Entah siapa tulis dan fwd msg ni tapi memang menarik.

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami??? Laki bini ini asalnya 2 individu
asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad
nikah telah menyatukan kita.

TAPI....... Tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan
fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic David Copperfield bila tiba2 kau buka
wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2
membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah suamiku?" TAPI bila kau ada
duit, wah! wah! Kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan
itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya
dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri
menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya,
penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah
dengkuran kadang2 siap kentut lagi... Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi
atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang
dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh
pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat
bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak
bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang
sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai
baju ni?" TAPI kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia
sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang
setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"),
hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah
bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab
sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam
sahaja...

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!,
Tuhan tu telah kurniakan dia 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu
korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy... Dia orang musti tahu
punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta
korang, PS2 korang dan lain-lain

(Ei ape da... Kalau isteri macam keta ke PS2, dah jemu boleh buang, carik
lain. Patutnya hargai isteri korang sebagaimana diorang hargai korang. Baru
betoi!)






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke