Assalamualaikum...
Buat Semua.
Sebelum ini saya ada menghantar sebuah emel bersubjek 'Dajjal dan Ya'juj Ma'juj - Penafsiran dari segi kiasan'. Di dalamnya di attachkan sebuah penulisan berkenaan Dajjal dan Ya'juj Ma'juj dalam bentuk hlp file. Saya mendapatnya dari seorang kawan dan apabila membacanya, saya agak tertarik dengan pandangan-pandangan yang di nukilkan.
Saya menganggap adalah satu yang wajar dari sudut pandangan ilmu untuk berkongsi dengan anda. Walau bagaimanapun, adalah satu kesilapan untuk saya edarkan kepada anda. Ini adalah kerana saya telah begitu tertarik dengan hasil tulisan penulisnya, tanpa saya mengambil peduli berkenaan dengan latar belakang penulisnya. Hal mengambil mudah ini adalah satu kesilapan dari pihak saya.
Judul Buku: DAJJAL YA'JUJ DAN MA'JUJ
Karya: Maulana Muhammad Ali
Penerjemah: H.M. Bachrun
Penerbit: Darul Kutubil Islamiyah
Penulisan tersebut adalah terbitan dari buku seperti yang di atas. Judul inggeris 'The Antichrist, Gog and Magog' -boleh dibeli dan terdapat e-book di Internet.
Seperti yang dilihat, penulis kepada buku tersebut adalah Maulana Muhammad Ali. Pengasas kepada aliran Ahmadiah Lahor, satu serpihan dari aliran Ahmadiah Qadian (Qadiani). Ajaran Ahmadiah pernah tersebar di Malaysia, namun boleh dikatakan pupus di Malaysia di saat ini tetapi masih ada bertapak di India/Pakistan dan kawasan Afrika. Diisytihar SESAT dan terkeluar dari Islam oleh kerajaan Malaysia. Pengasas utamanya adalah Mirza Ghulam Ahmad.
Antara sebab sesat:-
Qadiani:- Mirza Ghulam mendakwa diri nya Nabi dan menerima wahyu dll.Lahor:- mendakwa Mirza Ghulam adalah Imam Mahdi, Nabi Isa A.S ada bapa (tukang kayu) dll.
Berbanding dengan Mirza Ghulam Ahmad yang namanya diketahui ramai, saya tidak mengetahui berkenaan Maulana Muhammad Ali. Ini adalah KEJAHILAN saya.
Untuk mengatakan penulisan Maulana Muhammad Ali berkenaan Dajjal 100% salah adalah melampau kerana yang diragui adalah aqidahnya dan bukanlah pendapat kritikalnya berkenaan dajjal dan ya'juj ma'juj berdasarkan sumber rujukannya pada Al-Quran dan kitab hadith Sahih dan juga kitab lain. Walau bagaimanapun, sudah cukup untuk kepincangan aqidah golongan Ahmadiah membuatkan kita untuk berhati-hati. Dari itu, buat mereka yang tidak dapat menerimanya sebagai sumber pembacaan darihal penulisnya yang diragui, sila PADAM. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin membaca sebagai unsur kritikal sebagaimana pengajian kritikal terhadap bahan bacaan lain... saya tak galakkan. Terpulang. D.I.A.Y.O.R.
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). {An-Nisaa' 78}
Kekhilafan yang diperlakukan datang dari kejahilan dan kesalahan saya sendiri.
MINTA MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.
Wassalam.
Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday!
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
