PAS buat laporan polis, BPR terhadap Khir Toyo
Wednesday, March 02 @ 18:05:31 MYT


Oleh Hafiz Mohd Baqi
SHAH ALAM, 2 Mac (Hrkh) - Pemuda PAS bertindak membuat laporan kepada pihak polis dan Badan pencegah Rasuah (BPR) terhadap Menteri Besar Selangor dan exco kerajaannya berhubung isu penggondolan beberapa kawasan di negeri itu termasuk kawasan berhampiran Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam.

Laporan tersebut dibuat secara berasingan di Pejabat BPR Selangor di Kompleks PKNS dan Balai Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 dekat sini, masing-masing oleh Pemangku Ketua Pemuda PAS Selangor, Ramli Sidom dan Exco Pemuda PAS Selangor, Mohd Khairudin Osman kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut mengiringi ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Mazlan Aliman bersama 20 barisan pemuda PAS Selangor termasuk Naib ketua Pemudanya, Kamal Ashaari; Setiausaha Pemuda PAS Selangor, Azri Mohd Aris; Jamaluddin Elias dan Ishak Dollah.

Antara yang dilaporkan dalam aduan tersebut, kedua-dua pengadu mendakwa telah berlaku salah laku, penyelewengan dan kecuaian oleh Menteri Besar serta exco-exconya dalam mentadbir kerajaan Selangor.

Katanya, berhubung isu penggondolan kawasan berhampiran taman pertanian itu, besar kemungkinan berlaku penyelewengan dalam meluluskan pembangunan untuk kepentingan ekonomi pemaju berdasarkan nilai tanah di situ apabila laporan alam sekitar tidak dibuat atau dipertimbangkan.

"Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat segera aduan ini bagi memastikan ketelusan dan integriti dapat diwujudkan dalam pentadbiran awam.

"Sekali gus dapat membasmi unsur-unsur rasuah atau penyelewengan di kalangan pemimpin tertinggi," tegas mereka.

Isu kemusnahan besar yang tidak terkawal di beberapa kawasan dalam negeri Selangor termasuk Taman Pertanian Malaysia Cahaya Seri Alam, Shah Alam, mula menjadi kontraversi apabila didedahkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini.

Dalam perkembangan tersebut,Menteri besar dilaporkan berkata, tidak mengetahui perkembangan tersebut dan melahirkan kekecewaan dengan kejadian itu manakala seorang exconya mendakwa tidak mengetahui apa-apa sehingga ia didedahkan.

Malahan, dalam reaksi terbaru Menteri Besar Selangor, beliau dikatakan mahu mendakwa pihak pemaju yang terlibat dalam kerja pemusnahan itu.

Manakala Mazlan Aliman dalam sidang akhbar selepas laporan tersebut dibuat berkata, tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak mengetahui projek pembangunan yang sedang berlaku di kawasan itu kerana setiap kertas kerja pembangunan perlu diserahkan kepada beliau dan diluluskan melalui mesyuarat exco pada setiap hari Rabu.

"Kerajaan negeri yang menentukan kelulusan projek ini, bagaimana Menteri Besar atau exconya boleh memberitahu rakyat bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa.

"Alasan yang diberikan bahawa mereka tidak tahu seolah-olah Menteri Besar mahu melepaskan diri dengan cara memperbodohkan rakyat Selangor," kata beliau.

Justeru tegas Mazlan, Menteri Besar perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatannya serta dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti beliau terlibat. - mks.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke