Dari puncak menara gading yg menumpang ribuan cendiakawan terdengar cetusan
fikiran yg melunaskan meja diskusi seminar & simposium para seniman &
pujangga.
& masyarakat yg rimas dgn berbagai krisis semakin membahang & dibakar
laungan, teriakkan, keluhan & lengkingan para bijak pandai umara & ulama,
kata mereka, "Identiti kita kian punah, sopan santun warisan tradisi kian
mati, layu, kering, hangus dibakar budaya asing, budaya kuning".
Lalu melatahlah seluruh sendi adat warisan budaya & disiplin tradisi bangsa
mendendangkan lagu keresahan, lagu penderitaan kerana remaja harapan bangsa
beralih arah bertukar rupa & berubah wajah, hati, akal & emosinya, mabuk
dituba budaya rock budaya lucah, budaya malas & budaya gancu & berbagai
keserabutan yg membelit-belit, bersimpul-simpul & sasor-nanor.
Apakah remaja ini tidak akan terdaya membangun sebuah negara industri 2020
yg pasak teguhnya teknologi tinggi pun jangan diharap utk membentuk satu
bangsa yg memikul slogan kerja bersih, cekap & amanah atau kepimpinan
melalui teladan.
Jiwa mereka telah mati dibunuh hedonisme pekat berkarat. Jangan kesal kerana
kepahitan ini kitalah yg membancuhnya, lalu kita jugalah yg mahu tidak mahu
terpaksa meneguknya.
Kita rasa apa yg kita tempa remaja punk & kutu adalah ukiran fikiran &
inspirasi hati generasi sebelum mereka... generasi kita mengutuk mereka
tidak memberi apa-apa erti kerana kitalah yg memberi warna pada mereka yg
dulunya putih bersih bagai kabus sutera di kaki langit.
Marilah kita jernihkan semula sementara hari masih ada sebelum senja usia
berlabuh, sebelum aur menjadi buluh. Lalu wira bangsa pun tampil ke depan,
menyahut cabaran memuntahkan teori berbagai visi. Lawan budaya asing ini
dengan budaya Melayu. Ujar pendekar moden pewaris semangat Hang Tuah.
Lagenda mitos yg pernah berkata, "Tak kan Melayu hilang di dunia". Maka
bersilatlah jaguh-jaguh bangsa memecah langkah bersama paluan gong & gendang
antik yg masih tergantung di dinding adat.
Pendekar bangsa pun berpencak mara ke tengah gelanggang berselempangkan
semangat bertengkolok tempik berapi-api berkeriskan slogan berlembingkan
revolusi - biar putih tulang, jangan putih mata!
Tapi bahang nasionalisme sudah malap, langkah pendekar kian sumbang, silat
di tempat sendiri sudah kehilangan taring, jampi mentera sudah kehilangan
bisa.
Remaja kita sudah lupa itu semua, sekadar pandai menari inang, berjoget atau
berzapin. Wau atau memusingkan gasing, berdondang sayang, berdikir barat,
berpantun & bergurindam, belum mampu melawan budaya moden yg katanya serba
cun & mengancam. Yg menurut mereka, nilai tradisi sudah tak ummmp lagi.
Kita sebenarnya memiliki senjata yg lebih gagah dari taming sari, lebih kuat
dari mentera dan jampi, ada rentak juang yg lebih rancak dari zapin & inang,
lebih nyaring dari paluan gong, rebana & gamelan. KITA ADA BUDAYA ISLAM.
Budaya itu telah pernah agong di pentas dunia, masih harum dlm catatan tinta
sejarah ke martabat yg tinggi & bermaruah... & kalaulah bukan kerana ISLAM,
umat Melayu akan terus hina, masih menyembah patung & batu pugunisme &
onimisme.
Sinar Islamlah yg menerangi tanah watan ini yg dahulunya gelap gelita,
disalut kabut jahiliah, penyembahan berhala & semangat dewa-dewa yg tidak
berpijak di bumi yg nyata.
Lalu mulai saat itu, sebatilah Melayu dgn Islam sehingga ada org berkata,
"MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU". Islamlah yg mendidik kelembutan &
kesantunan org Melayu agar jangan sampai rela dipijak kepala. Islamlah yg
mengurung amuk Melayu jangan terburu-buru hingga kita kuat dgn semangat
jihad, hidup & mulialah Melayu kerana Islam. Kerana Islamlah Melayu tidak
layu.
Budaya Islam jawapan kepada semua masalah, pusaka yg tidak ternilai
harganya. Budaya berkat bersendikan syariat, bukan kerana semangat daerah,
bukan kerana ikutan darah tapi oleh kalimah syahadah.
Marilah kita pimpin remaja ke satu ruang lapang, gelanggang tradisi disiplin
& dakwah, gosok daki-daki di hati mereka dgn cinta Ilahi kumandangkan roh
jihad mengganti senandung maksiat. Hulurkan salam ukhwah kepada mat rock &
minah punk di pinggir jalan, tiup angin kesedaran, lentur akar rambutnya yg
berjuntai, hembus arus keinsafan, letakkan tudung penutup aurat, ajak mereka
bersolat & esok, ketika mentari menguak pinggir langit dgn senyum indah,
remaja Melayu pun bangun dlm saf-saf tersusun rapat, menyambut pagi dgn
wajah cerah soleh & solehah, mujahid & mujahadah mengembang sayap dakwah &
torbiah ke timur & ke barat... bukan lagi kutu jalanan yg melalak di lorong
resah.
Budaya Islam indah & cintakan keindahan & di situlah bergabungnya keindahan
& kebenaran. Kekuatan & keutuhan tanpanya kita masih dlm kejahilan, betul
atau tidak fikir & renung-renunglah sendiri.
/---------------------------------------------------------------------------\
Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.
This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd)
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control
\--------------------------------------------------------------------------/
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/