Assalamualaikum ,

Ada sedikit kemusykilan. Dikatakan kiat tak boleh meratapi kematian saudara
kita tapi ni... BTW, baca dulu, untuk tuan hamba yang berilmu boleh la
komen untuk mengajar hamba yang RENDAH IQ ni...

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila
di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil memberi
salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya
sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi S.A.W
bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul
Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan kepalanya di
pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah
putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda
akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang
ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air
mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda terbangun dari tidurnya
seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul
Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W
bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan
wahai Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di
mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama
berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah
lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang
lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan
ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula
dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan
kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W
bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,
"Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat
keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk
memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan
ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan
fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu
rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan
suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak
mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta
kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di
saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air
disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh
Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah
pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika merea memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta
tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang
yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku
sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini
adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku
dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari
kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru,
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda,
maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim,
janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan
dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan
kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi
Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku
mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari
ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM

Ada yang tahu hukum syar'i dalam mencaplok wilayah negara lain ?

Hacker Putih Team

Syeh Abdul Majid

[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED]

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke