Penghulu perlu tahu bilangan anak-anak yatim
Friday, March 11 @ 17:23:49 MYT


KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) � Kerajaan negeri akan memastikan setiap penghulu mukim di negeri ini mengetahui bilangan anak-anak yatim yang terdapat di kawasan jagaan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Haji Husam Musa berkata, satu pekeliling khas kepada penghulu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

�Sekiranya penghulu sendiri tidak tahu mengenai bilangan anak-anak yatim yang terdapat di kawasan mereka, macam mana wakil rakyat hendak mengetahuinya.

�Oleh itu Insya Allah kita akan mengeluarkan pekeliling khas bagi tujuan tersebut untuk memastikan setiap penghulu tahu mengenai kedudukan anak-anak yatim di kawasan mereka,� katanya pada kuliah mingguan di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, hari ini.

Beliau menggantikan tempat Menteri Besar, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak dapat hadir.

Husam juga mencadangkan agensi-agensi kerajaan mengecualikan bayaran perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak yatim ramai.

�Misalnya Majlis Perbandaran Kota Bharu boleh mengecualikan bayaran cukai kepada keluarga yang mempunyai anak yatim ramai. Begitu juga Air Kelantan Sdn Bhd boleh mengurangkan bayaran bil air kepada mereka.

�Ini sekadar cadangan awal sahaja. Bagaimanapun kalau mendapat respon positif daripada pihak terbabit, ia boleh dilaksanakan kerana kerajaan Islam mengutamakan kebajikan bagi rakyat yang ditimpa kesusahan,� katanya.

Begitu juga tambahnya, yuran sekolah boleh dikecualikan kepada anak-anak yatim kerana mereka sudah tidak ada tempat bergantung.

Menurutnya, peraturan itu sepatutnya menjadi satu polisi di peringkat negara pada masa akan datang. Bagaimanapun beliau mengingatkan rakyat tidak mengambil kesempatan di atas ruang yang diberi itu dengan menumpang kemudahan dinikmati anak-anak yatim pula.

�Jangan pula apabila diberi kemudahan bekalan letrik kepada keluarga anak yatim, ada pula jiran menyambung wayar dari rumah tersebut bagi mendapatkan bekalan letrik percuma,� katanya. � mj

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
click here


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke