Assal'amualaikum warahmatullah...

Segala Puji bagi Allah Tuhan sekian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya.
Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga ke atas
ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Juga salam buat kita dan
orang-orang yang beamal soleh.

Saya masih terkeliru dengan Islam Hadhari ni. Islam yang kononnya tertegas
berdasarkan Al-Quran dan hadith ni. 3 topik je (tak termasuk 1 soalan
bonus) yang saya harap pendokong Islam Hadhari dapat jelaskan.

1. Curi.
a) Ikut Islam potong tangan. Tapi dikatakan dakwah dan tarbiyah lebih baik
dari menghukum. Betul! Tapi camne dengan orang yang dah banyak kali
mencuri. Bukankah itu bermakna dakwah dan tarbiyah sudah tidak terkesan
pada dirinya? Masihkah sesuai hukuman penjara? Memenjarakan orang bukankah
seperti menghamba abdikan mereka? Adakah penghamba abdian corak ini
dibenarkan menurut syarak? Pernahkah Nabi SAW melaksanakannya?

b) Jika penjenayah berulang ditambah jumlah tahun dalam tahanan sekalipun,
adakah penjara tempat yang berkesan untuk merubah perangai seseorang?
Kerana saya ada beberapa rakan bekas penghuni penjara atas berbagai
kesalahan (dadah, rompak, rogol etc.) yang mengatakan 'keseronokan' hidup
dipenjara. Yang tak seronok sebab jauh dari keluarga je. Dan lagi,
masyarakat dah tak takut lagi dengan hukuman penjara. Adakah penjara masih
dilihat sebagai releven untuk dakwah & tarbiyah atau perlu hukuman yang
lebih berat lagi?

c) Bagaimana dengan orang yang melakukan rompakan bersenjata api? Mereka
akan dikenakan hukuman gantung atas alasan memiliki senjata api walaupun
mereka tidak mencederakan sesiapa sekalipun. Tidak adakah dakwah dan
tarbiyah untuk mereka? Tidakkah hukuman gantung itu lebih zalim
memandangkan kesalahan mereka hanya mencuri/merompak yang sepatutnya
dijatuhi hukuman potong tangan sahaja?

2. Zina.
a) Betul, zina memerlukan 4 saksi lelaki dewasa yang sudah akil baligh dan
adil untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun hanya 3 orang saksi lelaki dan 1
perempuan, masih tak cukup untuk membuat tuduhan tersebut. Tapi bagaimana
dengan orang yang telah membuat pengakuan terbuka bahawa dia telah berzina?
Bukankah di zaman para sahabat ada seorang perempuan datang membawa anak
kecil berjumpa khalifah & mengatakan bahawa bayi itu cucu khalifah. Bila
khalifah bertanya anaknya telah mengaku pada suatu hari dia telah keluar
secara sembunyi, minum arak, mabuk & lalu merogol wanita tersebut sehingga
mengandung. Tidak ada orang yang menyaksikan tapi khalifah tetap menghukum
anaknya 100 kali sebatan atas dasar pengakuannya. Bukankah ini bukti bahawa
orang yang dah kahwin, kemudian berzina, walaupun membuat pengakuan di
mahkamah sivil bukan syariah, tetap layak dikenakan hukuman rejam?
Sayangnya orang mereka tetap terlepas...

b) Bagaimana dengan orang yang merogol? Mereka dikenakan penjara sehingga
20 tahun beserta sebatan. Padahal tiada pun saksi 4 orang yang melihat
'keretapi memasuki terowong' tersebut. Hanya berpandukan ujian klinikal &
keterangan saksi. Adakah ini dikatakan sah menurut pandang Islam? Adakah
ini adil buatnya jika dibandingkan dengan penjenayah zina yang lain?

c) Bila seorang lelaki bersetubuh dengan seorang perempuan bawah umur 18
tahun, walaupun telah baligh, dikira merogol walaupun dengan kerelaan
perempuan tersebut. Adakah ini dilihat sebagai adil? Orang yang akil baligh
dilihat sebagai telah matang dan mesti menanggung dosa sendiri. Akan
tetapi, yang dihukum hanya si lelaki. Adakah si perempuan terlepas dari
kesalahan zina?

3. Concert for Tsunami Aid.
Saya nak tau, adakah matlamat menghalalkan cara? Adakah kerana kerajaan tak
mampu mengadakan pertunjukan yang lebih Islamik kerana bimbang kurang
tarikan maka concert penuh maksiat (pendedahan aurat besar-besaran,
pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penjualan arak yang berleluasa ketika
konsert) seperti ini 'halal' dijalankan semata-mata kerana niatnya untuk
membantu mangsa tsunami? Tidak adakah jalan lain yang tidak maksiat atau
sekurang-kurangnya kurang maksiatnya?

Kalau matlamat menghalalkan cara, bolehlah ibu tunggal yang kesempitan
hidup melacurkan dirinya hanya semata-mata nak memberi anaknya pelajaran.
Atau bolehlah seseorang mencuri semata-mata sebab nak betulkan masjid yang
dah nak roboh? Memang ada kisah seorang wanita di zaman para sahabat yang
memasak bangkai himar untuk anak-anaknya & bangkai itu dikira halal
untuknya. Tetapi itu dikira keadaan darurat. Adakah sekarang sudah mencapai
tahap darurat sehingga concert amal dilihat sebagai satu-satunya cara untuk
mengutip derma?

Kalaulah konsert amal ni benda yang tak salah, maka pahala bagi mereka yang
menonton konsert ini kerana matlamat mereka hendak membantu mangsa-mangsa
tsunami. Alangkah indahnya bumi Hadhari... Pahala bertaburan di sana
sini...

Soalan Bonus:
MURTAD. Mangapa tiada tindakan dari kerajaan Islam Hadhari menangani kes
murtad? Mengapa mereka yang murtad tidak diwartakan sebagai penjenayah,
diberkas & dihukum bunuh? Mengapa mereka dibenarkan bebas & terus-terusan
memalukan Melayu Islam malah berdakwah untuk agama baru mereka? Mengapa?

Sila jawab wahai pendokong Islam Hadhari yang berIQ tinggi-tinggi belaka.
Buktikan Islam Hadhari ciptaan manusia yang kau sanjung2 ini sebagai agama
yang benar. Buktikan keIslaman kerajaan sekular kita.
BUKTIKAAAAANNNNNNNNN!!!!!! (Hehe... ni konon-konon menjerit la nih...)

Sekian. Pacal yang hina lagi BER-IQ RENDAH ini mengundur diri.
Wabillahitaufiq wal hidayah.

Wassalamu'alaikum warahmatullahita'ala wabarakatuh.


Saya yang mempercayai Undang-Undang Allah lebih sempurna,
Ruzaihan Bin Junit.






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke