> From: "isa hamzah" > Ketinggian. Harganya Ialah Kepenatan > > > > assalamualikum > > > Ketinggian. Harganya Ialah Kepenatan > > > Para salihin telah menunjukkan kepada anda bahawa > jalan mendapat ketinggian dan kekuasaan hanya dengan > niat dan himmah yang tinggi. Oleh itu, anda hendaklah > menjalani jalan tersebut meskipun dipenuhi dengan > pelbagai kepenatan dan kesulitan. Jalan untuk > memperoleh kekuasaan adalah jalan yang jelas mempunyai > kesulitan, bukan sesuatu yang mudah. Tetapi ia adalah > perkataan berat yang dicampakkan oleh Allah swt kepada > nabiNya saw dan para pengikut baginda bahawa mereka > wajib untuk memiliki kekuasaan tersebut. > > Namun keberatan dan kesukaran perkataan tersebut boleh > diringankan oleh niat. Kesan yang ditinggalkan oleh > amal yang sedikit boleh menjadi besar dan hebat > apabila disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas, > sebagaimana dinyatakan oleh mereka yang menjelaskan > tentang langkah permulaan yang betul. Tetapi perlu > dinyatakan di sini bahawa petunjuk yang diperolehi > oleh hati, cahaya yang diperolehi oleh jiwa dan > kebangkitan himmah hanya dapat diperolehi melalui > kesungguhan semata-mata. Oleh itu, sesiapa yang mahu > sifat-sifat di atas berterusan di dalam jiwanya, maka > dia hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh. Inilah yang > dimaksudkan oleh mereka yang berkata: "Dapatkanlah > cahaya (nur) hati dengan kesungguhan yang berkekalan." > > Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersungguh-sungguh, > kerana lintasan-lintasan fikiran sentiasa berlaku, > begitu juga dengan pergerakan anggota badan sentiasa > bersambung. Jika sifat bersungguh-sungguh tidak > bersamanya sentiasa, maka ia akan disibukkan dengan > perkara-perkara yang lebih rendah kedudukannya atau > perkara yang bertentangan dengannya sama sekali. Maka > ketika itu, akan berlakulah kejatuhan dan penurunan > selepas daripada ketinggian. > > > Perkara ini telah diberikan amaran oleh Abdul Wahab > Azzam dengan berkata: > > "Fikiran tidak akan tumpul, lidah tidak akan diam, dan > anggota sentiasa bergerak, tidak pernah diam. Jika > anda tidak menyibukkannya dengan perkara besar, maka > ia akan disibukkan dengan perkara kecil. Jika anda > tidak mempergunakannya untuk kebaikan, maka ia akan > dipergunakan untuk kejahatan. Sesetengah jiwa > cenderung ke arah perkara yang lazat dan mudah, tidak > suka kepada kesulitan dan kesukaran. Oleh itu, anda > hendaklah mengangkat diri anda semampu mungkin kepada > perkara bermanfaat yang sukar itu. Latih dan > biasakanlah ia dengan perkara yang tidak disukai > tetapi yang lebih baik itu, sehingga anda biasa dengan > perkara-perkara besar dan sentiasa berusaha ke arah > ketinggian. Juga sehingga anda lari daripada setiap > perkara rendah dan merasa jijik terhadap setiap > perkara remeh. Ajarkanlah diri anda untuk terbang > tinggi sehingga bencikan kerendahan. Kenalkanlah ia > dengan kemuliaan, sehingga ia lari daripada kehinaan. > Rasakanlah ia dengan kelazatan rohani yang agung, > sehingga ia memandang rendah kepada kelazatan anggota > badan yang hina." > > dari al-Raqaiq oleh syeikh muntalaq >
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Has someone you know been affected by illness or disease? Network for Good is THE place to support health awareness efforts! http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
