnya, semua di kalangan kita pada hari ini terdapat ramai bijak pandai di dalam pelbagai bidang jika digunakan dengan cara yang betul boleh membina sebuah Tamadun Islam Melayu yang unggul cemerlang, gemilang dan terbilang tetapi malangnya acuan yang dibina oleh kerajaan sekarang amat mendukacitakan. Jika anda melihat senario sekarang, pihak kerajaan lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada kebajikan rakyat  dan rakyat kita sebenarnya ditipu dengan kemodenan konsep Islam Hadhari yang menjadi slogan pimpinan kerajaan sekarang.
Seandainya semua di kalangan kita bersatu hati untuk menegakkan syiar Allah ini, marilah sama-sama kita mendoakan agar terbuka semua hati umat Islam di Malaysia ini melaksanakan hukum Allah (Hudud) di negara ini. Dengan cara ini sahaja kita semua akan menikmati kebahgiaan di dunia dan akhirat dan ingatlah senjata sebenar orang mukmin ialah doa.
 
"Allah pasti akan membalas setiap apa yang dilakukan walaupun sekecil zarah."    
 


Do you Yahoo!?
Yahoo! Sports - Sign up for Fantasy Baseball.
--- End Message ---

Kirim email ke