haziq7000 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


Umno semakin dekati hari tua Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat


BELUM pun sampai setahun selepas pilihan raya, pokok Umno/BN yang
dikatakan kukuh telah kembali senget. Pokok mulai bergoyang. Ini
kerana ia tidak berakar tunjang. Akar-akar rambutnya mula kelihatan
reput satu demi satu.

Ia boleh disaksikan dengan nyata melalui peristiwa lima negeri yang
hampir muflis di bawah pemerintahan Umno/BN. Ia diikuti pula
dengan `Kelab 5 billion' yang terdiri daripada lima buah negeri yang
dikira mempunyai hutang tertinggi dengan Kerajaan Pusat.
Negeri-negeri tersebut juga berada di bawah Barisan. Kemudian,
rakyat dikejutkan pula dengan berita negeri Perlis yang marah-marah
apabila TNB membuat pemotongan bekalan di segenap lampu-lampu jalan
kerana gagal membuat pembayaran.

Seterusnya, pengenaan semula cukai-cukai pintu sedangkan ia pernah
dikecualikan oleh Kerajaan Negeri sewaktu dipimpin oleh PAS telah
sekali lagi menggugat kepercayaan rakyat.

Terkini, kita sedang saksikan pula betapa lemah dan tidak
bertanggungjawabnya Kerajaan Negeri Selangor dalam isu pembangunan
tanpa kawalan di kawasan seluas 1,200 hektar yang dikendalikan oleh
35 pemaju.

Kerakusan pembangunan tanah di sempadan Taman Pertanian Malaysia di
Shah Alam sehingga menjejaskan ekologi dan alam sekitar setempat
(Utusan Malaysia 23 Februari 2005) tentu membawa mesej yang sangat
mencemarkan imej Umno dan sekutunya.

Jika kita singkap lagi berita-berita tanah air terkini, hampir tidak
satu pun yang menampakkan ketrampilan pemerintahan Umno/BN yang
kononnya cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya boleh petik contoh-
contohnya:

i) "EPU akan mengenal pasti kaedah terbaik mengatasi masalah graduan
mengganggur yang jumlahnya 80,000 orang seluruh negara." (Berita
Harian 24 Februari 2005 - halaman B7).

ii) PM merungut, "sebagai pemimpin, saya amat sedih dengan masalah
penagihan dadah dalam masyarakat, tambah-tambah lagi ramai yang
terbabit adalah orang Melayu." - (Berita Harian 24 Februari 2005 -
halaman 3).

iii) Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, "ada pihak meluluskan
permohonan mendapatkan tanah sewenang-wenang termasuk yang sudah
dikhaskan untuk tanah perkuburan." - (Berita Harian 24 Februari
2005 � halaman 7).

iv) "Crack down on party drugs at nightspot outlets like karaoke
centre, `fun' pubs and discotheques in the Klang Valley, Penang,
Johor, Sarawak & Sabah will be carry out soon." (NST 20 Februari
2005 � muka depan).

v) "The country's laws do not prohibit muslims of legal age from
visiting clubs, pubs or discotheques." � Dato' Azalina Othman
(Sunday Mail 17 Februari 2005).

vi) "JAWI telah menarik balik saman ke atas 100 orang tertuduh yang
ditahan pada malam 20 Januari 2005 lalu." (The Malay Mail 17
Februari 2005).

vii) "Pembalakan sekitar U10 Shah Alam tidak terkawal dan
menjejaskan Taman Pertanian Hutan Agro terbesar di dunia." (Utusan
Malaysia 26 Februari 2005).

viii) "Bekalan air di Pulau Pinang akan dicatu." (Utusan Malaysia 26
Februari 2005 - halaman 9).

ix) "473 hektar (1,168.78 ekar) hutan ladang di Pahang terbakar." -
(Berita Harian 24 Februari 2005 - halaman B7).

x) "Puteri Umno desak basmi politik wang." - (Utusan Malaysia 26
Februari 2005 - halaman 10).

xi) "PM kesal kerana penerokaan hutan dan penarahan bukit masih
berlaku." - (Utusan Malaysia 28 Februari 2005).

xii) "Kenaikan diesel 5 sen kurangkan beban subsidi." - (Berita
Harian 2 Mac 2005).

xiii) "Tambang pengangkutan awam naik akhir bulan." - (Berita Harian
2 Mac 2005).

xiv) Ketua MIC Bahagian Bukit Gantang, Dato' Dr V. Gengatharan
dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 kerana pecah
amanah wang sekolah kanak-kanak terencat akal." - (Berita Harian 2
Mac 2005).

xv) "Bukit Cahaya : Damage to park unforgivable" - Tan Sri Muhyiddin
Yassin (NST 3 Mac 2005).

xvi) "Apa nak jadi pada negara kita." (Berita Minggu 30 Januari
2005).

Pada kesempatan kali ini, saya sengaja ingin ringkas dan tidak mahu
mengulas. Biarkan fakta-fakta ini bertutur sejujurnya mengenai
kedudukan Umno/BN. Cemerlang Hadharilah itu agaknya apabila Presiden
Umno sendiri sampai bertanyakan "apa nak jadi pada negara kita."

Kesimpulannya, rakyat tidak terasa hormat kepada Islam Hadhari.
Kehadirannya tidak terasa apa. Ada atau tidak ada, tiada bezanya.
Maksiat masih berleluasa. Rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan
kuasa terus bermaharajalela seperti biasa.

Ia berbeza dengan dasar `Membangun Bersama Islam' di Kelantan. Kita
ada produk yang boleh ditunjukkan. Kita ada bukti yang sedang kita
ikhtiarkan. Kita bantu sekolah agama rakyat (SAR).

Kita galakkan maaruf dan cegah maksiat. Kita tidak campur tangan
dengan mana-mana pegawai penguatkuasa yang mencegah kemungkaran.

Terkini, kita lancarkan pula Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.
Kita mulai melabur sejumlah RM53 juta dalam pembelian bon-bon kukuh
serta saham. Kita juga tubuh Tabung Bantuan Bencana Negeri demi
menyahut tanggungjawab kemanusiaan.

Bagi PAS, "musim meluruh" sudah hampir selesai. Bemula 24 Mac 2004
yang lalu, kita telah bermuhasabah secukupnya. Kita sudah mulai
berdiri. Pucuk-pucuk muda sedang bertunas. Akar semakin kemas.
Batang kian kukuh. Dahan, julai dan ranting sudah mula bercabang.
Proses fotosintesis dan pendebungaan sedang rancak.

Tidak lama lagi, kita akan (InsyaAllah) dapat menikmati buah
ranumnya di kebun-kebun kita. Saya sentiasa memandang ke hadapan
dengan penuh harapan.

Semoga Allah S.W.T sentiasa membimbing dan memelihara kita dari
segala bala bencana. Amin. - /mj

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke