Cemerlang di sisi Allah (Taqwa)
"Orang yang terpilih di kalangan kamu (orang yang beriman) di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa." Taqwa bermaksud menyerah diri kepada Allah dengan sebulat hati meninggalkan apa yang dilarang melakukan apa yang disuruh sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Inilah yang sepatutnya yang dicari oleh umat Islam untuk menjadi khairu ummah di Malaysia ini bukannya berlumba mencipta rekod di dalam Malaysia Book Of Records mencipta kelainan di dalam hidup bagi membuktikan dirinya yang terhebat. Malangnya apa yang ditetapkan oleh tuhan ditinggalkan seolah-olah lupa dari mana asalnya yang membuat mereka berbangga dengan kudrat yang diberikan oleh Ilahi. Taqwa inilah yang sepatutnya diterapkan di dalam hati umat Islam untuk menjadi khairu ummah pada masa akan datang.
Taqwa boleh dicapai melalui gabungan tiga asas kehidupan iaitu ilmu, iman dan amal. Ilmu boleh dicari dan cukup luas di muka bumi ini. Semua ilmu di dunia ini adalah berguna untuk akhirat cuma apabila disalahguna ia menjadi bencana kepada dunia ini yang menyebabkan huru-hara berlaku. Melalui ilmu yang diperolehi kita seharusnya pandai membezakan baik dan buruknya sesuatu perkara itu dan janganlah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Sesunguhnya azab Allah amatlah pedih sekiranya kita tidak bersyukur kepadaNya.
Iman bermaksud percaya dan peringkat iman yang tertinggi ialah percaya kepada Allah bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah sepatutnya menjadi dasar di dalam diri kita untuk melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah untuk menjadi mukmin yang sejati.
Iman datangnya dari hati yang tulus dan hasilnya telus yang dapat menembusi segalanya. Apa yang membimbangkan masyarakat kita sekarang masyarakat kita ramai yang buta hati dengan berani mengaku melakukan dosa dengan Allah seolah-olah Allah tidak memberikan mereka akal fikiran untuk berfikir yang mana buruk baik sesuatu perbuatan dan balasan Allah di kemudian hari. Ingatlah azab Allah amatlah pedih bagi yang tidak bersyukur kepadaNya. Iman tidak akan datang sekiranya kita terus bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran kerana iman itu terlalu suci bagi orang yang ingin mengabdikan diri kepada Allah. Orang - orang yang berilmu lagi beriman pun kadangkala melanggar syariat Allah dan sanggup membelakangkan hukumNya, inilah orang - orang fasik nauzubillah yang dipandang keji di sisi Allah Taala.
Asas ketiga untuk menjadi orang yang terpilih di sisi Allah ialah amal yang mana sukar dilakukan bagi kebanyakan manusia. Amal inilah yang menjadi bekalan kita untuk menemui Allah di Akhirat nanti yang mana segala kemewahan dunia akan ditinggalkan. Ramai di kalangan kita orang yang berilmu dan beriman tapi malangnya jarang kita berjumpa dengan orang - orang yang beramal mengikut apa yang diperintah oleh Allah Taala. Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Sekiranya kamu mentaati Allah, kamu mentaati RasulNya." Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah bersabda pada akhir khutbahnya semasa hidup iaitu "tidak akan sesat kamu di dunia ini selagi kamu berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnahku."
Sesungguhnya kita rakyat Malaysia sekarang berada di dalam kesesatan yang nyata apabila kita tidak mengamalkan Hukum Allah (Qisas dan Hudud) sepertimana yang tercatat di dalam Al-Quran. Amalan inilah yang seharusnya dijadikan pegangan bagi kita rakyat Malaysia yang majoritinya menganut agama Islam dan bukannya mengikut telunjuk pegangan sekular yang menjadi dasar sekarang menolak Hukum Islam (Qisas dan Hudud) dijalankan. Cuba kita renungkan kembali sejarah silam kisah Mustaffa Kamal Attartuk salah seorang pengasas amalan sekular bagaimana azab Allah kepadanya sehingga bumi tidak dapat menerimanya dan diseksa di dunia ini dengan kepanasan di dalam dirinya walaupun disiram dengan ais di tengah lautan masih lagi terasa bahangnya. Inilah azab Allah bagi orang yang mengingkari suruhanNya. Sekiranya kamu bersyukur maka Allah akan menambah nikmatNya, sekiranya kamu ingkar sesungguhnya azab Allah amatlah pedih."
Oleh itu, bagi yang mempunyai akal fikiran marilah sama-sama kita mendoakan agar Syiar Islam (Hukum Qisas dan Hudud) dapat dilaksanakan di Malaysia ini. Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Semoga Allah memelihara iman kita sehingga ke hari akhirat dan dilimpahkan rahmat buat kita untuk meneruskan hidup di dunia ini.
" Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."
Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday!
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
|
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
