Sudah menjadi kebiasaan kalau rakyat mengadap raja,
raja memanggilnya lebih dahulu mengadapnya.
Sejak dipanggil, belum pun mengadapnya,
orang yang dipanggil berbagai-bagai perasaan
Rasa cemas, takut , bimbang, risau, fikiran tidak menentu dibuatnya.
Kalau tidak beradab tentulah dimarahnya,
kalau tidak pandai mengadap alangkah malunya.
 
Semakin dekat hari hendak mengadap raja dia semakin cemas,
semakin bimbang, semakin risau apa hendak dibuat serba tidak kena.
Mengapa perasaan itu begitu rupa?
Kerana kita tahu hendak bertemu raja, raja itu siapa?
 
Dia berkuasa dan boleh memarahi kita, boleh meghukum,
boleh juga memuji dan redha dengan kita.
Tapi takut dengan raja lebih mengatasi dari segala-galanya.
Itu baru raja dunia, sejenis kita, sama-sama lemah macam kita.
Sama-sama dicipta oleh Tuhan kita.
 
Cuma dia raja, berkuasa boleh menghukum kita,
datang bimbang dan takut dengannya.
Kalau hendak mengadap Tuhan macam mana sepatutnya?
Tuhan adalah Raja segala Raja
Raja dunia Akhirat, raja jenis manusia pun Dia cipta.
 
Hamba mengadap Tuhan, juga Tuhan memanggil hamba-Nya
lebih dahulu sebelum mengadap-Nya.
Tuhan memanggil melalui azan dan iqamah untuk
memberi pengetahuan dan pengisytiharan mengadap-Nya.
 
Bahkan sebelum diseru setiap hamba sudah tahu sebelum mangadap,
mestilah diseru terlebih dahulu.
Kalau benar-benarlah kita kenal siapa Tuhan,
kenal kebesaran-Nya, kehebatan-Nya, kemahasucian-Nya,
keagungan-Nya, berkuasa-Nya, penglihatan-Nya,pendengaran-Nya,
pengetahuan-Nya kehendak-Nya, hukuman-Nya, redha-Nya,
kasih sayang-Nya dan lain-lain lagi sifat-sifat-Nya,
sebelum diseru kita sepatutnya sudah tidak menentu perasaan.
 
Setelah diseru melalui azan dan iqamah
sepatutnya semakin takut dan cemas persaan.
Semakin dekat hendak bersembahyang semakin bimbang sebenarnya.
Sepatut begitulah kalau kita benar-benar kenal Tuhan.
Tapi biasanya tidak begitu, kita tidak terasa apa-apa,
macam hendak jumpa kawan sahaja.
 
Kerana itulah tidak hairan kebanyakan orang
bersembahyang sekalipun imam dan ulama
tidak memberi kesan kepada jiwa, pada peribadi dan kehidupan.
 
Umat Islam hari ini tidak memberi kekuatan
apa-apa hasil dari sembahyang, sama ada di segi mental mahupun jiwa.
Sembahyang umat Islam hari ini tidak mencegah kemungkaran
terutama kemungkaran batin seperti sombong, riyak, ujub, megah,
pemarah, dengki, dendam, tamak, bakhil, tidak ada rasa bersama,
tidak ada tolak ansur, fikir diri sendiri.
 
Mengapa terjadi begitu?
Kerana tidak cukup kenal Tuhan,
kenal Tuhan yang asasnya sahaja.
Sembahyang pun hanya sekadar tahu syarat, rukun, sah, batal sahaja.
Padahal sembahyang adalah ilmu yang global,
sembahyang adalah lautan ilmu
.
Dalam sembahyang terhimpun ilmu aqidah, syariat dan tasawuf.
Falsafah sembahyang terlalu tinggi, ilmu yang tersirat, bersifat maknawi dan rohani.
Ilmu sembahyang yang lebih mendalam tidak pernah diajari.
Bahkan para ulama pun sudah tidak tahu dan tidak mengerti.
Itulah yang menjadi masalah hari ini.
 
Dari minda Abuya ku
Petikan dari Buku Tusnami
Maklumat lanjut sila layari


Do you Yahoo!?
Yahoo! Mail - Easier than ever with enhanced search. Learn more.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke