http://www.maynetwork.net/nufera/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Psoriasis Keadaan kulit yang mengalami psoriaris. Psoriasis boleh berlaku di pelbagai bahagian tubuh. Kulit yang merah, gatal, kering dan mengelupas berbentuk serpihan berwarna perak tentunya menyeksakan sesiapa sahaja. Walaupun ia tidak berjangkit, namun disebabkan penampilan yang cukup mengerikan, penderitanya sering dijauhi. Ini membuatkan sesiapa yang menghidapnya pasti akan berasa malu untuk muncul di khalayak ramai. Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dikenali melalui sisik dan inflamasi yang terjadi di tubuh badan seseorang. Secara normalnya sel kulit tumbuh dan berganti dalam masa 28 hari. Namun akibat gangguan sistem kekebalan, proses itu telah menjadi cepat sehinggakan penggantian terjadi hanya dalam dua hingga empat hari. Kesannya mengakibatkan terbentuknya tompok-tompok kulit yang merah, menebal dan bersisik. Kulit berwarna merah disebabkan pertambahan bilangan saluran darah kecil yang membesar pada kulit. Psoriasis boleh berlaku di pelbagai bahagian tubuh. Kawasan yang paling banyak berlaku ialah di dada, punggung, siku, lutut, kulit kepala, lipatan kulit serta kuku. Bukan itu sahaja, penyakit ini juga boleh berlaku di bahagian tisu lembut dalam mulut dan juga bahagian kemaluan. Psoriasis boleh berlaku di semua peringkat umur tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Selalunya mereka yang menghidap psoriasis akan menderita kesukaran termasuklah kesakitan dan kegatalan, pergerakan yang terbatas dan mungkin juga tekanan emosi. Kira-kira lima peratus pesakit-pesakit psoriasis mendapat sakit sendi dan bengkak. Malah psoriasis juga boleh menjejaskan kuku jari dan jari kaki, menyebabkan lubang kecil, perubahan warna dan penebalan kuku. Selain itu psoriasis juga boleh terjadi disebabkan kecederaan dan iritasi (luka, luka terbakar, ruam, gigitan serangga). Ia juga boleh berlaku terhadap mereka yang sistem kekebalan tubuhnya tertekan (pesakit yang menjalani kemoterapi) serta mereka yang menghidap arthritis rematik. Penyakit ini tidak berjangkit namun dipercayai ia disebabkan oleh faktor-faktor genetik dan persekitaran. Terdapat empat jenis psoriasis. Tetapi yang paling umum dideritai ialah psoriasis plak (plaque psoriaris). Jenis ini boleh dikenali melalui tompok-tompok besar kulit yang kemerahan dan bersisik di siku atau lutut. Ia juga boleh terjadi di bahagian tubuh yang lain. Jenis yang kedua adalah psoriasis guttate (guttate psoriasis). Bentuknya adalah lebih ringan iaitu kulit merah bersisik berukuran satu sampai dua sentimeter di seluruh tubuh. Dua jenis lagi adalah psoriasis eritrodermis dan psoriasis pustular. Dua jenis ini sangat berbahaya. Seluruh kulit penderita psoriasis eritrodermis akan menjadi merah matang dan bersisik. Jenis psoriaris ini akan membuat penderita kehilangan seluruh fungsi perlindungan kulit. Penderita juga akan kehilangan zat gizi dan cairan di kulit. Ia juga boleh menyebabkan suhu badan tidak dapat dikawal kerana benteng pertahanan telah semakin hilang. Ini menyebabkan penderita mudah mendapat infeksi. Bagi penderita psoriasis pustular pula, di tubuh mereka akan terjadi gelembung-gelembung berisi nanah. Kesan yang lain sama seperti penderita psoriasis eritrodermis. Oleh itu jika mahu sembuh, mereka yang menderita kedua-dua jenis penyakit ini perlulah mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Tip untuk pesakit psoriasi Jaga kulit agar tetap berminyak. Anda boleh memakai minyak, krim dan sebarang jenis pelembap bagi menghalang kulit kekeringan. Gunakan pelembap bila udara terasa panas. Pendedahan kepada sinaran matahari akan menghilangkan psoriasis bagi sesetengah orang. Namun sebelum melakukan perkara ini, pesakit hendaklah menyapu kulit dengan minyak ataupun krim sebelum berjemur. Mandi dengan air panas akan mengurangi sisik yang timbul. Penggunaan pelembap terhadap kulit selepas mandi akan berguna. Meminimumkan sentuhan dengan sabun dan bahan kimia. Gunakan sabun yang sangat lembut, sabun berpelembap atau sabun yang bebas pembersih. Rawatan untuk psoriasis Testimoni Pengguna : Saya mengalami sejenis kanser kulit dipanggil PSORIASIS sejak masih bayi ketika berusia 8 bulan. Sakit ini berlarutan lebih 20 tahun. Saya amat merana selama ini kerana psoriasis menyebabkan seluruh anggota badan saya bengkak dan gatal gatal. Saya telah bertemu dengan pelbagai doktor dan pakar kulit tetapi malangnya sakit saya ini tidak juga baik. Ibu bapa saya telah membelanjakan puluhan ribu ringgit selama 20 tahun untuk mengubati saya. Semuanya tidak berhasil. Memang sukar untuk menelan Minyak Kelapa Dara Nufera pada awalnya kerana tiada siapa pernah menelan minyak kelapa. Tetapi sebenarnya lebih sukar untuk mempercayai Minyak Kelapa Dara Nufera telah dapat menyembuhkan sakit saya yang telah lama saya alami hanya setelah 2 minggu memakannya. Saya sendiri pun sukar mempercayainya. Tetapi itulah hakikatnya saya kini tidak lagi mengalami psoriasis. Saya boleh bergerak bebas seperti gadis gadis lain yang sihat. Saya amat bersyukur kerana telah menemui penawar psoriasis dan saya yakin bahawa saya akan menjadi salah seorang testimonial penting bagi Minyak Kelapa Dara Nufera. Cik Norasziren bt Mohd Ariff, 22 Thn, Taman Selasih Fasa 2,Gombak, Selangor ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Harga Minyak Kelapa Dara Nufera : RM35.00 (120ml) sebotol Maklumat pembelian : [EMAIL PROTECTED] atau Tel : 013-3014262 Maklumat Produk & wakil jualan : http://www.maynetwork.net/nufera/ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> In low income neighborhoods, 84% do not own computers. At Network for Good, help bridge the Digital Divide! http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
